Web Analytics

Langkah-Langkah Untuk Mencegah Penipuan Kad Kredit

Kad Kredit merupakan satu kemudahan yang banyak senang disalahguna untuk tujuan penipuan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Berikut adalah langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko penipuan menggunakan kad kredit milik kita.

Penipuan Kad Kredit Melalui Telefon

Jangan sesekali mendedahkan nombor kad kredit, tarikh tamat tempoh, nombor pin, nombor CCV atau maklumat peribadi kepada sesiapapun. Trend penipuan yang biasanya berlaku melalui telefon ialah dengan panggilan palsu pihak penipu yang menyamar sebagai bank pengeluar kad kredit kita.

penipuan kad kredit

Sekiranya mereka benar mereka pemanggil daripada bank, mereka telah memiliki semua maklumat tersebut dan tidak perlu meminta kepada kita. Sebagai pengesahan kita boleh meminta pemanggil membacakan maklumat nombor kad pengenalan kita, sekiranya pemanggil tidak dapat memberikan jawapan, anggaplah panggilan itu sebagai percubaan menipu.

Jika pemanggil masih cuba untuk mempengaruhi kita, katakan sahaja kita akan ke cawangan terdekat dan melakukan urusan terbabit secara manual di cawangan bank yang berdekatan. Cara itu lebih selamat.

1. Sentiasa Menganggap Kad Kredit Sebagai Wang Tunai

Bermakna, kita tak meletakkan kad kredit di tempat yang tidak selamat. Adakah anda akan letak wang tunai anda di mana-mana sahaja atau dedahkan di tempat yang senang dinampak oleh orang lain? Tentulah tidak, kan?

Kita akan menyimpannya seolah-olah kita menyimpan wang kertas yang bernilai besar, tersorok dan tidak terdedah kepada umum.

2. Jangan Balas Sebarang Pertanyaan Yang Meminta Maklumat Peribadi Anda

Terdapat banyak penipuan e-mel dan telefon yang meminta untuk mengesahkan maklumat peribadi anda. Biasanya, e-mel akan serupa dengan bank atau peniaga sebenar, dan mungkin juga membawa anda ke laman web palsu yang kelihatan seperti laman yang benar. Ini dipanggil ‘phishing’ dan harus segera dilaporkan kepada penyedia perkhidmatan internet anda. Jangan sekali-kali bertindak balas, tetapi apa yang harus anda buat adalah hubungi nombor yang dberikan di bahagian belakang kad kredit atau penyata anda jika terdapat sebarang pertanyaan.

3. Pastikan Anda Perhati Kad Yang Serah Kepada Jurujual

Semasa melakukan pembelian menggunakan kad di premis perniagaan, pastikan jurujual memproses pembayaran di hadapan kita. Ini membolehkan kita melihat jumlah yang dimasukkan oleh juru jual semasa proses tersebut.

Pastikan kad anda tidak direkod atau diambil gambar oleh kedai yang tidak jujur. Mereka mungkin akan pakai kad kredit anda untuk transaksi yang lain jika mereka dapat memperolehi maklumat kad anda.

4. Buat Kata Laluan yang Kuat dan Simpan di Tempat Yang Selamat

Nombor kad kredit anda mungkin disimpan di merata tempat dalam talian. Contohnya, anda mungkin menyimpan maklumat kad kredit anda di laman beli-belah seperti Shopee atau Lazada. Ini jadikan pembelian amat senang sehingga anda mungkin cuma perlu melakukan satu klik saja dan transaksi sudah berjaya.

Untuk mengelakkan ada orang dapat curi akaun anda untuk beli barang online, Perlu anda pastikan untuk menggunakan kata laluan yang kuat dengan kombinasi huruft-huruf, nombor, dan bahkan huruf besar dan kecil, dan elakkan menulis atau berkongsi kata laluan anda dengan orang lain.

5. Gunakan Kad Yang Lain Untuk Buat Pembayaran Tertentu Sahaja

Pertimbangkan untuk menetapkan salah satu kad kredit anda untuk digunakan hanya untuk perbelanjaan yang tertentu sahaja seperti bayar bil telefon, bil internet, bil air dan elektrik. Selain dari ini, jangan gunakan kad itu untuk perbelanjaan lain.

Dengan cara itu, kad kredit yang hanya untuk bil ini tidak akan dapat diproses oleh kerani runcit dan pelayan restoran, atau disapu melalui pembaca pam stesen minyak. Anda boleh gunakan kad pembayaran lain untuk perbelanjaan harian.

Teknik ini tidak akan mencegah penipuan pada kad perbelanjaan harian anda, tetapi jika salah satu kad anda kena curi guna, sekurang-kurangnya anda tidak perlu mengubah akaun pembayaran dan berpotensi menimbulkan bayaran lewat pembayaran.

6. Semak Resit Sebelum Tinggal

Semak setiap resit jualan dari segi jumlah yang dikenakan terhadap kad. Jika terdapat perbezaan, maklumkan dengan kadar segera kepada bank yang mengeluarkan kad tersebut.

Kad kredit mengandungi tiga nombor rahsia di belakangnya yang dipanggil CCV. Jangan dedahkan nombor ini kepada sesiapapun.

7. Lapor ke Pihak Bank Dengan Segera Jika Kad Hilang atau Kena Curi

Sekiranya kad hilang atau dicuri, maklumkan kepada pihak bank serta merta untuk membolehkan kad kredit anda dinyahaktifkan. Ini bagi mengelakkan penggunaan bagi pihak lain berlaku.

Jika anda tidak lakukannya dengan segera, mungkin kad yang hilang atau dicuri itu akan dipakai oleh orang yang dapatkannya untuk beli barang yang mahal. Semua transaksi ini akhirnya akan ditanggung oleh anda pula.

8. Semak Penyata Bulanan Kad Kredit Dengan Teliti

Ini adalah untuk memastikan transaksi yang berlaku adalah dilakukan oleh diri sendiri. Kadang kala terdapat nama yang berbeza terteza di penyata, kerana mungkin kedai yang menjual barang tersebut didaftarkan dengan nama lain. Selagi anda tahu urusniaga itu berlaku dan jumlahnya betul, tiada masalah.

Apabila terdapat urusniaga yang berlaku diluar pengetahuan, segera maklumkan kepada pihak bank.

9. Kemas Kini Alamat Baru

Sentiasa kemas kini alamat terbaharu, supaya pihak bank tidak menghantar maklumat atau kad gantian ke alamat yang salah. Maklumat ini boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

10. Musnahkan Kad Yang Tamat Tempoh

Bagi kad yang telah tamat tempoh, jangan lagi anda simpan. Perlu anda musnahkan serta merta dengan menggunting jalur magnetik dan cip kad tersebut supaya ia tidak dapat diguna untuk buat sebarang transaksi lagi.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!