Web Analytics

Kenapa Orang Melayu Tidak Ikut Cara Orang Cina Berniaga?

Mungkin agak sensitif bila baca tajuk di atas tapi janganlah anda rasa risau sangat. Sebab saya akan cuba menaip artikel ini dengan cara yang paling beradab. Tidak dapat dinafikan bahawa cara orang cina berniaga adalah banyak bezanya dengan cara orang melayu, kalau anda perasanlah.

Setuju tak kalau saya katakan cara orang cina berniaga yang berkonsepkan “tidak makan seorang” yang membuatkan perniagaan mereka agak maju jauh ke hadapan dengan bangsa melayu? Kalau setuju, mungkin kita dalam satu kepala yang sama sekarang tu. hahaha! Ok, kenapa saya katakan macam tu?

Cuba ingat balik dengan kepala anda sekarang. Pernah tak anda dalam situasi macam ini. Anda ke kedai Ah Seng (bukan nama sebenar), dan anda pun bertanya pada Ah Seng:

perniagaan cina

foto kredit: inikata.com

Anda: Ah Seng, awak ada tak jual plastik sampah warna warni? (sebenarnya nak promote page warna warni ini. Tolong klik. Terima kasih)

Ah Seng: Taraklah amoi. Lu pigi kedai sebelah. Dia ada jual dengan plastik sampah yang anda nak tu.

Pernah anda berada dalam situasi ni? Rasanya mesti ada kan? Ah Seng sikit pun tidak kisah beritahu pada kita di mana kedai yang sebelah ada jual produk yang kita tengah cari tu. Walhal dia bukan dapat apa-apa pun keuntungan kalau dilihat dari mata kasar.

Ah Seng bahkan boleh tunjukkan kita kedai yang dia sebutkan itu. Siapkan kenalkan pada penjual tu sendiri. Hebat bukan cara orang cina berniaga? Ada gaya perniagaan Rasulullah? Hmm.

Mata kasar, mungkin Ah Seng tidak dapat apa-apa keuntungan tetapi, kalau ditanya pada saya semula tentang Ah Seng saya akan jawab “saya tertarik dengan sifat baik hati beliau dan saya akan ke kedai Ah Seng untuk beli barangan lain pulak”.

Ya, betul. Ada ciri-ciri Islamik bila kita kaji betul-betul cara orang cina berniaga sebenarnya yang boleh buat kita jatuh hati dengan ingin nak datang kunjung ke kedainya lagi. Dengan layanan yang baik, hati pelanggan mana yang tidak tertarik. kan? Hebat Ah Seng! hahahaha!

Berbeza dengan orang melayu. Mungkin bukan semua tapi dalam artikel ini saya cuma mahu anda berfikiran sedikit terbukalah ok. Kadang-kadang sedih juga tengok bangsa sendiri yang “busuk hati” dengan bangsa sendiri bila bab duit.

Entahlah, jarang sangat saya nak jumpa “Ah Seng Melayu” macam dalam situasi di atas. Jarang! Padahal, cara Ah Seng tu adalah salah satu cara nak seru rezeki lebih banyak lagi ok.

Pendapat anda bagaimana? Agak-agak kenapa orang Melayu Tak nak ikut Cara Orang Cina Berniaga? Sedangkan jelas-jelas memang sekarang ni bangsa mereka yang terajui bidang perniagaan yang asal-asalnya orang Muslim yang hebat?

Lain-lain Sifat Yang Boleh Kita Belajar

1. Percaya pada diri sendiri

Mereka belajar untuk percaya pada diri sendiri dan ini adalah antara satu sifat yang penting untuk perniagaan. Kepercayaan diri datang untuk mempunyai keyakinan terhadap kebolehan anda sendiri. Anda boleh membina keyakinan anda melalui pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan sikap.

Ini seterusnya akan membolehkan anda menghasilkan keputusan yang lebih baik dalam situasi yang paling penting kepada anda dan tidak bimbang apa pendapat orang lain. Menggantikan pemikiran negatif dengan pemikiran yang berjaya akan seterusnya membawa kepada kejayaan anda.

2. Sanggup menerima kegagalan

Semua orang mempunyai kegagalan walaupun orang cina yang paling berjaya dalam perniagaan. Kegagalan boleh menjadi pengalaman positif apabila anda belajar dari kesilapan anda dan merawat episod sebagai batu loncatan untuk kejayaan anda.

Mencari cara berfikir positif dalam kegagalan adalah satu cabaran tetapi jika anda boleh melakukannya, anda telah mencapai sesuatu. Perkara paling buruk yang boleh anda lakukan ialah melihat diri anda sebagai seorang yang lemah, bodoh dan senang menyerah kalah.

3. Menguruskan masa dengan baik

Mengetahui bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan memerlukan masa. Orang cina memang tahu bahawa masa adalah berharga dan hari ini adalah hari yang paling berharga. Memeriksa bagaimana anda menghabiskan masa anda setiap hari boleh menjadi sangat mendedahkan.

Mengutamakan apa yang penting dan laksanakan perkara yang penting dulu setiap hari boleh menjadi pengalaman mengubah kehidupan dan mewujudkan keseimbangan kehidupan kerja yang baik. Memutuskan bagaimana dan bila anda menggunakan masa anda membolehkan anda memberi tumpuan kepada apa yang penting dan akhirnya membawa kepada kejayaan anda.

4. Menetapkan matlamat dan memotivasi

Menetapkan matlamat dan bermotivasi adalah sangat penting apabila memikirkan bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan. Dan orang cina memang bagus dalam menetapkan matlamat dan selalu bermotivasi.

Kawan saya seorang cina yang dia ada simpan satu senarai nama bantuan kawan rapat dan mentor yang memahami cita-cita dia. Kawan saya itu cakap senarai nama ini dapat membantu dia mencapai matlamat yang dia tetapkan.

Kawan cina saya ni mempunyai perniagaan yang agak berjaya. Dia selalu menulis matlamat yang ditakrifkan dengan baik, dan dia selalu mendapatkan nasihat daripada senarai kawan-kawan dan mentor dia supaya dia selalu tetap fokus dan memastikan dia berada di landasan yang betul.

Leave a Comment

error: Content is protected !!