Web Analytics

Kita Takut Tentang Kadar Inflasi

Kita sering dikhabarkan ditakutkan dengan kadar inflasi. Terutamanya bagi mereka yang jual produk kewangan, tak habis-habis mereka sebut pasal inflasi. Macam jika nak bersara kena ada 3 juta baru boleh fikirkan. Bolehlah anda layankan sajalah.

Inflasi adalah baik untuk ekonomi sebab ia merupakan salah satu indikator yang menunjukkan ekonomi sedang berkembang.

kadar inflasi

Inflasi jadi tidak baik bila ia tidak dikawal dengan baik oleh kerajaan / bank negara. Pastinya ia akan menjejaskan kualiti hidup!

Walaupun mungkin tidak perlu wang yang begitu banyak untuk bersara, tetapi memang kita kena ambil kira tentang kadar inflasi juga. Memang menakutkan tapi tak perlu nak takut sangat sampai tahap semua gaji dan pendapatan kita tidak dibelanjakan langsung.

Kawalan kadar inflasi

Walaupun setiap tahun kita akan mengalami inflasi. Di seluruh dunia, purata kadar inflasi adalah di antara 3% sampai 5%. Inflasi Malaysia juga jatuh pada kadar yang lebih kurang sama.

Apa yang boleh kita buat untuk kawal kadar inflasi?

Politik

Selaku pemerintah, sedaya upaya akan kawan inflasi, kalau tak kawal memang jadi bahan best opposition untuk mencuri kuasa pemerintahan di Malaysia ni. Jadi, untuk uruskan negara dengan baik, memang kerajaan perlu kawal dengan hal-hal inflasi ni.

Bukan Semua Barang Naik Kita Pakai

Senang cakap ialah kita memang mempunyai pilihan. Saya tak peduli perfume Dunhill tahun ini mahal RM 20 dari tahun lepas, sebab saya pakai perfume Adidas yang harganya cuma RM 50 untuk 100ml.

Peduli apa C200 yang baru yang ditawarkan dengan harga RM 270,000, naik RM 50,000 dari last facelift version C200 pun saya tak peduli pun kerana saya bukan nak beli kereta ini. Untuk teh tarik, saya jarang minum teh tarik, jadi kalau minuman ini naik sekupang dua saya pun tidak peduli sangat.

Gaji Akan Naik Setiap Tahun

InsyaAllah gaji akan naik dari tahun ke tahun. Seiring dengan kenaikan keuntungan syarikat yang kita bekerja.

Pencen Sudah Tidak Ada Tanggungan

Kecuali pada masa kita bersara nanti hadapi sakit kronik, bila sudah pencen memang banyak benda yang sudah habis kita bayar. Jadi kehidupan kita cuma untuk makan dan bil utiliti. Jadi usahlah nak risau sangat tentang harga barang naik. Yang penting bila dapat duit EPF, tak perlulah habiskan dengan beli benda yang tak berfaedah sampai tinggal 10% dari jumlah yang ada masa pencen memang cari nahas lah.

Data Manipulasi Oleh Agen Unit Trust

Mesti agen unit trust harap yang poyo suruh melabur dalam unit trust yang katakan dapat menentang inflasi.

Poyo gila agen unit trust di mana kebanyakan akan tunjuk rekod yang telah terjadi dan yang terbaik dalam semua dana yang mereka offer. Memang ada yang boleh untung lebih 10% peratus setahun. Tapi itu pun untuk satu tahun saja.

Manipulasi data saja, menyampah saya dengan agen unit trust. Kebuluq dengan komisyen lebih. Tapi tidak baik sangat jika tidak bagi tahu data yang sebenar yang berkaitan dengan kadar inflasi dan hasil pelaburan mereka yang bukan begitu cemerlang itu.

Unit Trust Menentang Inflasi

Memang ada sesetengah yang kena manipulasi seperti ini. Tapi sekarang ni ramai sudah mula nampak kelebihan yang unit trust boleh bagi jika dibandingkan dengan pelaburan dr kerajaan seperti ASB, tabung haji, KWSP, dan lain-lain.

Kalau nak bercakap pasal inflasi, mungkin ramai orang tak terasa sebab biasalah mereka semua kategori orang berada. Boleh anda cuba tengoklah berita dan boleh cerita pasal rumah.

Tapi inflasi tu bukan untuk takutkan orang macam anda, tapi orang-orang yang tidak berpendapatan tinggi. Janganlah nak disamakan kehidupan anda dengan kehidupan orang lain.

Seperti dulu jia pergi haji perbelanjaan tak sampai RM 5,000 pun. Tapi sekarang perbelanjaan sudah naik sampai hampir RM 15,000, itu pun tak masuk belanja lain lagin.

Dulu bila masuk universiti satu semester bayaran yuran cuma dalam lingkungan RM 2,000 – RM 4,000 saja. Sekarang harga yuran sudah naik ke RM 4,000 – RM 6,000.

Dulu rumah ayah kita beli RM 25,000 kos sederhana. Sekarang kos sederhana pun dah cecah RM 200,000. Mungkin anda tak susah sebab sudah ada KWSP. Kalau tak ada agaknya susah juga.

Oklah, tak guna celoteh panjang-panjang tetapi celikkanlah mata nada. Ceburilah diri dengan unit trust sebab ia memang membantu anda. Jangan anda yang ketinggalan ke belakang pula nanti. Sekarang ni beberapa akaun public mutual yang top-top sudah pun ditutup sebab tabung dah penuh macam pisang goreng panas orang masuk.

Antaranya psmallcap, piof, pibond. Pief yang islamik pun sudah bagi 16% untuk tempoh 5 bulan saja. Begitu juga dengan Pidf, banyak yang sudah lebih dari 10%. Semua ni orang boleh nampak. Bagi mereka yang mengalami kerugian mungkin adalah mereka salah pilih unit trust yang tidak sesuai untuk mereka.

p/s: janganlah tak takut langsung dengan inflasi sampai tak kawal langsung perbelanjaan.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!