“Usahawan Kecil” Besar atau kecilnya bidang perniagaan itu bukanlah persoalan kerana bukankah yang kecil itu akan membesar, dan yang besar itu mulanya daripada yang kecil? Tidak kiralah anda seorang usahawan kecil a.k.a perniaga kecil-kecilan atau pun sudah memiliki syarikat persendirian. Persoalannya sama ada anda seorang peniaga atau usahawan kecil ?
Anda sebenarnya usahawan dan dalam masa yang sama anda juga merupakan peniaga. Hal ini demikian kerana, anda bukan sahaja berniaga (menjual-beli barangan atau perkhidmatan), sebaliknya anda berusaha tidak kiralah dalam bidang kerja apa sekali pun untuk berniaga.
Langkah Menjadi Usahawan Kecil
Bukankah berusaha itu datangnya sebelum berniaga? Sebagai contoh, untuk berniaga anda memerlukan modal, untuk mendapatkan modal anda perlu berusaha terlebih dahulu. Oleh itu jelas, anda merupakan usahawan.
Sesuatu peniagaan itu memerlukan usaha, dan usaha inilah yang merujuk kepada motivasi. Apakah motivasi? Ambil masa dan fikir sejenak, mengapa anda berusaha? Sebenarnya anda berusaha dengan wujudnya motivasi. Analogi mudah, seseorang akan makan jika lapar.
Dalam konsep ini, lapar merupakan motivasi kepada tindakan seseorang untuk makan. Oleh hal yang demikian,seseorang itu akan berusaha jika dia mempunyai motivasi yang cukup.
Motivasi merujuk kepada pelbagai aspek, sebagai contoh, matlamat atau objektif dalam perniagaan juga merupakan motivasi bagi seseorang usahawan atau peniaga untuk berusaha dan seterusnya mencapai kejayaan.
Maka, melalui konsep ini, terbit hipotesis kejayaan bagi seorang usahawan umumnya untuk berjaya:
“ SEMAKIN BERGANDA MOTIVASI SEMAKIN BERGANDA KEJAYAAN”
Motivasi yang berganda juga hanyalah sia-sia tanpa spesifikasi. Oleh hal yang demikian, motivasi seharusnya diletakkan kayu ukur yang tepat. Dengan ini, saya terbitkan suatu akronim melalui perkataan motivasi itu sendiri sebagai spesifikasi kepada motivasi:
M-MEMILIH ANGGARAN WAKTU YANG SESUAI
O-OPTIMUMKAN USAHA
T-TUNJUK KESUNGGUHAN
I-INISIATIF YANG LEBIH
V-VIRAL MARKERTING
A-ASAS YANG JELAS
S-SISTEMATIK
I-INSPIRASI KERJAYA
Keterangan yang lebih terperinci melalui akronim perkataan motivasi adalah seperti berikut:
Sesuatu motivasi itu perlulah mempunyai anggaran waktu yang sesuai. Sebagai contoh, motivasi yang merujuk kepada matlamat peniagaan. Matlamat yang disasarkan haruslah mampu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Lebih jelas, sekiranya keuntungan yang disasarkan adalah sejumlah wang dalam masa 3 bulan, maka, tempoh waktu 3 bulan itu harus benar-benar diteliti sama ada sesuatu atau tidak untuk mencapai keuntungan yang telah disasarkan.
Motivasi juga menuntut seseorang peniaga untuk mengoptimumkan usaha selain menunjukkan kesungguhan dan inisiatif yang lebih berbanding yang biasa, kerana kejayaan dicipta oleh manusia biasa yang berusaha secara luar biasa.
Viral marketing pula merujuk kepada penggunaan teknologi maklumat atau lebih tepat lagi laman sosial bagi menyebarkan informasi dan hebahan berkenaan perniagaan anda.
Motivasi juga perlu mempunyai asas yang jelas, seperti pokok yang memerlukan akar untuk terus berdiri. Begitu juga motivasi, sekiranya asas motivasi jelas, sudah pasti sesuatu usaha itu lebih mudah.
Asas merujuk kepada semua aspek yang diperlukan untuk mencapai motivasi baik dari segi material mahupun kewangan secara asas. Sistematik pula menuntuk peniaga menjalankan aktiviti perniagaan secara teratur dan berdisiplin. Sebagai contoh, sekiranya sistem kewangan tidak diuruskan dengan sistematik, sudah pasti peniagaan sukar ditadbir.
Akhir sekali, jadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi dan bukan pula saingan. Letakkan matlamat untuk bersaing secara sihat secara berperingkat-peringkat kerana sesungguhnya matlamat secara drastik dalam persaingan hanya akan mengurangkan potensi untuk menang dan berjaya dalam usaha menjadi usahawan kecil.
Apakah 10 Keyakinan Dalam Hati Anda?
Mari kita bersembang tentang hati. Apakah 10 Keyakinan Dalam Hati Anda? Jangan fikir banyak-banyak, cukuplah sekadar 10 sahaja. Saya tak minta lebih sebab yakinlah, yang 10 ini pun anda akan terkial-kial memikirkannya.
Kalau malu, jangan tinggalkan komen di bawah artikel ini. Saya pun tak paksa anda semua berkongsi. Tapi, saya tak kira banyak betul. Saya tetap nak kongsi bersama anda semua apakah 10 keyakinan yang ada dalam hati saya sehingga hari ini. Selama hampir 30 tahun hidup, baru hari ini saya terfikir tentang ini.
Entah ada, entah tidak. Tak apa, saya cuba ya keluarkan kesepuluhnya sekali. Mungkin saya berjaya senaraikan kesemuanya, mungkin juga tak. Anda pun cubalah. Nanti saya terangkan untuk apa senarai ini ok. Mari mulakan. Bismillah!
1) Kalau kita buat baik, saya yakin Allah akan ganti kebaikan itu walau dengan apa cara sekalipun
2) Kalau saya berbakti pada mak ayah, saya yakin Allah akan rezekikan saya dengan anak-anak (insyaAllah) yang berbakti juga bila saya dah tua nanti
3) Kalau saya rajin bersedekah, saya yakin Allah akan jaga rezeki saya
4) Kalau saya sayangkan kucing, saya yakin Rasullullah akan sayang saya (tolonglah gelak banyak-banyak)
5) Kalau saya tidak terlalu berkira dengan Hamba Alah yang lain, saya yakin nanti Allah akan tolong saya saat saya dalam terdesak inginkan sesuatu (Alhamdulillah, selalu jadi)
6) Kalau saya betul-betul serah diri pada Allah, saya memang yakin Allah akan terima saya dengan pelukan paling erat. Kalah pelukan ibu saya.
Erk, nampaknya saya gagal senaraikan 10 keyakinan dalam hati saya sehingga hari ini. Cuma dapat senaraikan 6 sahaja. Oklah kan daripada tak ada. hehehehe!!! Anda pulak bagaimana? Dapat tak fikirkan apa keyakinan anda?
Kenapa saya suruh senaraikan macam ini? Mudah. Saya cuma nak ajak anda berfikir apakah tujuan anda hidup selama ini, apakah objektif dalam hidup anda. Sejauh manakah rasa keyakinan pada janji-janji Allah dalam diri anda. Itu je pun.