Ok, ini merupakan tajuk yang agak serius. Mesej yang saya nak sampaikan di sini ialah jangan anda fikirkan untuk cuma bayar bayaran minimum untuk hutang kad kredit anda.
Simulasi Untuk Bayaran Hutang Kad Kredit
Saya nak simulate hutang kad kredit itu dengan gunakan jadual untuk memberi anda gambar yang penuh tentang hutang kad kredit yang anda tidak bayar balik. Jadi, bolehlah kita sama-sama semak dan tengok berapa hutang yang akan jadi kalau kita tidak bayar balik bil kad kredit yang kita hutang itu.
Di jadual bawah yang ditunjukkan, saya simulate hutang untuk RM 5,000 yang tidak bayar balik untuk tempoh selama 6 tahun.
Katakan bayaran minimum adalah 5% dari jumlah nilai hutang. Mari kita simulate untuk nilai hutang RM 5,000 itu. Mari rujuk ke gambar spread sheet di bawah ini.
Berdasarkan spread sheet yang ditunjukkan di atas, masa untuk seseorang habis bayar hutang RM 5,000 itu ialah 68 bulan atau pun 5 tahun 8 bulan. Dan jumlah kadar faedah yang perlu dibayar adalah RM 1,771. Itu merupakan kes yang ideal. Kalau seseorang itu ada hutang lagi dalam masa 5 tahun, maka makin panjang untuk dia bayar hutang yang tidak habis-habis itu.
Kiraan yang mudah adalah seperti berikut:
RM 1,771 / RM 5,000 = 35.42% interest untuk 68 bulan
Ini bermakna 35.42%/68 = 0.52% sebulan
Setahun 0.52% x 12 = 6.25% setahun
Kalau kita ambil RM 5,000 dari kad kredit dan masukkan duit itu ke dalam ASB, kita masih boleh dapat 1.75% bersamaan RM 87.50 setahun.
RM 87.50 / 12 = RM7.29 Sebulan
RM 7.29 X 68 bulan = RM 495.83
Apa Perbelanjaan Atasnya?
Persoalannya adalah anda pakai RM 5,000 itu untuk beli apa? Jika anda pakainya untuk beli barangan mewah yang tidak akan dapat kenaikan nilainya pada masa depan, maka duit yang anda belanja atasnya adalah sia-sia saja.
Sekiranya anda ambil duit dari kad kredit itu untuk membuat pelaburan, maka mungkin anda akan mendapat keuntungan. .Keuntungan yang anda jana itu mungkin dapat selesaikan duit hutang kad kredit anda dan masih ada duit lagi untuk anda belanja.
Tapi walaubagaimanapun, ia adalah baik untuk anda selalu bayar dengan penuh setiap bulan untuk duit kad kredit yang anda hutang itu. Jangan cuma bayar bayaran minimum di mana anda akan kenakan interest dan interest itu akan semakin bertambah dan tidak berbaloi untuk anda bayar bayaran tambahan itu.
Saya sendiri punya practice adalah saya akan bayar sepenuhnya setiap bulan. Kalau kita bayar sikit-sikit, alih-alih bank yang akan beruntung dari kita.
Kita memang boleh pakai kad kredit sebagai ia amat mudah bila wang tunai kita tidak mencukupi. Ia boleh bantu kita untuk membuat bayaran terlebih dahulu dan kita cuma perlu bayar balik kemudian hari.
Kad Kredit Bukan Wang Diberikan Dengan Percuma
Semua orang nak untung. Mereka yang pakai kad kredit rasa mereka untung sebab tak payah pakai duit dahulu dan cuma bayar kemudian. Bank juga nak untung. Jadi mestilah bank kenakan bunga faedah atas servis yang mereka berikan kepada pengguna. Peniaga pun nak untung dan mestilah mereka sediakan kemudahan bayaran kad kredit.
Semua orang tidak mahu ketinggalan nak untung. Cuma kita perlu kawal penggunaan kad kredit dengan baik.
Sekarang terdapat ramai pemuda bawah umur 30 sudah jatuh muflis sebab hutang kad kredit. Nasib baiklah saya dapat kawal pengunaan kad kredit dengan baik.
Kisah Rakan Sekerja Saya
Ada rakan sekerja saya pada masa dulu tak canggih hutang kad kredit dengan amaun yang sikit saja pada mulanya. Lepas tu dia pindah rumah ke alamat lain dan tidak dapat statements kredit kadnya. Selepas beberapa tahun, tiba-tiba dia terima satu surat dari bank kad kredit dia yang cakap dia sudah berhutang RM 3,000 ++. Lepas dia buat rayuan pun sangat sikit saja amaun yang dikurangkan. Akhirnya dia terpaksa untuk bayar juga.
Jadi, perlu pastikan anda update bank dengan alamat yang baru jika anda sudah pindah rumah. Tapi sekarang kebanyakan bank sudah tidak hantar lagi statement ke alamat tempat duduk. Semua statement sekarang cuma hantar ke email saja. Maka anda perlu pastikan email anda berfungsi. Jika ada tukar alamat email perlulah bagi tahu bank tersebut untuk update maklumat anda di sistem mereka.
RM 22,000 Bayar Saja RM 2,000
Ada satu kawan saya hutang kad kredit RM 22,000 setelah 14 tahun. Akhirnya bank serah kepada ejen untuk tutup fail dan dia cuma perlu bayar RM 2,000 sahaja. Ini bermakna dia dapat rebate sebanyak RM 20,000 dan hanya bayar RM 2,000 saja.
Ini merupakan satu pengalaman yang kawan saya lalui. Rupanya bank pun ada ehsan kalau kita setia jadi pembayar konsisten walaupun bayar rm20 sebulan tapi kita ada niat membayar. Akhirnya atas ehsan bank boleh beri diskaun yang tidak disangka-sangka.
Keistimewaan Pakai Kad Kredit
- ganjaran point
- boleh cash 60 % – 100%
- baki RM 5 isi minyak sweep terus isi RM 90
- tengah melancong boleh advance bayar balik dalam tempoh 30 hari
- untuk guna kecemasan
- dompet ringan saja tidak perlu simpan wang tunai yang banyak
- sementra dapat gaji terputus duit boleh guna kad kredit
- boleh guna untuk bayar zakat
- bayar spare part kereta jika kereta rosak
- bayar bil internet
- bayar bil api
- bayar bil dewan bandaraya cukai pintu
- bayar saman
- baki 0.00 masih boleh advan isi minyak
- baki hutang RM 10,000 bayar RM 20/perbulan tanpa putus akhirnya hutang jadi semakin banyak.
Baca juga: