Buat duit dengan blog? Kaya dan buat banyak duit dengan blog? Kedua-dua jawapannya adalah ya, memang boleh anda buat duit dan menjadi kaya dengan blogging. Setelah lebih 4 tahun berblog secara aktif, suka saya nak kongsi pendapat sejauh manakah realiti kaya dengan blogging.
1) Menghasilkan sebuah blog yang hebat yang dikunjungi orang orang ramai – Untuk kaya dengan blog, anda perlulah memiliki blog yang mana orang ramai berminat untuk datang membaca dengan kata lain mempunyai trafik yang tinggi.
Sebab duit dari blogging adalah daripada pengiklanan, jadi pengiklanan memang memerlukan pemerhati iklan mereka iaitu pengunjung
Inilah syarat utama, iaitu jumlah pengunjung. Dan ia bukanlah mudah. Saya beri contoh beberapa blog yang hebat di Malaysia.
- Paultan.org – blog berkenaan industri automotif negara dan dunia.
- Amanz.my – blog yang orang lawati utk berita teknologi terbaru.
- Redmummy.com – yang banyak cerita pasal shopping and those designer handbags selain kisah anak-anak.
- Beautifulnara.com & Ohbulan.com – blog tentang gossip artis
Macam contoh paultan.org, peminat kereta pastinya datang membaca blog ini setiap hari utk berita semasa berkaitan kereta. Memang sesuailah iklan-iklan seperti minyak petrol, minyak enjin, kereta baru di iklankan dalam blog ini. Memang boleh kaya hasil dari jualan iklan dalam blog.
TAPIIIIII……
Nak menghasilkan entry yang banyak dalam sehari bukanlah mudah, nak dapatkan sumber berita dan nak menulis entry itu sendiri pun memerlukan masa dah juga kemahiran journalism. Bukan main tulis saja, sebab nak tulis berkaitan teknologi automatif ni turut memerlukan pengetahuan.
Kesimpulannya, buatlah blog yang RAMAI orang nak datang baca.
2) Modal Hasilkan Blog Entry – Ni pula nak cerita modal buat blog, tak nak cerita kos hosting dan domain, tapi berkenaan dengan blogger yang sanggup untuk keluarkan modal pergi bercuti sana sini, keluarkan duit untuk cuba makanan semata mata untuk menghasilkan entry yang menarik.
Ya, takkan blog peribadi nak cerita benda yang sama, memang perlu benda baru untuk jadikan blog entry tu menarik.
Saya nampak di sini ianya satu modal pelaburan, boleh jadi untung dan boleh jadi rugi, kalau dengan cari itu boleh dapat iklan dan advertorial yang berterusan, maka berbaloilah.
3) Dedahkan Private Life – Rujuk kepada blog individu yang berjaya, sanggup tak, tunjuk dan cerita banyak pasal hidup dan cita rasa kita sendiri. Orang tahu warna langsir, nama kucing, kedudukan sofa, alamat tempat tinggal, cadar warna apa, peti ais jenama apa dan sebagainya.
4) Masa menghasilkan entry – Sanggup tak luangkan masa untuk menghasilkan entry yang berkualiti dan kerap, tak kiralah untuk entry sendiri ataupun advertorial. Ya, memang masa dan fokus dan ‘passion’ perlu ada. Selain tu otak kenalah jadi kreatif juga.
Kalau tengok frequency update untuk amanz.my, memang blog ini update dengan post yang baru sehari dengan sangat kerap, rasanya masa yang dihabiskan untuk buat entry tak kurang 3 jam sehari.
Kalau tak sanggup dan tak mampu mengorbankan masa, memang tak boleh kaya dengan blogging.
5) Anak emas + komitmen + reputasi – Khusus bercerita tentang pengiklanan Google Adsense untuk mendapat advertorial yang berterusan (which mean continuus income), perlulah terlebih dahulu mendapat perhatian di mata Google, atau bahasa yang lebih mudah menjadi ‘anak emas’.
Kemudian beri komitmen dan hasil yang berkualiti dan kekalkan relationship yang baik. Kalau anda perasan, blogger yang sama juga yang mendapat pengiklanan Adsense. Komitmen untuk datang event pun diperlukan sebab sesuatu advertorial tu kadang memerlukan seseorang itu turun padang (contohnya restoran atau test drive kete)
6) Semua jenama bagus? biar betul – kadang-kadang blogger perlu bercakap semua produk advertorial tu bagus, dan mengaku menjadi pengguna setia. Somehow macam semua produk digunakan semua terbaik, antara yang paling ketara adalah produk kecantikan.
Pada pendapat saya, disebabkan produk yang diperkenalkan adalah satu advertorial, walau produk tu mungkin bukan produk kegemaran blogger atau kurang menarik tapi akan jadi pilihan penulis dalam blog itu juga.
7) Persepsi dan Gangguan – Menjadi famous blogger bermakna kemungkinan besar anda akan dapat buat duit yang banyak melalui pengiklanan dari blog, mulalah pembaca komplain terlalu banyak iklan, orang teruk ada hasad dengki dan permusuhan sebab asyik ko saja yang dapat advertorial. Sanggup tak nak galas cabaran besar ni.
Jadi, memang banyak cabaran, komitmen dan sebagainya kalau nak kaya dengan blogging. Terutamanya dalam part untuk menghasilkan blog berkualiti yang mampu menarik bukan sahaja pengunjung setia, malah syarikat beriklan dalam blog.
Bayangan Khayalan?
Memang realiti tidak mudah, jadi memang gila bayang dan berkhayal sahajalah untuk buat banyak duit dengan blogging jika tidak ada kriteria seperti diatas.
Saya tak terkejut bila mengetahui jumlah blog berdaftar dengan Adsense kini sudah mencapai 200k, ini mungkin disebabkan media massa yg menggembar-gemburkan yang boleh kaya dengan blogging.
Tapi bila sudah ada blog barulah tahu berapa banyak yang sebenarnya boleh dapat!
Saya sendiri tidak terasa apa-apa dengan jumlah mereka yang buat blog dan berdaftar dgn syarikat pengiklanan blog, hanya yang betul-betul outstanding akan datang jana duit yang banyak, yang lain, kebanyakan daripada mereka mungkin dalam 3 bulan baru dapat RM10, bulan ke 4, berhenti laa….
Baca juga: