Web Analytics

Kenapa Bank Reject Pinjaman Loan Rumah Anda?

Terdapat ramai orang yang ingin beli rumah dan pergi membuat permohonan pinjaman rumah dengan bank-bank yang berlainan. Tetapi ada daripada mereka yang kena reject oleh bank tentang permohonan pinjaman mereka.

Mereka rasa hairan sebab mereka ingat gaji dan keupayaan untuk bayar balik pinjaman yang mereka buat itu memang mampu dan mereka memang layak untuk mendapatkan pinjaman tersebut.

loan rumah

Tetapi kenapa mereka kena reject oleh bank pula?

Lain-lain Tempat Yang Perlu Ambil Perhatian

Salah satu sebab bank reject loan anda ialah berdasarkan rekod pembayaran yang disimpan dalam CCRIS. Kandungan dalam CCRIS ni adalah berkenaan dengan jumlah loan dan rekod bayaran, bukan berapa banyak hartanah anda dan juga ASB anda.

Kalau bayar cantik setiap bulan maka cantiklah rekod CCRIS anda dan begitulah sebaliknya.

Macam contoh dalam entry tu bagaimana keadaan yang memburukkan rekod CCRIS yang saya sendiri pun tak pernah tahu.

1) Loan kereta bayar 2 bulan sekali padahal loan kereta tu kena bayar tiap tiap bulan. Rekod CCRIS ada selang sebulan tertunggak, kes macam ni memburukkan rekod CCRIS anda.

2) Payment kad kredit yang bertangguh, bayar minimum payment memang memburukkan rekod CCRIS. Oleh itu guna kad kredit dengan bijak macam saya yang selalu bayar tepat pada masa tanpa lewat.

Kad kredit punya bayaran memang bank akan ambil kira. Itu dia refer dulu. Kawan saya pernah ada hutang dengan Seng Heng dalam beberapa ratus saja tapi tak lepas nak dapatkan loan juga. Jadi, jika nak dapat pinjaman, mesti anda pastikan anda tiada sebarang hutang dengan mana-mana tempat juga.

Kena Selalu Menjaga Rekod Yang Baik di CCRIS

Walaupun anda mempunyai duit yang banyak, tetapi sekiranya rekod anda adalah buruk di CCRIS, maka memang payahlah untuk anda buat sebarang pinjaman dengan mana-mana bank pun.

Walaupun commitment di mata bank tak banyak, tapi sebenarnya anda cukup-cukup makan pun tak ada maknanya. Apatah lagi kalau sampai terskip-skip. kalau sebaliknya itu barulah bermakna.

Perkara Yang Pelik Sikit Pun Boleh Berlaku

Baru-baru ni saya ada cuba untuk memohon loan rumah dengan bank HSBC. Bila ditanya oleh pegawai bank, dia pun pening kenapa pinjaman yang saya mohon itu dibatal oleh boss dia.

Kalau bab kad kredit, bukan main lagi dia increase credit limit. Pegawai bank yang proses loan saya tu siap buat appeal lagi, tapi appeal itu pun tidak dapat lepas.

Lepas tu saya tiada pilihan dan saya pergi cuba mohon pinjaman dengan CIMB. Permohonan saya jalan dengan lancar saja. Dalam 6 hari pinjaman rumah saya sudah lulus. Jadi, saya pun rasa hairan kenapa boleh jadi begini? Adakah faktor-faktor kemanusiaan atau memang nasib saya dan rezeki saya dengan CIMB?

Tentang Pinjaman Dengan RHB

Kawan saya pula ada buat pinjaman rumah dengan RHB bank. Lepas memohon, kawan saya tunggu sampai satu bulan dan lepas tu officer RHB itu kata pinjaman kawan saya ni tidak dapat diluluskan.

Bila kawan saya tanya officer itu kenapa, dia cakap sebab kawan saya ada hutang cukai yang tidak bayar lagi. Padahal masa dia diberitahu pinjaman dia tidak lulus, sebenarnya dia masih ada seminggu dua lagi baru sampai deadline untuk dia bayar cukai tu.

Lepas tu kawan saya pun dengar cerita saya yang berjaya dapat pinjaman dengan CIMB bank. Dia pun pergi membuat pinjaman dengan CIMB juga. Dalam masa satu minggu saja, pinjaman dia juga terus diluluskan.

Ada lagi seorang kawan saya pernah memohon pinjaman peribadi dengan RHB dalam RM 3,000 tapi tak lepas. Keesokan hari dia pergi ke cawangan RHB lain untuk membuat pinjaman RM 15,000 lagi. Kali ini dia dapat lulus dengan sangat senang pula, interest pun sama. Rasanya bank yang sama dengan cawangan yang berlainan pun boleh anda polisi pinjaman yang berlainan kot?

Apa yang saya setuju adalah payment record memang memainkan peranan yang sangat penting bila kita hendak pergi membuat pinjaman di bank. Bayar minimum payment mungkin pun tak cukup baik lagi, lebih kita selalu buat bayaran penuh setiap bulan. Ada orang sekali bayar full payment tapi itu 2 sekali baru bayar, tak guna juga.

Kalau ikut logik akal saya, setiap bank mesti ada strategi dan target masing-masing. Ada bank yang perlu dapatkan kelulusan dari HQ dan ada yang cuma perlu dapat kelulusan dari manager cawangan untuk jumlah loan yg tertentu.

Kalau loan anda kena reject, boleh anda cuba pakai teknik FD jika anda ada simpan FD di bank yang anda ingin memohon pinjaman rumah itu. Kalau masih kena reject, maka tiada cara lagi tapi perlulah anda cantikkan dulu CCRIS anda sebelum pergi memohon sekali lagi.

Sesiapa yang ada kad kredit yang sudah bertahun tidak bayar interest memang hutang mereka akan jadi tinggi. Jika anda berada dalam keadaan seperti ini, sila berbincang dengan agensi yang dilantik oleh bank kerana mereka memang boleh dapakan figure yang terbaik untuk anda lebih dari pihak bank sendiri.

Kawan saya ada cuba cara ini dan dia sungguh berpuas hati dengan agensi itu. Dia dapat berunding dengan bank untuk selesai hutang RM 12,000. Dia buat bayaran penuh dengan agensi dan dia cuma perlu bayar RM 8,000 untuk selesaikan semua hutang kad kredit dia. Macam ini dia dapat jimat wang sebanyak RM 4,000.

Leave a Comment

error: Content is protected !!