Web Analytics

Lock In Period Untuk Pinjaman Rumah

Hari ini nak bincang bersama para pembaca pasal loan rumah punya lock-in period. Tanpa sebarang kelambatan, biar kaji bersama-sama.

Adakah anda tahu bahawa dalam memilih loan rumah, lock in period adalah penting untuk diambil kira?

Sebagai contoh, kalau anda hendak cepat-cepat jual kembali rumah yang anda beli itu, apa yang amat sesuai untuk anda adalah memilih lock in period yang pendek atau pun dapatkan pinjaman rumah yang langsung tiada lock in period punya.

bank lock in period

Sebaliknya, kalau anda berniat untuk simpan lama selepas beli sebuah rumah, maka ia memang sesuai untuk anda mengambil pinjaman rumah dengan lock in period yang lama yang biasanya dalam 5 tahun.

Secara umum, rate untuk pinjaman rumah akan berbeza mengikut lock in period yang anda pilih. Kalau lock period pendek macam cuma dalam 3 tahun, maka rate pinjaman adalah lebih daripada loan dengan lock period 5 tahun.

Apa Maksud Sebenarnya Untuk Lock In Period?

Makna lock in period ni ialah anda kena kekal membayar hutang dengan bank yang anda buat pinjaman rumah itu dalam masa yang ditentukan oleh bank itu. Jika tidak, anda akan dikenakan early settlement penalty.

Katalah selepas 3 tahun, anda hendak menjual rumah atau membuat refinance dengan bank lain sedangkan lock period adalah 5 tahun. Disebabkan anda nak settle dengan lebih awal dari masa yang ditentukan, maka bank akan kenakan penalti atas anda.

Dengan kata lain, bukan sahaja anda kena bayar keseluruhan balance loan yang ada tetapi perlu tambah lagi dengan denda yang dikenakan atas pinjaman anda.

Biasanya ia terdapat dalam salah satu syarat dalam loan rumah anda semasa anda memohon loan dengan bank. Boleh anda rujuk ke sesiapa yang mempunyai agreement loan dan minta mereka tunjukkan contoh dalam perjanjian pinjaman yang ada sebut tentang perihal lock period dan early settlement penalty.

Sebagai contoh, sekiranya anda buat settlement untuk loan anda sebelum tempoh tamat, anda mungkin akan dikenakan 3% dari jumlah pinjaman atau pun RM 5,000, tengok yang mana satu lagi mahal. Katakan anda buat pinjaman sebanyak RM 100,000, biarpun 3% dari RM 100,000 ialah RM 3,000, dengan memenuhi syarat mana satu yang lagi mahal, anda tidak akan bayar RM 3,000 sahaja, tetapi kena bayar RM 5,000. Memang banyak juga yang anda perlu bayar untuk denda yang dikenakan atas pinjaman anda.

Strategi Yang Boleh Anda Pakai

Untuk mengelakkan dari kena denda, maka ada baik untuk anda menentukan strategi sebelum anda pergi buat pinjaman rumah. Anda perlu tentukan matlamat terlebih dahulu. Kalau anda jangka anda cuma perlu lock in period yang pendek, maka pilihlah untuk dapatkan pinjaman dengan tempoh bayar balik yang pendek.

Sebaik saja sudah tandatangan agreement untuk buat pinjaman, adalah baik untuk anda bayar servis loan sampai lock period tamat baru jual atau buat refinance untuk rumah yang anda beli itu.

5 Tahun Lock In Period Bila Mula Tarikhnya?

Ramai orang yang lebih suka untuk pilih pinjaman yang mempunyai lock in period yang lebih panjang seperti 5 tahun. Tetapi terdapat ramai yang keliru dan tidak tahu bila tarikh mula untuk lock in period bagi pinjaman 5 tahun itu.

Biasanya pinjaman seperti ini akan mengikut tarikh kali pertama installment bulanan dibayar. Katakan anda dapat kelulusan pinjaman rumah dari bank dan anda buat tandatangan pada bulan Oct 2019, Bank akan mula minta bayaran pada Disember 2019. Jadi sehingga Disember 2024 baru anda kena setel pada bank yang sama jika anda tidak mahu dikenakan sebarang penalti.

Dulu masa bila saya nak buat refinance, saya ada minta bank untuk waive atau kurangkan denda untuk lock in period. Menurut officer bank tu, kalau nak jual rumah itu mungkin mereka boleh cuba untuk waive atau reduce penalti. Tetapi dalam kes refinance, memang tidak akan dilayan sebab kita sudah tukar ke bank yang lain.

Dengan bank, saya rasa credit history kita juga memainkan peranan yang penting. Kalau kita mempunyai credit history yang baik, maka semua benda boleh dibawa untuk berunding.

Baca juga:

8 thoughts on “Lock In Period Untuk Pinjaman Rumah”

  1. Salam,
    Kalau refer offer letter bank, saya tak ada lock in period. Bayaran installment amount utk rumah belum start lagi. Boleh ke saya nak jual rumah tu? Ada apa apa effect tak?

    Reply
  2. cik, kalau lock in period tidak ada dalam agreement SPA sy,tetapi ada tulis ‘early settlement charges’, adakah sy boleh jual rumah sy.. ada denda yg akan dikenakan ke? sy duduk rumah ni dah 3 tahun.

    Reply
    • Untuk mengetahui sama ada rumah yang anda beli mempunyai tempoh kunci (lock-in period) atau tidak, anda boleh merujuk kepada dua sumber utama:

      1. Surat Tawaran Bank
      Tempoh kunci biasanya dinyatakan dalam surat tawaran bank di bawah kolom penyelesaian penuh, penebusan penuh atau pra-bayaran. Bank akan menunjukkan sesuatu seperti ini: “Caj penalti pra-bayaran sebanyak 3% ke atas jumlah pinjaman yang diluluskan akan dikenakan jika akaun pinjaman ditutup berikutan penyelesaian penuh pinjaman semasa tempoh kunci selama 5 tahun dari tarikh pengeluaran pertama”. Jadi, beberapa bank akan mengenakan caj penalti 2-3%. Tetapi, beberapa bank tidak mengenakan caj juga.

      2. Perkhidmatan Pelanggan Bank Anda
      Bank anda akan mempunyai tarikh tepat akhir tempoh kunci dalam sistem mereka, anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan bank untuk memeriksa tempoh kunci anda. Jadi, semasa anda berada di situ cuba semak tarikh pengeluaran pertama anda dan juga caj penalti anda.

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!