Web Analytics

Kenal Dengan Apa Itu Aliran Tunai (Cash Flow)

Memandangkan minggu lepas saya baru saja lepas test accounting, otak saya pada masa ini masih segar lagi dan semua maklumat yang berada dalam kepala aku ini adalah mengenai dengan topik cash flow.

Maka sebelum saya lupakan, lebih baik bagi saya tulis di dalam blog ini supaya dapat jadi catatan dan rujukan untuk lain masa bila saya lupa. Di samping itu, saya juga boleh berkongsi informasi yang dipanggil cash flow ini kepada anda semua supaya anda pun boleh dapat manfaat daripada itu.

cash flow

Pentingnya Aliran Tunai

Aliran tunai memang merupakan satu urusan kewangan yang penting dalam kehidupan kita. Ia adalah sangat penting tidak kira kita ada buat business atau pun tidak.

Bagi mereka yang bekerja di syarikat besar mahupun kecil, aliran tunai merupakan sesuatu yang tidak boleh dibiarkan dengan begitu saja. Mesti ada professional yang uruskan.

Semua amaun duit yang keluar dan duit yang masuk ke dalam akaun ini kena dipantau dengan baik supaya keadaan cash flow selalu berada di tahap yang sihat. Bagi cash flow term, in flow bermaksud duit masuk mana kala out flow adalah duit keluar.

Akaun Bank

Jika anda perlukan contoh yang lebih mudah, boleh anda cuba untuk lihat semula dalam akaun bank anda. Terdapat berapa banyak duit keluar masuk setiap bulan. Boleh anda semak dengan statement dalam akaun bank anda.

Ada berapa banyak lebihan yang ada kalau ada sesiapa yang gunakan overdraft. Adakah OD semakin menyusut atau OD balance semakin bertambah?

Kalau OD bertambah, ini bermaksud duit yang masuk ke dalam akaun adalah lebih banyak daripada duit yang keluar dari akaun itu. Dengan itu, ia akan menjadikan balance overdraft itu bertambah.

Jika anda sedang plan untuk buat satu-satu projek, perlu anda kira berapa pula setup kos yang anda kena keluarkan supaya anda boleh buat bajet yang sewajarnya.

Contohnya, jika anda sediakan RM 20,000 sebagai modal permulaan bagi projek anda, dengan modal yang dikeluarkan ini, perlu anda buat jangkaan berapa pula pendapatan yang akan masuk dan perolehi setiap bulan. Boleh juga anda buat kiraan untuk satu tahun. Dengan itu, boleh anda tahu sama ada projek ini akan mengambil masa yang lama untuk dapatkan modal tersebut atau sebaliknya.

Pembelanjaan Yang Melibatkan Cash Flow

Biasanya pengiraan cash flow ini melibatkan pembelian mesin, equipment dan aksesori yang diperlukan untuk sesuatu projek. Yang mana sekiranya kita laburkan sebanyak RM 20,000 untuk membeli mesin, kita perlu buat jangkaan berapa production yang boleh ditingkatkan dengan pelaburan atas mesin itu. Berapa pula output yang boleh kita dapat atau berapa banyak sales yang boleh kita naikkan dengannya.

Selain daripada itu, kita juga perlu tahu berapa lama mesin tersebut boleh bertahan. Untuk semua mesin, mesti adanya susut nilai dari tahun ke tahun. Kita perlu tahu berapa peratus kesusutan mesin itu dan ambil kira masuk dalam pengiraan bajet juga bila kita plan untuk beli mesin itu.

Kita juga kena tahu nilai yang tinggal untuk mesin itu bila projek tersebut tamat. Jika kita tahu berapa resale value mesin tersebut, kita boleh jualkan mesin itu kepada orang lain yang perlukan dengan jualan harga yang lebih dari resale value mesin itu dan bukan jualnya dengan harga yang terlalu rendah daripada resale value.

Cakap sampai sini, adakah anda faham tentang apa yang saya cakap itu yang mengenai cash flow? Saya sendiri memang tertarik pada topik sebegini kerana dengan memahaminya saya boleh apply ilmu itu ke dalam kehidupan harian saya.

Dengan buat calculation yang tepat, memang cash flow kita akan selalu berjalan dengan lancar. Apa yang perlu kita tahu bahawa FIGURE NEVER LIE. Dari pengiraan yang kita perolehi itu, barulah kita boleh buat keputusan dengan lebih tepat. Kita tidak akan buat keputusan tanpa ada sebarang maklumat basis atau tanpa melalui analysis.

Okay lah, cukup setakat ini saja yang saya ingin berkongsi tentang cash flow kepada anda. Saya tidak berani nak cakap terlalu detail sebab jika terlalu detail, mungkin susah untuk faham dan boring pula yang lain nak baca.

Apa yang paling baik ialah bila kita dapat kaitkan apa yang kita baru pelajari dengan keadaan semasa, ianya akan menjadi sesuatu yang sangat menarik.

Tetapi apa yang saya nampak sejak sambung belajar ini, kekadang topik tu menarik untuk dibincangkan dengan mengaitkan isu-isu semasa atau pun praktikalnya. Tetapi sayangnya lecturer saya tidak begitu berminat untuk mengulas lebih lanjut tentang apa yang dia ajar tu. Saya rasa mereka lebih suka baca apa yang tertera di slide presentation saja.

Baca juga: Kakeibo – Taktik Wang Simpanan Jepun Yang Mudah

Leave a Comment

error: Content is protected !!