Ada orang kata ada cara untuk jadi kaya. Dia cakap dia boleh kaya tanpa perlu jual barang tapi…..
Pernah tak anda ternampak dengan sesuatu iklan atau terjumpa dengan seseorang yang cuba mempengharuhi anda untuk melaburkan duit dalam sesuatu perniagaan itu dengan pernyataan seperti berikut ‘skim kami tidak perlu jual barang’ agak-agak betul tak apa yang dikhabarkan, apalah sistem yang boleh jadikan anda kaya tanpa perlu jual barang?
Pada saya, ia tiada berlainan dengan skim MLM yang pakai cara untuk mengutip duit dengan me’recruit’ downline. Dan jika downline nak jana duit, dia perlu pergi cari lagi downline baru.
Dengan cara yang berulangi dan berterusan, bila downline semakin banyak, maka dia boleh dapat komisen dari downline yang dia perkenalkan itu. Memang boleh kaya, tanpa perlu jual barang, hakikatnya, menipu duit orang lain sahaja.
Contoh Pengiraan
Di sini saya simulasikan 3 level sahaja dengan duit RM 4,000 setiap seorang. Setiap Level dapat RM 1,000. Jadi dalam kes ni, orang yang baru masuk pun dapat RM 1,000 juga. Satu orang kena cari 3 orang.
Dalam kes ni, saya cuma tunjuk jumlah duit yang didapati oleh Individu yang paling atas dinamakan Mr. X
Level Pertama: Cari 3 orang, setiap seorang bagi duit RM 4,000, beri setiap individu dalam setiap level RM 1,000, Mr. X dapat untung bersih sebanyak RM 9,000.
Level Kedua: 3 orang dowline akan cari 3 downline baru bagi setiap seorang. Jadi akan ada 9 downline yang baru.
Total duit yang dapat: 9 x 4,000 = RM 36,000
9 downline dapat: 9 x 1,000 = RM 9,000
3 downline dapat: 3 x 3 x 1,000 = RM 9,000
Mr. X dapat: 36,000 – 9,000 – 9,000 = RM 18,000
Level Ketiga: 9 orang downline akan cari 3 downline baru setiap seorang. Jadi lepas tu akan ada 27 downline baru.
Total duit yang dapat: 9 x RM 4,000 = RM 108,000
27 downline dapat: 27 x 1,000 = RM 27,000
9 downline dapat: 3 x 9 x 1,000 = RM 27,000
3 downline dapat: 3 x 3 x 3 x 1,000 = RM 27,000
Mr. X dapat: 108,000 – 27,000 – 27,000 -27,000 = RM 27,000
Total Mr. X dapat = RM 54,000
Apa yang boleh anda dapat lihat di sini adalah contoh minta ‘direct money’. Memang terdapat ramai orang yang tahu bahasa skim ini adalah satu scam atau penipuan, tapi dalam dunia yang benar ini, adalah produk-produk dan barangan yang digunakan bagi mengkaburi mata mangsa.
Ya, melalui skim seperti yang ditunjukkan di atas, seseorang memang betul boleh jadi kaya tanpa perlu jual apa-apa barang pun. Tapi skim yang mereka pakai itu adalah melalui MENIPU DUIT orang lain!
Kaya tak boleh Seorang, Seorang tak boleh kaya
Pernah kenal tak orang kaya seorang diri? Kalau kaya biasa indeed mungkin adalah tapi orang yang berada dalam senarai top 50 orang terkaya dalam dunia, pastinya mereka memerlukan orang lain yang membantu dan menjadikan mereka kaya.
Dengan kata lain, ada orang yang bekerja untuk mereka dan orang lain yang menjadi pengguna atau pelanggan orang kaya ini.
Jadi ia adalah berlainan dengan skim cepat kaya yang ditunjukkan di atas tadi. Tapi orang yang betul jadi kaya memang ada menjual servis atau produk yang boleh memanfaat kepada pengguna, dan mereka dapat kumpul dana daripada servis atau produk yang mereka jual itu.
Untuk menjayakan bisnes mereka, mereka biasanya tidak mungkin kerja dengan seorang saja. Mesti mereka mendapatkan orang-orang lain untuk membantu mereka. Antara orang-orang yang menjadikan mereka kaya termasuk:
1. Pekerja
Untuk seorang yang betul-betul kaya, memang mereka perlu ada orang yang bekerja untuk syarikat mereka. Contohnya untuk seorang usahawan gula, dia perlu ada pekerja yang ramai dari peladang tebu hinggalah operator kilang gula.
Kalau tidak ada mereka, tidak mungkin semua proses boleh dijalan dengan lancar. Dengan itu tiadalah gula yang akan dihasilkan oleh usahawan itu. Maka tidak adalah kekayaan bagi orang itu untuk jadi kaya.
2. Pengguna atau Pelanggan
Setakat ada produk tapi tidak ada pengguna ingin guna produk yang dihasilkan oleh syarikat itu, maka tak boleh kaya juga. Jadi pengguna atau pelanggan ini perlu dalam skala yang besar.
Untuk kes tuan rumah jutawan, perlu ada banyak-banyak rumah, dan setiap rumah perlu ada penyewa. Kalau pengguna dan pelanggan ini berterusan ada, barulah boleh betul-betul jadi kaya.
Apa yang nak sampaikan kepada anda semua?
Well, saya cuba relate dengan impian nak betul-betul kaya dan bukan melalui skim cepat kaya yang merupakan satu penipuan. Sebenarnya perlu ramai pekerja mahupun pengguna.
Kalau setakat ada sebuah warung burger mahupun kedai char kueh tiaw, its not enough to make you rich. The fact, kena jadikan burger anda ada francais, ada sehingga 50 kedai sekitar Malaysia yang laris, maka boleh dapat jadi kaya macam ini.
Nak kaya mestilah berusaha dan jangan anda sekali pun percaya kepada seseorang yang bercakap dengan anda tidak perlu jual produk pun boleh jadi kaya. Perkara seperti ini memang tidak wujud di dunia ini.
Baca juga: