Web Analytics

KWSP i-Sinar dan i-Lestari – Apa Perbezaan Antara Mereka

KWSP sudah mengeluarkan beberapa program untuk membantu mereka yang menghadapi keketatan kewangan yang diakibatkan oleh pandemik Covid-19.

i-sinar

Antara program yang ditawarkan termasuk i-Lestari dan i-Sinar. Tetapi adakah anda tahu perbezaan di antara kedua-dua program ini? Ada apa persamaan dan perbezaan antara mereka?

Walaupun i-Sinar dan i-Lestari adalah kedua-dua rancangan yang dilancarkan oleh KWSP, banyak orang akan rasa keliru tentang perbezaan antara kedua-dua ini. Sekiranya anda ingin mengeluarkan wang dari KWSP tetapi anda tidak tahu mana satu yang patut anda pilih, perlulah anda ketahuinya sebelum membuat keputusan untuk pilih apa yang betul untuk anda.

Rancangan i-Sinar

Ini merupakan rancangan yang dilancarkan oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan pada akhir tahun 2020. Ahli-ahli boleh mengeluarkan dana dari akaun pertama Kumpulan Wang Simpanan mereka.

Oleh kerana keawalan pihak KWSP menetapkan banyak syarat pengeluaran untuk rancangan i-Sinar, maka banyak ahli-ahli tidak dapat menemui syarat-syarat tertentu yang ditetapkan. Tetapi khabar baik ialah syarat-syarat permohonan yang ditentukan sebelum itu telah dicabut selepas 8 Mac. Maksudnya, selepas 8 Mach, semua ahli-ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran dari akaun pertama mereka tanpa apa-apa syarat lagi, asalkan akaun pertama mereka mempunyai wang untuk dikeluarkan.

Ahli dengan dana simpanan tidak lebih dari RM100,000 dalam akaun pertama boleh mengeluarkan wang sehingga RM10,000, dan proses pengeluaran adalah RM5000 untuk bulan pertama, dan bulan kemudian adalah RM1000 setiap bulan. Tetapi akaun pertama mesti mempunyai simpanan minimum RM100 selepas semua pengeluaran.

Ahli dengan deposit lebih dari RM100,000 dalam akaun pertama mereka boleh mengeluarkan wang sehingga RM60,000. Mereka boleh mengeluarkan RM10,000 pada bulan pertama, dan bulan kemudian adalah RM1000 setiap bulan.

  • laman web aplikasi i-Sinar: isinar.kwsp.gov.my

Ahli-ahli yang telah mengemukakan permohonan pengeluaran akan mendapat kelulusan berturut-turut mulai 8 Mac. Sebentar itu, ahli-ahli yang belum mengemukakan permohonan boleh membuat permohonan pada 8 Mach. Tarikh akhir untuk membuat permohonan adalah sebelum 30 Jun 2021.

Rancangan i-Lestari

Rancangan ini merupakan rancangan yang dilancarkan oleh KWSP pada bulan April 2020

Ahli-ahli boleh mengeluarkan dana dari akaun kedua dalam simpanan wang mereka. Maksimum amaun wang yang boleh dikeluarkan adalah sehingga RM500 sebulan.

  • laman web aplikasi i-Lestari: ilestari.kwsp.gov.my

Syarat-syarat untuk buat pengluaran wang adalah ahli-ahli yang buat permohonan perlu berumur di bawah 55 tahun dan mempunyai simpanan dalam akaun kedua. Program ini akan berakhir pada 31 Mac 2021

Sekiranya anda baru buat permohonan pada bulan Mac ini, maka pengeluaran anda hanya layat untuk 1 bulan saja.

Jadi, ini saja perbezaan antara mereka berdua. Ramai orang rasa keliru dengan i-Sinar dan i-Lestari, tetapi selagi anda memahami perbezaan antara kedua-dua rancangan itu, maka ia masih belum terlambat untuk anda buat keputusan dan tukar fikiran anda pada masa akhir ini!

Baca juga:

1 thought on “KWSP i-Sinar dan i-Lestari – Apa Perbezaan Antara Mereka”

Leave a Comment

error: Content is protected !!