Hari ini aku nak berkongsi tips bagaimana untuk menyusun semula hutang anda yang mungkin semakin hari semakin bertimbun dan sudah menampakkan tanda-tanda kegagalan mengurus pergerakkan hutang anda.
Bagaimana hendak mengetahui anda sebenarnya tidak sihat didalam menguruskan wang anda?
1. Apabila hutang anda sudah tertunggak dua atau melebihi tiga bulan.
2. Apabila anda mula tidak menjawab sebarang panggilan talipon dari pihak-pihak bank.
3. Apabila pihak ketiga atau pihak pemungut hutang mula menalipon anda.
4. Apabila anda mula menerima mesej SMS menyatakan bahawa hutang anda sudah tertungak beberapa bulan dan perlu membayar sebahagian untuk mengelak tindakkan lanjut.
5. Apabila anda mula takut melihat posmen datang ke rumah anda.
6. Apabila anda mula takut melihat surat-surat tuntutan hutang didalam peti surat rumah anda.
7. Apabila anda tiba-tiba terjaga di waktu tengah malam dan ketika itu anda dapati fikiran anda sedang memikirkan soal hutang walhal anda tidur ketika itu.
8. Apabila anda melihat orang lain seperti saudara mara, jiran tetangga seperti musuh anda dan anda cuba melarikan diri dari diperhati oleh mereka.
9. Apabila anda menganggap orang lain itu sebenarnya sombong dan kedekut kerana anda tidak dibantu atau diberi wang berhutang dengan mereka.
10. Apabila isteri anda mula membuat bising disebabkan sikap anda yang tidak mahu membuka mulut dan muka anda yang masam beberapa hari sudah.
Itu lah antara beberapa petunjuk yang menunjukkan bahawa anda sebenarnya memerlukan lebih daripada seorang yang boleh mendengar pemasalahan anda itu.
Apakah ada tempat untuk anda menceritakan masalah kewangan anda ini?
Bank Negara Malaysia telah menubuhkan satu unit yang dipanggil Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit yang berfungsi menyediakan perkhidmatan kaunseling dan kawalselia pengurusan kredit rakyat Malaysia yang mempunyai masalah hutang dengan pihak bank. Jadi apabila anda mempunyai masalah yang mungkin menjejaskan anda untuk membuat pembayaran kepada pihak bank seperti hutang kad kredit, rumah, kereta dan sebagainya maka anda bolehlah merujuk kepada pejabat AKPK terdekat.
Juga dimaklumkan bahawa pihak AKPK sebenarnya akan memberikan bantuan untuk mereka yang menghadapi masalah pembayaran hutang bank ini SEKALI seumur hidup sahaja.
Apakah yang diperlukan untuk memohon bantuan AKPK?
Untuk mendapatkan bantuan dari pihak AKPK antara perkara-perkara yang perlu dijelaskan ialah:
1. Pemohon hendaklah membawa kesemua penyata bank yang menunjukkan jumlah hutang terkini kepejabat AKPK dan mengisi borang disana.
2. Setelah melalui sesi kaunseling anda akan diterangkan apakah syarat-syarat nya yang perlu dipatuhi oleh pemohon. Pihak AKPK akan memberikan cadangan kepada pemohon jumlah bayaran tetap terendah kepada bank-bank tersebut setiap bulan yang perlu dibayar kepada pihak AKPK. Kemudiannya wang itu akan diagih-agihkan kepada akaun bank-bank penghutang tersebut oleh pihak AKPK.
3. Pemohon perlulah menyertakan bersama bukti pendapatan terkini seperti penyata akaun bank (akaun semasa atau simpanan) atau penyata cukai pendapatan terkini.
4. Setelah pihak AKPK berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diberikan oleh pemohon maka anda dikehendaki pergi ke mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan status report terkini hutang anda. Anda hanya perlu kesana dan tunjukkan kad pengenalan anda sahaja dan kemudian pihak BNM akan mencetak satu senarai lengkap hutang anda. Report tersebut perlu diserahkan ke pejabat AKPK secepat mungkin.
5. Setelah anda menyerahkan report hutang anda yang diambil dari BNM anda akan dikehendaki memasukkan semua maklumat hutang anda dan pendapatan anda secara online di pejabat AKPK. Dan apabila selesai maka selesailah proses permohonan. Anda akan dikehendaki membayar bayaran bulanan permulaan untuk bulan tersebut barulah pihak AKPK akan memulakan rundingan dengan bank-bank berkenaan.
6. Selepas lebih kurang 7-14 hari proses tersebut anda akan menerima surat pengesahan dan kelulusan daripada pihak AKPK. Maka bermulalah era baru pengurusan kredit anda oleh anda bersama AKPK.
7. Perlu diingat anda tidak boleh tertinggal untuk membayar walau sebulan kepada pihak AKPK kerana yang demikian akan menyebabkan perjanjian anda terbatal dan anda akan berhadapan tindakan terus dari pihak bank-bank yang anda berhutang itu. Oleh itu janganlah lalai atau lupa akan tanggungjawab untuk membayar nya.
8. Adalah tanggungjawab anda untuk menguruskan dan menyemak sendiri baki hutang anda dengan bank-bank dan anda mempunyai pilihan untuk menyelesaikan hutang tersebut jika anda berkemampuan terus dengan bank-bank tersebut.
Sehingga hari ini sudah hampir lapan puluh ribu rakyat negara ini menikmati pertolongan dan pengurusan kredit ini dan ramai yang sudah menyelesaikan kebanyakkan hutang mereka tanpa dikenakan apa-apa tindakan mahkamah oleh bank yang memberi hutang.
AKPK sebenarnya bukanlah penyelesaian mutlak keatas masalah kewangan yang kita hadapi tetapi ia adalah sebagai salah satu medium untuk kita memastikan sumber kewangan kita dapat memenuhi kewajipan kita membayar semua hutang kita walaupun pendapatan kita sudah menurun disebabkan oleh sebab-sebab diluar jangkaan kita. Maka apabila keadaan ekonomi kita menjadi lebih baik adalah diharapkan dapat kita mempercepatkan pembayaran balik kepada bank-bank tersebut supaya kita dapat melepaskan diri dari semua hutang tersebut secepat mungkin.
Namun jika anda tetap dengan bayaran ansuran AKPK maka anda mungkin terpaksa menunggu lama untuk menyelesaikan kesemuaan hutang tersebut yang menyaksikan anda sebenarnya membayar lebih dari apa yang sepatutnya anda bayar.
5 Panduan Mengurangkan Hutang
Dalam sedar tak sedar, hutang merupakan salah satu masalah yang dialami hampir setiap orang di seluruh dunia. Sekiranya anda rasa anda bebas dari masalah dan bebanan hutang, mungkin anda silap!
Saya pasti setidak-tidaknya anda juga menghadapi masalah ini biarpun jumlahnya di saat ini taklah sebesar manapun jika dibandingkan dengan orang lain disekeliling anda.
Selagi anda mempunyai keperluan dan kemahuan, mempunyai pendapatan dan pekerjaan, penggunaan dan kebergantungan ke atas pinjaman dan hutang sudah tentu menjadi satu kemestian dalam kehidupan di abad ini.
Namun begitu, sedarkah anda bahawa hutang yang anda ambil itu membantu mengukuhkan kewangan anda atau sebaliknya?
Keadaan akan menjadi bertambah parah jika sekiranya anda tidak mengamalkan pengurusan kewangan yang teratur, anda pasti berhadapan dengan masalah yang besar dan kritikal.
Perancangan hutang yang profesional dapat menyingkirkan hutang yang tidak diperlukan.
Di bawah adalah tip-tip mengurangkan hutang:
1. Lebihkan pendapatan
Terlebih dahulu, anda perlu memastikan bahawa telah mengeluarkan semua perbelanjaan yang tidak penting.Ia adalah penting bagi memudahkan anda untuk mengenal pasti jumlah yang boleh dijimatkan dengan mengubah tabiat pemakanan, misalnya makan direstoran murah , kuran kan makan di luar, membeli barangan runcit berjenama pasar raya berbanding jenama biasa.Anda mungkin perlukan pertolongan bagi menguruskan kewangan anda setiap hari untuk mengurangkan hutang anda.
2. Pendapatan yang lebih baik
Cari pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih baik dan pastikan anda tidak meninggalkan pekerjaan sekarang sehinggakan anda mendapatkan pekerjaan baru kerana ia akan menyebabkan stres yang berpanjangan.
3. Pekerjaan kedua
Dapatkan pekerjaan yang kedua, pekerjaan sementara untuk menambahkan pendapatan kerja sepenuh masa.Hal ini akan bantu menambahkan pendapatan bagi menampung perbelanjaan dan hutang yang anda tanggung.
4. Kurangkan Perbelanjaan
anda perlu mengenal pasti tujuan perbelanjaan anda.peluang untuk anda berbelanja adalah lebih tinggi berbanding pendapatan.Ini adalah situasi yang kritikal di mana hutang tidak boleh di hapuskan.Justeru, anda perlu mengurangkan perbelanjaan harian anda terlebih dahulu.Anda perlu berusaha untuk melalui kehidupan yang sejajar dengan kemampuan anda dan bukannya mewah.
5. Dapatkan khidmat motivasi golongan profesional
Sekiranya anda mendapati bahawa anda tidak mampu untuk membayar balik bayaran minimum, pilihan terbaik anda adalah untuk mendapatkan firma pengurusan hutang yang berupaya berupaya meringankan beban hutang anda dengan menyediakan pembayaran mengikut keadaan semasa anda.Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pengurusan hutang dengan bank melalui agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit(AKPK).