Sebelum saya berhasrat untuk berkunjung ke Busan, saya memang tidak tahu tempat ini dan tidak pernah saya pergi ke Korea Selatan dalam hidup saya pun.
Saya sendiri pun tidak tahu mengapa saya boleh pilih untuk ingin nak berkunjung ke tempat ini dan memang tidak tahu apa yang menarik di Busan Korea. Padahal negara sendiri pun saya tidak habis melawat lagi.

Susah nak jawab jika kita tidak pernah bercuti ke sana. Setakat membaca di blog travel dan mendengar dari cerita rakan-rakan sahaja tidak mencukupi untuk mengetahui lebih lanjut tentang Busan.
Banyak Tempat Yang Menarik Di Busan
Hati siapa yang tidak teringin melawat ke bandar yang merupakan bandar kedua terbesar di Korea ini. Pemandangan laut, pantai yang cantik, arkitektur bangunan yang menarik dan budaya yang berwarna warni.
Saya tidak pernah bercuti ke luar negara. Entah bila boleh ada peluang untuk melihat negara orang. Teringin juga merasa suasana winter di sana yang berbeza dengan cuaca negara kita yang panas dan hujan sahaja.
Pantai Busan – Tempat Pelancongan Yang Popular
Semasa buat research tentang Busan, banyak tumpuan yang diberikan kepada pantai-pantai yang menarik di sana. Bukan tidak ada pantai di Malaysia dan bukan saya tidak pernah lihat pantai dengan mata sendiri, apa yang saya nak adalah cuma hendak melihat apa beza pemandangan dan keunikan pantai di sana sehingga penuh orang datang melawat dan menjadikannya satu tarikan utama bagi para pelancongan.
Busan mempunyai pantai yang strategik yang membantu menjadikan restoran dan kelab di kawasan ini tidak begitu sejuk pada musim sejuk seperti lokasi lain di Korea Selatan.
Ini membolehkan kedua-dua penduduk tempatan dan pelancong untuk menghargai kehidupan malam yang tidak berkesudahan di dalam keadaan yang lebih selesa dan menenangkan berbanding dengan kawasan lain.
Seperti pelabuhan yang menyediakan pelabuhan antarabangsa utama untuk perkapalan antarabangsa, kawasan pelabuhannya mempunyai kawasan yang luas untuk menampung beribu-ribu pelayar dan tetamu yang mellalui pelabuhan di sini setiap tahun.
Kemajuan Bandar dan Ekonomi
Faktor lain yang mengalakkan saya untuk berkunjung ke bandar ini adalah kemajuan bandar dan ekonomi di tempat ini. Korea merupakan antara negara pengeluar terbesar untuk teknologi mereka juga. Kita banyak diperkenalkan produk dari Korea.
Antara jenama yang banyak popular di Malaysia adalah termasuk Samsung dan Coway. Banyak rakyat di negara kita yang pakai produk Korea Selatan juga.
Ini merupakan satu peluang yang baik untuk saya melihat dengan sendiri tentang cara mereka mengendalikan produk keluaran mereka ke pasaran antarabangsa.
Budaya Yang Amat Berbeza Dengan Kita
Kebudayaan di negara ini memang amat berbeza dengan negara kita dan ini merupakan sesuatu yang sudah dapat dipastikan. Tidak salah jika kita cuba untuk mengenali budaya, agama dan cara kehidupan mereka yang mungkin jauh berbeza dengan kita.
Melihat sendiri kemajuan, cara kehidupan seharian, penempatan dan budaya mereka sebagai satu sumber ilmu pengetahuan dari geografi.
Korea Pernah Dijajah Oleh Jepun
Tahukah anda bahawa Korea juga merupakan satu negara yang pernah dijajah oleh Jepun. Pasti banyak peristiwa dan kesan peninggalan sejarah yang boleh kita ketahui dengan lebih terperinci tentang peristiwa hitam putih yang negara mereka alami semasa Korean War dahulu.
Jika kita buat kajian dan baca artikel-artikel yang berkenaan dengan Busan, memang terdapat terlalu banyak informasi yang akan kita dapat. Informasi yang kita dapat tu sudah banyak cukup untuk kita merasa teruja dengan tarikan yang ada di tempat ini.
Dalam hidup, kita perlu dedahkan diri dengan sesuatu yang baru dan mengetahui tentang dunia luar. Ia boleh menjadikan satu kerugian yang besar jika kita berpeluang untuk mengetahui sesebuah negara tetapi kita sendiri yang lepaskan peluang itu. Memang orang dulu yang sudah lama cakap bahawa semakin jauh kita berjalan, semakin luas pengalaman yang kita akan dapat.
Ditambah lagi sekarang agak mudah untuk berjalan ke luar negara. Pelbagai pakej murah yang disediakan oleh syarikat pelancongan dan penerbangan. Terdapat banyak tiket penerbangan yang boleh anda dapat dengan harga yang murah. Hotel bajet pun senang untuk buat tempahan.
Aktiviti pelancongan macam sudah menjadi tumpuan besar bagi sebahagian rakyat di Malaysia. Kita boleh lihat memang terdapat banyak agen dan syarikat pelancongan yang berlumba-lumba untuk mempromosikan pakej percutian mereka. Bagi mereka yang ingin pergi melancong ke negara-negara lain hanya perlu kumpul duit dan luangkan masa untuk pergi bercuti sahaja.
Walaupun faktor wang mungkin merupakan salah satu penyebab yang menyekat kita dari melihat dunia luar tetapi teknologi internet sekarang cukup besar untuk kita mengetahui apa yang berlaku di luar sana.
Untuk kukuhkan lagi alasan kenapa saya nak bercuti ke Busan adalah untuk merasai sendiri pengembaraan dan pengalaman di tempat orang.
Baca juga: