Web Analytics

Menggunakan OD-ASB Sebagai Alat Simpanan

Beberapa hari lepas kebetulan ada perbincangan dengan kawan-kawan tentang guna OD-ASB sebagai alat menyimpan. Sebenarnya lagi bagus kalau dapat jumpa untuk tanyakan soalan-soalan begini, sebab mesti ada benda tertinggal, kalau tak bersemuka ni. Takut jadi ajaran sesat pula.

ASB Overdraft

1. Apa itu OD ASB?

Secara pendek kata, OD ASB ni adalah satu hutang. Bezanya dengan loan-loan lain, loan ASB, contohnya, kita tidak perlu membayar amaun tetap pada setiap bulan. Maknanya, ia merupakan pinjaman yang flexible yang bergantung kepada kita nak bayar berapa setiap bulan.

Akan tetapi, seperti loan ASB, kita dapat dividen ASB dan interestnya juga rendah. Kalau loan lain macam personal loan atau Credit Card Loan, tak ada dividen dan interest tinggi.

Macam Mana Ia Berfungsi?

Ok, pada mulanya kita kenalah ada minima RM 11,000 dalam ASB. Tukarkan kepada sijil. Lepas tu kita pergi ke bank – RHB, CIMB atau Maybank. Masing-masing margin of finance dan interest berbeza. Yang ni saya tulis pendek saja sebab banyak blog lain dah tulis macam mana proses nak apply OD ni. Kali ni mari kita tumpu perhatian atas apa yang penting untuk tajuk menyimpan dulu.

Katakan anda sudah convert ASB anda ke sijil ASB dengan RM30,000.

Dan anda memilih bank CIMB, dengan MOF 90% dan interest -1.5% (ni andaian saja, sila check dengan CIMB). Dan BLR 5.5%.

Jadi OD yang anda dapat 90% x RM 30,000 = RM 27,000.

Anda akan diminta untuk buka satu current account, dan wang RM 27,000 ni akan dimasukkan dalam akaun anda. Kalau anda tak buat apa-apa dengan akaun ni, maka interest anda jadi kosong, sebab kira penggunaan anda kosong. Katakan anda keluarkan RM 20,000, maka interest anda akan dikira 5.5%-1.5% dari RM 20,000 itu.

Interest dari RM 20,000 = 5.5%-1.5% x RM 20,000 = 4% x 20,000 = RM 800

Maknanya interest anda ialah RM 800 setahun.

Kalau anda keluarkan RM 10,000

Interest dari 10k = 4% x 10,000 = 400

Interest anda ialah RM 400 setahun.

Macam mana ia boleh meningkatkan tabungan anda?

1. Cara Rempit

Terdapat cara rempit yang merupakan salah satu cara yang boleh pakai untuk meningkatkan tabungan anda.

Ingat RM 20,000 tadi, masukkan RM 2o,000 ni dalam ASB anda. Sekarang ASB anda ada RM 50,000.

Katakan dividen 7% setahun.

Dividen = 7% x RM 50,000 = RM 3,500

Melalui cara ni, keuntungan anda RM 3,500 – RM 800 (Interest) = RM 2,700. Nanti saya terangkan lebih lanjut pasal ni dalam tajuk kecil Membayar Balik.

Katakan anda keluarkan RM 10,000, cuba kira berapa dividen anda keuntungan anda.. Sila tulis kat ruangan komen kat bawah.

2. Cara sikit-sikit

Cara dia macam cara di atas.. cuma instead of letak balik sekali gedebuk dalam ASB, kita masukkan sikit-sikit.

Contohnya kita ada ASB sebanyak RM 11,000, jadi OD akaun kita akan ada RM10,450. Katakan sebelum ni kita ada buat simpanan sebanyak RM100, jadi sekarang kita cuba simpan ASB dengan RM200 dari kaedah OD ni.

Jadi dalam 1 tahun, kita akan gunakan RM2,400. Saya cadangkan anda awal terus keluarkan lump sum selama 1 tahun tu lebih awal. Boleh anda keluarkan terus RM2,400 tu dan masuk ke dalam ASB.

Maksudnya pada tahun pertaman kita sudah gunakan OD sebanyak RM2,400. Katakan dividend yang diperolehi adalah 10%. Ini adalah senangn untuk buat kiraan dan tunjuk di sini.

Jadi, bila masuk ke tahun kedua, kita akna dapat dividend pada jumlah simpanan RM 11,000 + RM2,400. Jadi sekarang jumlah dividend yang kita dapat sudah jadi RM 1,349.

Dividend yang kita terima ni  perlulah masuk balik ke dalam akaun OD kita. Ulangkan langkah-langkah ini sampai kita nampak balance akaun OD kita sudah turun. Lepas tu ia akan naik balik sebab wang simpanan kita sudah jadi semakin bertambah. Wang itu sudah menampung pengeluaran dari apa yang kita lakukan setiap tahun tu.

3. Buat pelaburan, yang return lebih bagus dari ASB

Apa-apa pelaburan, kalau nak buat, rule of thumb dia mestilah lagi untung dari ASB. Biasanya perlu ada 7% ke atas. Pasal apa? Pasal kalau kurang dari peratus ini, boleh fikir untuk letakkan dalam ASB saja. Macam ini tak payah pening kepala, betul tak?

Ok, jom kita tengok pelaburan hartanah. Katakan anda nak menyimpan, dan kalau boleh nak lagi laju dari simpanan ASB.

Katakan  target rumah anda adalah RM80,000, dan deposit anda adalah RM8,000. Lain-lain yang termasuk lawyer fee, baiki rumah, dan sebagainya adalah RM7,000. Jadi keseluruhan anda guna RM15,000 sebagai modal. Anda keluarkan RM15,000 ni dari akaun OD anda untuk setahun.

Maka interestnya,

Interest dari 15k = 4% x 15,000 = RM600

Kita guna kes tadi, katakan ASB anda RM30,000. Dividen anda

7% x 30k =RM2,100

Katakan rumah sewa anda pulak, setiap bulan profit RM200. Jadi setahun RM2,400.

Melalui cara ni, keuntungan anda RM2,100 + RM2,400 – RM600 (Interest) = RM39,00 untuk setahun.

Ada banyak pilihan untuk pelaburan ni, seperti emas, CPO, Forex, saham dan sebagainya. Anda boleh buat kiraan terlebih dahulu sebelum buat keputusan nak terjebak dengan yang mana satu.

OD-ASB atau Loan ASB?

Ok, anda dah tahu cara macam mana buat pengiraannya, kini anda nak tahu mana lagi untung dari kedua-dua ni? Dulu saya pernah baca posting forum dari MET, yang mengatakan lagi untung buat loan ASB dari OD-ASB.

Membayar Balik

Ok, memandangkan OD ni pun sejenis hutang, wajiblah kita membayar balik. Bukan setakat interest, tapi principle nya sekali  juga. Ada dua cara nak bayar:

Guna dividen

Ingat pengiraan kat point 2.1 di atas?

RM3,500 – RM800 (Interest) = RM2,700

Ok dalam ni, RM800 kita dah guna untuk bayar interest. RM2,700 lagi kita boleh guna untuk bayar principle sekali. Kalau macam ni.. hutang anda dah dikurangkan menjadi

RM20,000-RM2,700 = RM17,300.

Jadi tahun depannya, interest anda akan dikira 4% dari RM17,300.

Pronya, anda dapat tambahan 20k dalam ASB anda dan membayar hutang lagi cepat. Consnya, anda tak dapat compounding dividen dari ASB, selama mana anda masih berhutang.

Bayar dari sumber lain

Dari pengiraan di atas, kita tau kita perlukan RM800 untuk servis interest. Jadi kalau kita nak servis principle, kita kena bayar lebih dari tu.Katakan anda bercadang nak settlekan OD tu dalam masa 5 tahun.

Untuk senang kira, kita guna formula senang jelah:

RM20,000 / 5 tahun = RM4,000 setahun

Oleh kerana kita kena servis interest, maka setahun kita kena bayar RM4,800 (RM4,000+RM800)

Sebulan bayar RM4,800 / 12 = RM400.

Ni pengiraan simple, sebenarnya pengiraan dia lagi complex dari ni. Kalau nak detail projection, boleh guna tool EDT OD Tracker yang telah disediakan.

Pronya, anda dapat tambahan 20k dalam ASB anda dan dapat compounding dividen lagi tu. Consnya, anda kena cari source lain utk servis OD anda.

Diharap dapat membantu.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!