Web Analytics

Manfaat dan Perkara Yang Kita Perlu Tahu dari PERKESO

Saya percaya bahawa terdapat banyak pekerja di Malaysia yang akan tahu nama institusi insurans social yang bernama PERKESO itu.

Kita semua mengenalinya keerana terdapat sebilangan gaji yang kita perolehi akan ditolak oleh institusi ini setiap bulan.

Walau bagaimanapun, memang masih ada ramai pekerja yang tidak benar-benar memahami fungsi dan faedah sebenarnya untuk institusi ini.

manfaat perkeso

Jika anda juga tidak tahu apa manfaat yang boleh anda nikmati dengan PERKESO, maka anda pun adalah antara dari mereka yang bukan faham sepenuhnya dengan institusi ini. Jadi, lebih baiklah kita semak bersama-sama sekarang supaya anda boleh berjuang untuk hak anda sendiri!

Perlindungan Yang Diberikan Oleh PERKESO

Perlindungan yang diberikan oleh PERKESO termasuk perubatan dan kemalangan yang terjadi di tempat kerja. Manfaat yang diberikan oleh PERKESO termasuk insurans kecederaan pekerjaan, rawatan perubatan, faedah tunai, dan rancangan pemulihan.

Tapi perlu ingat bahawa sekiranya anda jadi cacat kerana kecederaan dan akibat anda tidak mampu bekerja buat seumur tahun, tetapi kecederaan itu tidak disebabkan oleh pekerjaan, maka anda tidak dapat buat tuntutan dengan PERKESO.

Walaubagaimanapun, anda masih boleh buat tuntutan dengan syarikat insurans jika anda ada beli insurans sama syarikat insurans lain.

Di sini boleh kita dapati terdapat 2 manfaat terbesar yang boleh kita perolehi dengan PERKESO sebagai seorang pekerja di Malaysia. Manfaatnya adalah:

1. Sekiranya tuntutan berjaya, anda akan dapat menikmati pampasan seumur hidup.

2. Sekiranya anda kehilangan nyawa, pasangan dan anak-anak anda juga boleh memohon atau menerima pampasan dari PERKESO.

Oleh itu, jika anda berkahwin selepas tahun 1982, anda mesti mendapatkan surat nikah dari pihak berkenaan supaya pasangan atau anak anda dapat memanfaat.

Macam Mana Dapat Pampasan PERKESO?

Setelah seseorang pekerja cedera ketika bertugas, majikan harus menghantar pekerja tersebut ke hospital kerajaan secepat mungkin, dan mesti buat permohonan dengan PERKESO dalam masa 48 jam.

Lepas dapat kelulusan, perbelanjaan perubatan pekerja seterusnya dan 80% daripada gajinya akan ditanggung oleh PERKESO.

Tanggungan itu akan berterusan sampai tempoh maksimum 12 bulan.

5 Perkara Yang Perlu Anda Perhatikan!

1. Orang yang cedera mesti meminta pihak hospital untuk mengeluarkan borang cuti pada hari dia masuk hospital sampai hari dia keluar.

2. 80% daripada gaji yang diterima oleh orang yang cedera dikira berdasarkan gaji purata 6 bulan sebelum kecederaan.

3. Setelah majikan memohon PERKESO untuk pekerjanya, PERKESO akan menghantar kakitangan pergi ke syarikat yang berkenaan untuk mengesahkan sama ada orang yang cedera itu adalah pekerja syarikat dan ada benarkah dia mengalami kecederaan semasa waktu bekerja.

4. Sekiranya seseorang pekerja tidak dapat bangun dari katil buat masa yang panjang kerana kecederaan yang berkaitan dengan pekerjaan, PERKESO akan membayar 90% dari gaji bulanan kepada orang yang cedera sehingga “keajaiban” berlaku atau sampai dia meninggal dunia.

5. Sekiranya pekerja itu meninggal dunia, semua peralatan dan perbelanjaan perubatan akan ditanggung oleh PERKESO. PERKESO juga akan membayar RM 1,500 kepada keluarga pekerja itu.

Gaji pekerja akan dipindahkan kepada isteri dan anak-anak, dan anak-anak juga dapat menerima RM 200,000 untuk yuran pelajaran atau insentif university.

Selain itu, semua ahli PERKESO yang meninggal dunia setelah tahun 1974 dan berusia di bawah 60 tahun, selagi mereka mempunyai sijil kematian dan surat nikah, mereka boleh menuntut pampasan pada bila-bila masa.

PERKESO mengira pampasan tahun demi tahun berdasarkan tahun kematian ahli, dan kemudian akan membayar RM500 sebulan kepada keluarga.

Jika terdapat ahli keluarga anda yang meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan berlaku semasa bekerja, boleh anda buat semakan di portal ini untuk tahu sama ada seseorang itu adalah ahli PERKESO atau tidak.

Jika dapat mengesahkan keahliannya, PERKESO akan meminta akaun bank ahli keluarga untuk proses membuat pampasan.

Selepas habis proses, cek untuk pampasan akan dikeluarkan dan diberikan kepada ahli keluarga pekerja itu.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila kunjungi laman rasmi PERKESO di sini.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!