Mari kita bercakap sesuatu yang tak kurang pentingnya – KESIHATAN! Selalunya dalam hal-hal kewangan, kesihatan cuma akan ditekankan bila kita menyentuh bab insurans/takaful nyawa dan medical. Tapi hari ni saya nak menyentuh tentang pengurusan kesihatan dalam kehidupan seharian dan kaitannya dengan kewangan.
Bulan lepas saya berpeluang menghadiri Bengkel Pengurusan Berat Badan, oleh Dr. Sharkawi Jaya dan isterinya. Bestnya pasal bengkel ni, saya dapat pergi percuma saja.
Tapi banyak benda saya belajar. Seperti biasalah, kalau berat badan ni, perkara yang ditekankan adalah BMI dan lilitan perut. Untuk mencapai kesihatan optimum, BMI untuk orang Asia haruslah kurang dari 23 dan lilitan perut untuk lelaki haruslah kurang dari 35 cm dan perempuan 32 cm.
Nak menguruskan berat badan ni, kalori yang keluar, haruslah lebih dari apa yang masuk, tapi haruslah dibuat secara berperingkat-peringkat dan bukannya mendadak untuk penurunan berat badan yang sihat.
Pilihan makanan haruslah dibuat secara tepat, dan bukannya membuang terus satu-satu jenis kumpulan makanan, contohnya karbohidrat. Contoh la, ada orang tak makan nasi langsung kan, tapi lawaknya makan pulak makan bergoreng kan, padahal benda bergoreng tu lagi banyak kalori.
Lepas tu, pentingnya bersenam – dan dalam bengkel ni, dia ada sebut pasal senaman kardio – macam berlari, berenang, dan juga weight/resistance training – macam angkat berat, machine tu. Tapi dia tak mention pulak untuk balance macam pilates atau yoga.. lupa kot. Apa-apa pun banyak giler benda belajar dan aku rasa tak rugi aku peruntukkan masa sehari untuk pergi bengkel tu.
Ok, cukup serba sedikit sinopsis pasal bengkel tu. Mari kita sambung pasal pengurusan kesihatan pulak. Fikirkan macam ni lahh – korang duit banyak – TETAPI makanan yang korang makan tu tak beri kebaikan pada badan korang, tidur pun susah nak nyenyak, lepas tu tak dapat main kejar-kejar dengan anak. Badan lenguh-lenguh, kolesterol, blood pressure, gula dalam darah tinggi. Lagi-lagi, korang duit banyak, kaya, tapi perut boroi (oops!). Jangan marah.. aku bagi contoh je.. jadi teruskan membaca.
Salah satu benda yang menarik perhatian tentang pengurusan kesihatan yang di-mention dalam bengkel tu, adalah fakta bahawa sekarang ni, penyakit kronik dah menjangkiti orang yang semakin muda. Dulu-dulu penyakit kronik dikaitkan dengan orang berusia 40 tahun ke atas, tapi sekarang orang-orang dalam 30-an dan 20-an pun dah kena penyakit kronik. Tetapi dalam masa yang sama, life expectancy kita meningkat.. saya tak ingat dulu berapa tetapi sekarang jangka hayat buat wanita adalah 77 tahun dan lelaki, 72 tahun. Jadi maksudnya, manusia sekarang hidup lebih lama dengan penyakit berbanding orang dulu.
Kes 1:
Katakan pada tahun 1980-an, Pak Abu ni sihat. Dia makan biasa-biasa je, dulu-dulu mana ada banyak kedai makan, mamak pun tak banyak. Makan nasi lemak seminggu sekali tu pun wife dia masak. Breakfast setiap hari wife yang masak. Makan kat hotel atau restoren mewah pun setahun sekali, tu pun bila sambut harijadi isteri tercinta. Takpun kalau ada function. Fast food ni Pak Abu rasa mahal sangatlah, jadi dia tak ajar anak-anak dia makan fast food. Pak Abu ni pun suka berkebun. Tapi ditakdirkan jatuh sakit pada umur 40 tahun, meninggal umur 65 tahun. Jadi dia sakit selama 25 tahun.
Kes 2:
Katakan pada tahun 2000-an, Encik Bakar ni sihat masa sekolah. Tapi dah kawin, duit pun banyak, setiap hari breakfast makan nasi lemak atau roti canai minum air teh tarik kow-kow. Selalu makan kat luar sedap-sedap, makan buffet hotel. Bawak anak makan KFC la McDonald la Wendy’s la, AnW la. Hisap rokok pun sedap sehari 2 kotak, jadi umur 35 dah sakit. Tapi sebab teknologi dan ubat lebih moden, lagipun Encik Bakar ada duit nak bayar expenses medical dia, dia hidup lebih lama. Tapi kun fayakun umur 72 dia pergi jua. Jadi Encik bakar habiskan 37 tahun, lebih separuh hidup dia dalam keadaan sakit.
Beza antara dua kes ni 12 tahun.
Memang kita tiada kuasa bila kita nak sihat bila nak sakit. Takpun bila kita nak pergi menghadap Illahi. Tapi Allah beri kita kuasa untuk pilih apa makanan kita nak makan, apa aktiviti kita nak buat, apa jenis kehidupan kita hendak jalani dan ajar pada anak-anak kita.
Jadi berbaloi ke tambahan 12 tahun tu hidup dalam keadaan sakit?
Dr. Sharkawi ni umurnya 68 tahun, masih masuk marathon dan triathlon lagi. Saya kagum bila dia kata..
“I planned to live as long as I can in a healthy lifestyle. Then maybe get sick in 6 months and then go.”
“Short, yes it is short. But it is CHEAP too.”
Sebabnya medical expense hanya perlu bayar untuk 6 bulan, bukan 37 tahun.
Penatnya kalau anda berusaha jadi kaya, tetapi kekayaan anda hanya digunakan untuk bayar bil hospital. Tak dapat rasa hasil penat lelah anda.
Ya, anda ada ambil insurans/takaful. Tapi insurans/takaful mana yang akan cover anda sampai 37 tahun dalam keadaan sakit?
Baca juga: