Web Analytics

Menambah Nilai Modal Diri dan Bisnes Melalui Kitaran Pelaburan

Membeli ebook JomBebasHutang dari Klikjer.com adalah suatu pelaburan baru bagi saya dalam mempelajari cara mengurus duit. Blog ceritera kewangan terkenal iaitu Pakdi.net yang diasaskan oleh Suzardi Mazlan begitu mengkagumkan. Blog yang sarat dengan ilmu pengurusan kewangan berdimensi islamik dan bebas mengukuhkan keyakinan saya menjadi subscriber/pembaca setia blog ini.

Ebook dibeli kerana perasaan ingin tahu yang kuat dan mahu belajar dari yang ada pengalaman dan kepakaran. Salah satu usaha saya sendiri untuk menjadikan cashflow saya menjadi positif dan diurus dengan baik sambil menghayati erti kebahagian sebenar. Saya bersyukur dipertemukan ilmu ini menjadikan saya lebih berhati-hati dalam mengurus kewangan peribadi dan bisnes.

Duit bisnes untuk bisnes. Duit peribadi untuk peribadi.

Oleh itu, banyak juga yang saya belajar melalui ebook 100 muka surat ini. Bimbang jika penyata kewangan saya menunjuk profil yang berpenyakit. Bila berpenyakit, sukarlah untuk menghayati ‘makna kebahagiaan’ luang waktu bersama keluarga, menikmati secakir kopi tenang di balkoni, menyertai acara sukarelawan memberi perkhidmatan insaniah kepada yang susah dan sebagainya.

#Baiklah. Cerita tamat di sini.

Mazhab Pelaburan Semula- Sila Ambil Cakna!

Menambah nilai modal diri adalah perlu dan tidak pernah berhenti. Bukan ketika lepas berjaya, malah bila sudah berjaya, lagi kena usaha untuk menambah lagi nilai modal peribadi. Saya inpirasi untuk menulis artikel ini apabila terbaca artikel dari blog WriteToWealth.my milik Tuan Aqif Azizan juga menyarankan mazhab reinvesting bagi bekalan bisnes di dunia mahupun akhirat.

  • Rendahkan ego to zero, dan berguru segera.
  • Nilai modal diri yang bertambah mencambah kebahagian diri dan orang lain yang kekal.

Jadi, bila kita perolehi untung, adalah baik jika kita reinvest semula sebahagiannya untuk top up nilai modal diri, dan nilai bisnes. Bagi perniagaan internet, selain ebook teknik pemasaran baru, software-software yang berguna juga adalah suatu proses pelaburan untuk top up nilai bisnes. Ya, ianya salah satu jalan shortcut menuju kejayaan.

pelaburan

Sinis Untuk Berbuat Pelaburan Ilmu.

Ilmu kekal di dada hingga mati. Sesetengah orang kita jarang mengambil cakna mengenai proses pelaburan untuk top up modal diri. Ramai gemar boros berbelanja dan tidak menggunakan masa yang baik untuk perkara yang lagha. Pelaburan bukan sahaja duit, malah masa dan kudrat. Sikap bodoh sombong juga penyebab modal diri menipis.

Pelaburan yang paling berat bagi orang ini adalah pelaburan untuk ilmu. Contohnya, dalam menambah modal diri dalam ilmu pemasaran yang paling dia mahu belajar misalnya pemasaran facebook, dia gentar untuk keluarkan duit (walaupun ada duit) kerana ada perasaan sinis terhadap ilmu yang ditawarkan.

Mungkin dia sudah tahu akan ilmu yang ditawarkan. Mungkin sinis terhadap harga kursus yang terlalu mahal walaupun dia nak belajar sangat ilmu itu. Dan macam-macam lagi perasaan sinis timbul kerana kurangnya kepercayaan pembeli terhadap penjual/ pemberi ilmu. Dalam situasi ini, selain suara jualan yang meyakinkan, si pemberi ilmu juga perlu miliki rekod yang baik. Ini sudah masuk topik surat jualan yang berkesan pulak.

  • Jalani proses kitaran pelaburan modal diri…

  1. dengan yakin dan sabar.
  2. rendahkan ego to zero, banyakkan membaca.
  3. percaya pada saranan yang baik. Jika sesuai, terus praktis.
  4. sebarkan ilmu – menuju kebahagiaan bersama yang kekal.
  5. labur semula untuk kelangsungan yang lama.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!