Bila bincang tentang kekayaan, saya sebenarnya tidak mempunyai petua untuk anda menjana kekayaan dengan cepat. Tetapi jika pandangan tentang wang anda adalah sama dengan pandangan saya di mana anda mampu berkumpul dengan duit dengan perlahan-lahan, dan simpan sikit-sikit setiap bulan, jangan makan mewah selalu, dan hanya meminta ketenangan hati dalam kehidupan, maka bolehlah anda mendengar nasihat kewangan yang saya ingin berkongsi di sini.
Tentang Kerja
Semasa berusia 20-an dan 30-an, saya menyebutnya sebagai umur untuk berusaha. Pasti anda tidak rasa selesa untuk bekerja kuat bulan demi bulan tanpa dapat menikmati kemewahan. Tetapi itu merupakan sesuatu yang perlu anda lakukan. Walaupun ia adalah susah tapi masa yang diambil sebenarnya bukan panjang sangat. Percayalah atas apa yang saya cakap, sepuluh tahun akan berlalu dengan cepat.
Pada masa ini, pertimbangan utama untuk memilih pekerjaan adalah peluang belajar dan ruang untuk menginkatkan diri. Gaji adalah sekunder, asalkan cukup untuk hidup sudah boleh.
Selagi pekerjaan ini dapat memberi anda peluang untuk mempelajari skil dan ilmu baru, berhubungan dengan bidang yang berbeza, membangun rangkaian orang yang luas, dan terus menambah nilai, walaupun pekerjaan itu sukar, tekanannya terlalu tinggi, dan gajinya sangat rendah, anda mesti terus berusaha dan menghadapi cabaran yang ada.
Sebaliknya, sekira pekerjaan itu terlalu selesa di mana anda hanya perlu membuat beberapa perkara mudah setiap hari, dan anda boleh menanganinya dengan mudah, kerja itu senang tanpa cabaran, maka walaupun gajinya agak baik, saya akan cadangkan anda letak jawatan dan pergi cari kerja lain.
Pada usia dua puluhan, jika anda tidak boleh kerja kuat, tidak dapat menghadapi cabaran, tidak dapat selesaikan masalah yang anda temui, dan kepahitan digantikan dengan makanan istimewa, semua ini akan mengurangkan keyakinan dan perjuangan anda dari tahun ke tahun.
Jangan biarkan idea pengunduran diri timbul kerana kerja anda terlalu keras, anda tidak dilayan dengan adil, dan boss atau orang atasan anda terlalu jahat. Ketekunan dalam persekitaran yang sukar juga merupakan sesuatu yang boleh menjadikan anda seorang lebih kuat.
Jika anda selalu menyerah dengan mudah, itu akan menjadi kebiasaan dan ia akan menjadi satu kesukaran untuk anda di masa depan.
Jangan memilih untuk makan sushi pada usia yang sepatutnya anda cuma mampu makan nasi putih. Bila sushi sudah habis, cuma tinggal nasi putih dan itu baru tiba masa anda mula rasa khuatir dan sedih.
Jika anda selalu berusaha tanpa putus asa, akan satu hari dapat anda makan sushi. Tetapi anda harus menunggu, mungkin setelah usia 40 atau 50, masa itu akan sampai dan usah anda risau.
Sebaik saja asas sudah stabil, bangunan apa yang anda mahu bina adalah ikut suka hati anda? Ingat, bangunan tanpa asas disebut istana di langit yang boleh runtuh pada bila-bila masa saja.
Tentang Kejimatan
Kunci pengurusan kewangan adalah sesuatu yang penting. Bagi mereka yang tidak cukup duit setiap bulan, usah mereka cakap tentang pengurusan wang. Simpan wang sebelum belanja baru adalah minda yang betul.
Anda mesti hidup lebih miskin daripada apa yang anda ada. Seperti apa yang orang putih cakap: “Always live below your mean.” Sekiranya anda mempunyai gaji tahunan RM40,000, anda harus hidup seperti RM30,000, dan RM10,000 yang dijimatkan akan dapat anda buat pelaburan. Melakukan ini sahaja, anda sudah jauh lebih baik daripada kebanyakan orang lain yang sama usia dengan anda.
Dengan kelebihan wang yang anda simpan, baru anda ada berkelayakan untuk bercakap mengenai mempelbagaikan risiko, melabur dalam harta tanah, faedah tetap, melabur dalam bursa saham, membeli dana amanah, dan lain-lain.
Bila berusia 20-an, ia bukanlah usia untuk seseorang mempamerkan kekayaan. Anda boleh menunggu untuk beli kereta mewah, melancong ke luar negara, menunggu percintaan, menunggu gaya hidup mewah. Jangan membelanjakan wang pada masa akan datang, jangan beli jika anda tidak mempunyai wang, dan jangan terbiasa dengan bayar semua perbelanjaan dengan kad kredit.
Sekiranya anda rasa itu adalah rungutan untuk hidup terlalu lusuh di usia 20-an, cubalah bayangkan rasa malu kerana pergi ke AKPK untuk beratur dan mengisi borang ketika berusia 40 atau 50.
Tentang Pemindahan Risiko
Satu perkara yang sering diabaikan oleh orang muda ialah mereka menganggap bahawa kemalangan adalah urusan orang lain, dan hanya orang tua yang akan jatuh sakit.
Hidup adalah seperti satu maraton, anda hanya menempuh jarak 10 kilometer pada usia 20-an, dan kemudian terdapat terlalu banyak pemboleh ubah yang tidak berada di bawah kawalan anda.
Oleh itu, anda harus memindahkan sebahagian risiko pada peringkat awal. Ini adalah fungsi yang dimainkan oleh insurans. Jangan tunggu penyakit / kemalangan dating baru anda ingin nak beli insurans, pada masa itu sudah lambatlah.
Jika anda baru keluar untuk kerja, saya akan cadangkan anda untuk membeli kad perubatan sebelum berkahwin dan mendirikan keluarga.
Sekiranya anda menghidapi penyakit / kemalangan, anda tidak perlu menghabiskan wang simpanan yang anda jimat dari pekerjaan anda itu.
Bila beli insurans, perlu juga anda pertimbangkan apa yang anda mampu bayar setiap bulan. Jangan beli insurans yang mempunyai bayaran yang terlalu tinggi yang anda tidak mampu untuk bayar, ini akan bazirkan wang anda saja.
Apa yang baik adalah bahagikan sebahagian kecil dari gaji bulanan anda untuk membeli insurans, dan anda akan mengucapkan terima kasih kepada anda diri pada masa akan datang.
Mengenai Sikap dan Tabiat Hidup
Orang yang mempunyai sikap positif lebih kaya daripada orang yang negatif. Oleh itu, orang di sekeliling anda adalah sangat penting. Anda perlu berhati-hati dan memilih kawan yang betul semasa anda keluar untuk bergaul di masyarakat.
Orang yang mempunyai kemampuan belajar yang kuat juga lebih kaya daripada mereka yang mempunyai kemampuan belajar yang lemah. Cara terbaik untuk terus belajar adalah mengembangkan kebiasaan membaca. Malah orang terkaya di dunia ada yang meluangkan masa untuk mundurkan diri untuk belajar setiap tahun.
Apa lagi alasan untuk kita tidak belajar? Kita boleh mendapat ilmu dan idea dari buku-buku yang biasa dijual dengan harga dalam RM30 atau RM40 sahaja. Dengan kemungkinan besar idea atau ayat di dalamnya akan mengubah hidup anda, adakah pelaburan ini cukup murah?
Tabiat bekerja dan berehat juga berkaitan dengan kekayaan anda. Orang yang berdisiplin sendiri tentu lebih kaya daripada orang yang tidak berdisiplin.
Apabila anda mesti mencapai sesuatu, anda mesti mempunyai matlamat. Bila sudah tiba masanya untuk tidur, anda masih bermain permainan telefon bimbit, sudah sampai waktunya untuk belajar tetapi anda berjudi dalam talian, pada masa untuk serius anda bergurau-gurau pula, waktu kerja anda membeli-belah online di Shopee…..
Walaupun anda mempunyai tenaga yang tidak berkesudahan pada usia ini, saya sangat menyarankan agar anda mula meluangkan masa untuk mengembangkan kebiasaan bersenam. Tubuh ini perlu digunakan selama beberapa dekad. Semakin cepat anda mengekalkannya, semakin baik fizikal badan anda.
Kesimpulan
Sekiranya anda dapat mencapai apa yang dinyatakan di atas, anda pasti sudah memiliki sedikit hartanah di tangan anda setelah berusia 30 tahun.
Dari sini, adan boleh menaik taraf untuk mempertimbangkan membuat pelaburan, harta tanah, saham, dana, perniagaan, dan memulakan lebih banyak pendapatan pasif untuk mempercepat pengumpulan kekayaan.
Pada usia 40 atau 50 adalah tahun untuk menuai apa yang anda tumbuh. Pada masa itu anda akan mula untuk menikmati kesenangan dalam kehidupan. Di samping itu, anda juga dapat mencapai kebebasan kewangan dan melakukan apa sahaja yang anda mahukan.
Ini adalah konsep kewangan saya. Sangat perlahan, agak pahit, tetapi memang praktika untuk dicapai. Tujuannya adalah untuk memasuki kehidupan yang selesa dan bebas setelah berusia 40 atau 50.
Sekiranya anda ingin menikmati kehidupan yang mewah, memandu kereta besar, tinggal di rumah besar, berbaring di pantai Maldives pada masa sekarang, maka tidak patut anda baca artikel ini. Ia tidak dapat bantu langsung.