Web Analytics

Kadar Insurans Kereta dan NCD (Kira Dengan Kalkulator)





Estimate Car Insurance

:
 
:
 
:
 

Insurance Premium is:

SST Tax is:

Insurance Premium with SST is:


Boleh anda pakai kalkulator premium kenderaan yang disediakan di atas untuk buat kiraan jumlah premium insurans yang perlu dibayar jika anda baru beli kereta baru dan ingin dapat perlindungan insuran. Premium ini akan berbeza bergantung kepda beberapa faktor seperti jenis perlindungan, kapasiti enjin, diskaun tiada tuntutan dan manfaat tambahan.

Jika anda mempunyai sebuah kereta, pasti anda perlu memperbaharui cukai jalan(road tax) dan insuran  setiap tahun dari tarikh anda membeli kereta itu. Adakah anda tahu macam mana insuran kereta anda dikira?

Pada umumnya, model kereta yang berlainan akan mempunyai nilai insuran yang lain. Contoh jika anda beli sebuah kereta yang mempunyai nilai RM50,000, nilai insuran untuk kereta anda mungkin adalah RM46,000. Selepas satu tahun sampai masa untuk memperbaharui insuran, nilai insuran mungkin sudah jadi RM43,000.

Katakan kereta anda adalah 1300cc, Amaun yang dikenakan atas kereta anda yang mempunyai nilai insuran RM43,000 ialah RM1,095. Ini merupakan amaun kasar yang perlu anda bayar untuk insuran kereta anda.

Demi pengetahuan anda, nilai insuran bukan tetap setiap tahun tetapi ia akan berubah dengan ikut harga pasaran kereta anda untuk tahun yang berkenaan. Ini cuma insuran dan tidak termasuk cukai jalan lagi.

Apa Itu No Claim Discount(NCD)?

NCD merupakan pemilik kereta yang memegang polisi insuran yang terkumpul dari masa ke masa dapat membantu menurunkan kos insurans kereta mereka. Jumlah yang disimpan berkadar dengan jumlah berturut-turut selama bertahun-tahun seseorang yang memegang atas nama mereka tanpa membuat tuntutan untuk insuran kereta mereka.

Jika anda seorang pemandu yang cermat dan selalu pandu dengan berhati-hati di jalanraya, maka anda mungkin tidak pernah mengalami sebarang kemalangan atas kereta anda, anda akan berhak untuk dapat NCD setiap tahun. NCD itu boleh anda dapat setiap tahun sampai ke tahun ke-5 jika anda tidak buat tuntutan. Pada tahun ke-5, NCD anda akan mencecah 55% dan ia akan berhenti di sana. Maksudnya dari tahun ke-6 dan seterusnya, NCD akan tetap kekal di 55%.

Tahukah Anda Macam Mana NCD Berfungsi?

Sekiranya seorang pemegang polisi insuran untuk keretanya dan dia tidak pernah menuntut ganti rugi dengan pihak insurannya, dia akan berhak untuk dihadiahkan diskaun seperti berikut:

NCD Table

Contoh NCD Berfungsi

Katakan anda beli satu kereta dan sudah pakainya untuk satu tahun. Dalam satu tahun ni anda tidak tuntut sebarang insuran kereta anda:

Senario Petama

  • Nilai insuran kereta pada tahun berkenaan: RM50,000
  • Nilai NCD terima: 25%
  • Jumlah insuran yang perlu dibayar: RM1,160

Senario Kedua

  • Nilai insuran kereta pada tahun berkenaan: RM40,000
  • Nilai NCD terima: 55%
  • Jumlah insuran yang perlu dibayar: RM748

Tambahan pula bahawa nilai insuran kereta anda akan semakin menurun dari tahun ke tahun, maka jumlah bayaran insuran juga akan jadi lebih rendah dari tahun sebelumnya. Ini adalah disebabkan anda mempunyai diskaun NCD dan juga harga pasaran kereta anda yang semakin kurang nilai.

Penambahan Insuran Untuk Perlindungan Atas Cermin Depan Kereta

Jika anda ingin dapat perlindungan insuran untuk cermin depan kereta(Windscreen), maka anda perlu tambahkan 15% dari jumlah pembayaran insuran anda setiap tahun.

Untuk lain-lain penambahan, lain kereta dan lain syarikat mendapat caj yang berlainan. Jadi adalah lebih baik untuk anda rujuk dan buat pertanyaan kepada wakil insuran anda.

Membuat Pindahan NCD

Ada orang yang tidak tahu bahawa NCD boleh dipindahkan dari kereta lama kepada kereta baru jika anda tukar kereta baru lepas beberapa tahun.

Syarat untuk membuat pemindahan adalah kedua-dua kereta ini mesti berdaftar atas nama pemilik yang sama! Jadi jika anda sudah ada NCD, maka anda tak perlulah risaukan insuran kereta baru anda lagi.

Bagi kebanyakan pemilik kereta, mereka adalah lebih cenderung untuk pakai insurans kereta yang berasaskan ‘Takaful‘ seperti Takaful Malaysia atau Takaful Ikhlas. Ataupun lain agensi insurans yang mempunyai nama “Takaful”.

Sebab agensi insurans yang bersifatkan takaful adalah bebas dari unsur riba dan lebih menepati syariah Islam. Tambahan harga insurans yang ditawarkan pun tidak berbeza dengan agensi lain.

Senario Pertama

Anda baru beli sebuah kereta yang mempunyai nilai RM100,000. jumlah perlindungan insuran premium yang anda beli adalah 70% daripada nilai penuh kereta itu. Iaitu RM70,000.

Jika anda mengalami kemalangan dan kos pembaikan untuk kereta anda adalah RM20,000, maka insurans cuma akan bayar 70% daripada kos pembaikan itu. Iaitu RM14,000. Anda perlu bayar sendiri untuk yang baki RM6,000 itu.

Senario Kedua

Anda beli sebuah kereta yang juga mempunyai nilai RM100,000. Anda bayar perlindungan insuran untuk kereta ini dengan 85%, iaitu RM85,000.

Pada tahun yang sama, kereta anda mengalami kemalangan dan terbakar hangus. Maksud kereta anda telah total loss. Disebabkan anda ada perlindungan 80% insuran untuk kereta ini, maka agensi insurans akan bayar 80% daripada nilai kereta itu, iaitu RM85,000.

Jumlah Perlindungan Takaful/Insurans

Amaun yang anda ingin dapat perlindungan adalah ditentukan oleh anda dan bukan ejen. Untuk mengelakkan dari bayar dengan lebih untuk insuran anda, adalah baik untuk anda mengetahui jumlah yang bersesuaian dengan harga semasa bagi kereta anda.

Boleh anda semak dengan pihak bank untuk mendapatkan harga semasa bagi kenderaan anda. Ini adalah cara yang paling baik sebab biasanya pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan. Maka bank akan selalu mempunyai maklumat harga kereta yang paling baru.

Jika anda tidak dapat hubungi bank untuk memperolehi maklumat tersebut, boleh anda cuba tanya dengan kedai kereta terpakai. Kedai-kedai ini biasanya mempunyai pengiraan harga kereta yang mereka guna sendiri.

Buat Urusan

Kebanyakan orang biasanya akan menyerahkan semua perkara kepada ejen takaful atau insurans untuk uruskan hal-ehwal insuran dan cukai jalan mereka.

Walaubagaimanapun, anda perlu tahu terlebih dahulu tentang perlindungan takaful/insurans yang anda ambil supaya anda tidak bayar untuk insuran yang terlampau tinggi.

Sebagai seorang pemilik kereta, anda berhak untuk memperolehi kesemua maklumat berkenaan atas perkhidmatan yang anda bayar. Maklumat yang perlu anda dapat termasuk jenis perlindungan, jumlah perlindungan, NCD dan premium perlindungan yang anda dapat.

Perlindungan Kurang atau Lebih

Memang tidak guna untuk anda meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana jika anda buat tuntutan, anda cuma akan dapat menuntut atas harga semasa bagi kereta anda.

Sama juga jika anda beli perlindungan insuran di bawah harga semasa, apabila anda membuat tuntutan, agensi insuran cuma akan luluskan jumlah perlindungan yang anda ambil tu.

Faedah Yang Anda Dapat

Sebagai pemandu kereta, anda juga perlu mengetahui tentang faedah yang anda dapat jika mengambil insurans daripada mana-mana syarikat supaya tidak kena tipu.

Perlu anda buat bandingan atas faedah-faedah yang ditawarkan oleh syarikat yang berlainan terlebih dahulu. Lepas buat semakan dan bandingan yang teliti, barulah anda buat keputusan untuk ambil insuran yang paling sesuai untuk anda.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!