Adakah anda tahu apa jabatan yang uruskan hal ehwal kewangan untuk negara kita? Jawapannya ialah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) .
Sejarah Tentang JANM
Jabatan Akauntan Negara Malaysia ditubuhkan pada tahun 1946, sebelum kemerdekaan Malaysia, dengan pembentukan jawatan Akauntan Jeneral di bawah Kementerian Kewangan, yang pertama kali dipegang oleh Encik G.G.T Browne. Jawatan itu pertama kali diisi oleh rakyat Malaysia pada tahun 1967.
Ibu pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia terletak di Presint 2, Putrajaya. Ia mempunyai pejabat negeri dan daerah di seluruh Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan perakaunan kepada sektor awam.
Logo rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia dilancarkan pada Oktober 2003, di mana singkatan ANM bermaksud Akauntan Negara Malaysia.
Secara amnya, Jabatan Akauntan Negara adalah berada di bawah kementerian kewangan. Akauntan negara sepatutnya dilantik oleh Dewan Rakyat melalui pencalonan dan pengundian. Tetapi dengan pertukaran politik pada masa lalu, sekarang kebanyakan akautan negara dilantik oleh Perdana Menteri.
Direktori Akauntan Negara Malaysia
Direktori Ibu Pejabat mengandungi:
Pengurusan Tertinggi
- Di sini mengandung semua ketua-ketua yang mempunyai kedudukan teratas dalam pusat ANM.
Bahagian Pembangunan Perakaunan & Pengurusan (BPPP)
- Membuat perancangan pelan, penyediaan sumber manusia dan piawaian perakaunan untuk sektor awam.
Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat Dan Agensi (BPOPA)
- Mengumpul maklumat kewangan.
- Urusan yang berkenaan dengan urus niaga dan wang tunai.
- Memperakaunkan pinjaman dan pelaburan yang dibuat oleh kerajaan.
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)
- Urusan utnuk semua wang yang tidak dituntut oleh rakyat Malaysia.
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA)
- Membuat kajian dan tetapan untuk polisi bersama piawaian perakaunan.
- Merancang pelan perakaunan, urusan infrastruktur ICT, sistem Unicenter, mengendali dokumentasi perakuanan.
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
- Menyempurnakan bayaran dan memperakaunkan terimaan
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)
- Menjalankan penyelidikan, kajian, pembangunan, pengujian, latihan, operasi sistem, pentadbiran sistem, pentadbiran pangkalan data dan automasi pejabat.
- Menguruskan infrastruktur, khidmat sokongan dan urusan keselamatan ICT Ibu Pejabat dan Cawangan serta memantau rangkaian komunikasi JANM.
Bahagian Khidmat Perunding (BKP)
- Memberi perkhidmatan perundingan dan kelulusan rekabentuk dalam pembangunan sistem kewangan dan perakaunan kepada Kerajaan Persekutuan dan Agensi Kerajaan.
- Menetapkan peraturan dan prosedur kewangan. Memberi perkhidmatan pentadbiran dan kewangan kepada Bahagian.
Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD)
- Memastikan terimaan dan bayaran Kerajaan Persekutuan diperakaunkan dengan betul.
- Menjalankan pengauditan untuk memastikan kawalan dalaman ke atas pengurusan kewangan dan perakaunan.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan kewangan dan perakaunan.
Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF)
- Mengurus dan mengakaun terimaan dan bayaran, termasuk bayaran gaji.
- Membuat persediaan audit di PTJ.
- Memantau pelaksanaan sistem perakaunan Kerajaan.
- Mengumpul dan menganalisis maklumat kewangan.
- Merancang, membangun dan melaksanakan program latihan dan kursus.
Institut Perakaunan Negara (IPN)
- Ia dijadikan sebagai “Core Center” untuk menawarkan Kursus Generik Kewangan dan Perakaunan, Kursus Pengauditan dan Kursus Sistem Maklumat Perakaunan untuk Sektor Awam.
Unit Integriti (UI)
- Bertanggungjawab untuk melaksanakan 6 fungsi teras: Tadbir Urus, Pengukuhan Integriti, Pengesanan dan Pengesahan, Pengurusan Aduan, Pematuhan undang-undang dan peraturan, dan Tatatertib.
Unit Undang-Undang
- Memberi nasihat/pandangan mengenai perkara undang-undang yang melibatkan Jabatan.
- Menggubal dan menyemak perundangan. Menyemak perjanjian/kontrak yang melibatkan Jabatan dengan pihak lain.
Pertukaran Mata Wang Asing(Forex)
Pertukaran mata wang asing juga ada kaitan dengan ANM. Setiap bulan, ANM akan memgemukakan exchange rate antara Ringgit Malaysia dengan mata wang negara-negara lain.
Boleh anda rujuk ke sini untuk dapatkan maklumat tersebut.
Portal Yang Digunakan Secara Meluas
Terdapat banyak portal yang disediakan oleh JANM untuk tujuan yang berlainan. Antara yang paling popularnya termasuk:
e-Penyata Gaji
Ini merupakan salah satu sistem yang paling popular yang digunakan terutama oleh kakitangan kerajaan untuk buat semakan online atas gaji bulanan mereka.
Mereka dapat login untuk buat semakan gaji dan cetakan slip gaji: e-Penyata Gaji log masuk
eGumis
eGumis bermaksud Electronic Government Unclaimed Money Information System. Ia merupakan sistem yang disediakan untuk memudahkan semakan status wang tidak dituntut terutamanya bagi penduduk yang bukan tinggal di bandar.
Portal eGUMIS kini sudah berfungsi, dan anda boleh menyemak status wang anda yang tidak dituntut dalam talian.
Boleh anda kunjungi ke portal ini ikut pautan yang disediakan: eGumis.anm.gov.my
e-Peperiksaan
ANM ada juga menyediakan halaman untuk e-Peperiksaan. Tujuan halaman ini disediakan adalah untuk memudahkan mereka yang ingin mengambil peperiksaan akauntan W41.
Bagi mereka yang ingin naik pangkat secara lantikan ataupun naik gaji di jabatan ini, wajib bagi mereka ambil ujian tersebut.
Boleh anda rujuk ke sini untuk dapat tahu dengan lebih banyak.
ALAMAT
Ibu Pejabat
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 1, Persiaran Perdana,
Presint 2,
62594 Putrajaya
Malaysia.
Official Website: www.anm.gov.my
Portal rasmi untuk JANM di negeri-negeri yang berlainan: Lokasi JANM
Pendaftar Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Malaysia.
Waktu operasi(Office Hours): 8.30am – 4.00pm
Telefon Hotline: +603-8882 1000
Baca juga: