Jika anda adalah seorang penulis blog, saya berani katakan yang anda langsung tidak mempunyai sebarang masalah atau rasa kekok untuk berkongsi pendapat, pandangan, idea atau apa-apa sahaja yang terlintas difikiran anda untuk dibaca oleh orang lain.
Malahan ada ketikanya anda mahukan perhatian, anda mahukan lebih ramai orang untuk baca apa yang anda tuliskan!
Ye la… kita pun faham. Penat-penat perah otak, cari idea, bila dah siap satu artikel, mestilah kita nak orang baca. Lebih-lebih lagi bila dalam entri yang kita hasilkan tu, kita dah selitkan didalamnya link link azimat yang boleh hasilkan pendapatan tambahan untuk kita.
Kalau tak ada sesiapa yang baca apa yang kita tulis, kan buat penat je tu namanya.
Siapa saya ni nak cerita topik pasal penulisan and buat duit pulak ni kan.
Ehem ehem… saya ni pun penulis blog jugak tau. Jadi, sedikit sebanyak saya boleh imagine apa yang penulis blog lain fikirkan dan rasa.
Alright, kalau anda tak pernah dengar maknanya saya dah berjaya jadi penulis yang low profile selama saya jadi penulis.
Alhamdulilah, dengan blog yang tak seberapa tu jugak saya dah berjaya dapat income sekitar RM1,000 ++ In Shaa Allah akan semakin meningkat.
Sebenarnya, dalam entri ni saya nak cerita pasal “Mudahnya buat duit dengan blog”
Don’t worry. Saya tak akan cerita panjang-panjang, jika anda beri tumpuan pada apa yang saya akan tulis ni, tak sampai tiga minit dah habis baca.
Masih bersama saya? Bagus. Anda memang awesome!
Saya tak pasti sama ada anda akan rasa pelik atau tak, sebabnya kalau saya, memang saya akan rasa pelik. Tak kan tak rasa pelik langsung, 1,000 blogger buat benda yang sama, tapi tak semua akan dapat hasil yang sama. Ada yang dapat lebih, ada yang dapat kurang, ada yang tak dapat-dapat langsung.
Dapat apa? La… duit la. Kan kita tengah cerita topik mudahnya buat duit dengan blog.
Setengah orang kata buat duit dengan blogging ni susah. Ye ke, kalau susah, kok boleh ada yang berjaya? Kalau senang, macam mana pulak caranya?
Pelbagaikan pintu wang masuk
Saya pun tak faham kenapa ramai yang masih lagi tak boleh nak grab konsep ni. Alang-alang dah buat blog sebab nak buat duit, kita perlbagaikan aliran masuk duit tu dari pelbagai sumber, yang halal, of course.
Itu yang saya buat, saya combine beberapa kaedah. Antaranya pengiklanan dengan Nuffnang, affiliate marketing, network marketing, dan jual produk digital.
Dari masa ke masa, kita boleh lihat sendiri mana satu dari money making tools yang perform. Yang perform kita teruskan, yang tak perform, slow-slow kita tinggalkan.
Fungsi blog
Saya tak pasti tentang pembaca blog anda, tetapi saya dapat baca sesuatu dari statistik pengunjung blog saya.
Mereka yang datang ke blog saya, rata-rata inginkan maklumat, informasi, dan ingin selesaikan isu yang mereka tengah hadapi.
Mereka bukan datang ke blog saya sebab nak tau pasal majlis kahwin saya bila, mereka bukan nak baca cerita-cerita pasal siapa dalam family member saya yang akan sambut hari lahir.
Tak tak tak.
Entri yang paling banyak pembaca dalam blog saya ialah entri yang bantu pengunjung blog saya untuk selesaikan masalah mereka.
Sebenarnya saya tak ada lah hebat sangat sampai mampu nak selesaikan masalah diorang ni semua, tapi ada satu perkara yang saya mampu buat, dan mereka seronok pulak tu bila saya buat macam tu.
Biasanya, apa yang saya buat, saya bantu mereka selesaikan 30% dari masalah mereka dan lagi 70% tu, kalau mereka serius nak selesaikan segera, saya akan cadangkan pada mereka produk apa yang sesuai untuk mereka cuba bagi mengucapkan selamat tinggal kepada masalah mereka.
Dan kalau mereka buat pembelian, ka ching… saya pun dapatlah komisen.
Senang kan kerja kita?
Dalam dunia ni ada macam-macam masalah, dan dalam dunia ni jugak ada ramai orang yang ada masalah. Kita tak perlu nak jadi orang yang bersusah payah nak selesaikan masalah diorang tu semua, cukup kita jadi pemandu arah, navigator, untuk tunjukkan pada mereka jalan yang mereka patut ambil untuk selesaikan masalah mereka.
Ok saya bajet artikel ni pendek je, tapi dia terbabas jadi panjang jugak. Bravo buat anda yang baca sampai ke perenggan ni.
Sebelum berpisah, saya nak share satu nasihat dari seorang kawan, katanya
Ibarat seorang petani yang menanam padi, selepas berbulan-bulan mengusahakan tanamannya, barulah nampak hasil. Itu pun selepas terpaksa berbongkok-bongkok, sakit pinggang, sakit kaki, berpanas, berhujan, berpenat dan bermacam lagi dugaan, selepas hampir setahun barulah dapat hasil daripada padi yang ditanam.
Kita? Ala… kita cuma perlu hasilkan artikel yang berkualiti je pun. Kalau nak dibandingkan dengan petani tu tadi, apa lah sangat.
Kerja Sambilan Buat Duit Dengan Menulis
betul ke ada kerja sambilan buat duit dengan menulis?
betul ke program jobdirumah tu boleh bagi kita duit kocek?
betul ke main Facebook pun boleh jana pendapatan ni? Awak tipu?
Ikutkan malas nak jawab sebab bukan seorang dua yang tanya tapi ramai! Jawapannya, YA BETUL untuk semua soalan di atas. Sekiranya anda boleh menulis artikel dalam blog, itu bermakna anda memang ada peluang sertai untuk buat kerja sambilan buat duit dengan menulis.
Anda boleh ambil kerja menulis review di blog anda sendiri, atau anda juga boleh tawarkan diri untuk menjadi penulis di kolum majalah-majalah.
Platform Jobdirumah yang dikelola oleh anak watan Malaysia pun ada buka peluang untuk anda cari duit dengan menulis (kertas kerja dan tulis laporan mudah contohnya) cuma masalah orang kita ialah TAK BERANI DAN BERKIRA NAK LABUR DUIT sikit padahal pulangannya berganda kalau kena caranya.
Bab macam ini, kita kena berani mencuba sebenarnya. Kalau ada bakat menulis tapi pendam buat pekasan dalam diri pun tak guna juga. Apa kata gunakan bakat untuk jana duit sikit dengan cari peluang kerja sambilan. Banyak sangat sumber pendapatan kalau anda betul-betul fokus dengan menulis ni.
Disebabkan peluang-peluang yang banyak dekat internet ni lah sebenarnya yang buat tuan blog ni tak ada masa sangat nak kemaskini blog dia sendiri (gelak dalam hati). Banyak sangat kerja menulis. Tapi, paling best setakat ni menulis iklan dekat Fanpage-fanpage produk sayalah.
Selain tu, saya ada ambil upah bina blog murah untuk sesiapa yang langsung tak ada basic teknikal untuk bina blog sendiri.
Siapa nak cari servis bina blog murah-murah je boleh contact saya di sini dan kita boleh bincang. Macam saya dah membebel dekat atas ni pasal kerja sambilan buat duit dengan menulis ni, servis bina blog saya buat ni pun saya ada tawaran untuk hasilkan penulisan artikel SEO sekali.
Ya, Alhamdulillah saya memang tahu ilmu SEO sikit-sikit. Jadi, saya gabungkan. ILMU MENULIS & ILMU SEO bergabung. Dapatlah ka ching! (bunyi duit).
Macam anda pula, yang mungkin takut ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab masa dalam usaha nak kerja sambilan ni, saya sarankan anda berdaftarlah dengan program affiliate yang benar dan bukan SPAM.
Baca juga: