Sebenarnya nilai RM 1 juta adalah dikira dari nilai bersih harta, bukannya jumlah pendapatan. Memang tidak ada ramai orang yang akan simpan jumlah wang tunai RM 1 juta, tetapi bila diambil kira nilai bersih harta, maka seseorang tu sudah boleh digelar jutawan.
Apa itu Pendapatan?
Bank Negara mendefinisikan pendapatan yang diperoleh sebagai semua pendapatan dan upah kena cukai yang anda dapat dari bekerja.
Anda memperoleh pendapatan jika anda bekerja untuk seseorang yang membayar anda, atau jika anda menjalankan perniagaan atau pertanian. Tetapi pendapatan sahaja tidak menjadikan anda kaya.
Anda mungkin dapat menjana RM 1 juta setahun tetapi membelanjakan RM 2 juta. Ini menunjukkand anda akan berhutang samapi ke leher anda. Atau, anda boleh memperoleh RM50,000 setahun dan bersara sebagai seorang jutawan jika anda merancang dan menabung sepanjang pekerjaan anda.
Pengiraan pantas menunjukkan bahawa orang yang bebas hutang yang mempunyai pendapatan RM 50,000 setiap tahun dan melabur 15% daripada pendapatan mereka selama 30 tahun dapat simpan duit hampir RM 1.4 juta untuk persaraan.
Sebaliknya, seseorang yang menjana pendapatan dua kali ganda yang tidak pernah melabur walaupun sebahagian kecil daripadanya kemungkinan akan tidak cukup duit untuk hidup mereka selepas persaraan.
Apa itu Nilai Bersih?
Nilai bersih adalah apa yang anda miliki dikurangkan dari apa yang anda berhutang. Dengan kata lain, jumlah nilai aset ditolak dengan hutang sama dengan nilai bersih yang anda ada.
Sebagai contoh, jika anda memiliki rumah bernilai RM 500,000 dan anda berhutang RM 300,000 atasnya, anda mempunyai ekuiti RM 200,000 untuk nilai bersih anda. Untuk mengira jumlah kekayaan bersih anda, tambah semua benda yang anda miliki dan tolak semua benda yang anda berhutang.
Menurut Bank Negara, sebilangan besar kekayaan bagi rakyat Malaysia adalah berasal dari ekuiti rumah, diikuti dengan simpanan dalam KSWP dan pelaburan saham.
Nilai Aset Bersih ataupun Net Worth tu apa?
Formula untuk kiraan adalah semudah:
ASET semasa(Asset) – Hutang(Liability) = Nilai Bersih (Net Worth)
Di sini saya sertakan contoh aset bersih harta seseorang itu yang nama Encik A.
Senaraikan nilai ASET
ASB = RM 200,000
Rumah A = RM 100,000
Rumah B = RM 125,000
Rumah C = RM 250,000
Rumah D = RM 100,000
Unit Trust = RM 25,000
Kereta = RM 30,000
EPF = RM 60,000
Jumlah aset = RM 890,000
Senaraikan Hutang atau Liability
Overdraft ASB = RM 125,000
Baki hutang Rumah A = RM 70,000
Baki hutang Rumah B = RM 90,000
Baki hutang Rumah C = RM 160,000
Baki hutang Rumah D = RM 70,000
Baki hutang Kereta = RM 20,000
Jumlah Liability = RM 535,000
Jadi nilai bersih untuk Encik A adalah:
RM 890,000 – RM 535,000 = RM 355,000
Jadi dengan pengiraan mudah yang dibuat di atas ini, boleh kita tahu Encik A mempunyai nilai bersih sebanyak RM 355,000. Lain kata, Encik A boleh dikatakan sebagai 1/3 jutawan lah, untuk menjadi jutawan, Encik A masih perlu berusaha untuk kumpulĀ 2/3 nilai bersih lagi. Jadi, dengan pengajaran yang mudah ini, boleh kita tahu bahawa jutawan adalah dinilai pada nilai bersih harta dan bukan pendapatan yang diperolehi.
Mengapa Mengetahui Nilai Bersih Anda Adalah Sangat Penting?
Nilai bersih anda semestinya meningkat dari tahun ke tahun, terutamanya jika anda seorang usahawan. Tetapi dengan berapa banyak ia mesti meningkat?
Walaupun terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, ia bergantung kepada keadaan kewangan anda secara keseluruhan. Pengalaman saya adalah bahawa orang yang ada mengambil nasihat dari penasihat kewangan dan mengetahui nilai bersih mereka nampaknya lebih memahami keadaan kewangan mereka daripada orang yang tidak ambil sebarang nasihat.
Anda perlu mementingkan keadaan kewangan dari pendapatan anda
Ini adalah masalah besar untuk kebanyakan orang. Pada masa sudah sampai umur untuk anda bersara terutamanya atas sebab kesihatan dan anda tidak dapat bekerja lagi, ia mungkin merupakan hari mulanya untuk wang simpanan anda menyokong kehidupan anda sampai anda pergi jumpa Allah.
Jika anda ingin tahu nilai harta benda yang anda milik, boleh anda pakai kalkulator ini untuk kira nilai bersih untuk harta anda.
Cara Meningkatkan Nilai Bersih Anda
Mengira nilai bersih anda boleh menjadi sesuatu perkara yang menakutkan, terutamanya jika jumlah nilai bersih anda adalah terlalu skit atau lebih teruk lagi, dalam keadaan yang negatif. Tetapi nilai bersih yang ditunjukkan hanyalah sesuatu yang anda ada pada hari ini, dan anda masih mempunyai peluang untuk mengubahnya pada masa akan datang.
Sebenarnya, idea keseluruhan untuk mengira nilai bersih anda adalah untuk menentukan asas dari mana anda dapat memperbaiki keadaan kewangan anda.
Terdapat dua cara untuk meningkatkan nilai bersih anda, iaitu:
Tingkatkan aset dan kurangkan hutang anda.
Anda boleh melakukan ini dalam kombinasi yang anda pilih di mana anda boleh membina aset sambil mengekalkan tahap hutang anda, membayar hutang anda sambil mengekalkan tahap aset anda, atau gabungan kedua-duanya.
Lain kali bila ada seseorang berkongsi pendapatan mereka, tanya bagaimana mereka menggunakan pendapatan mereka. Lihat sama ada anda dapat mengetahui struktur kekayaan bersih mereka. Ia memang sesuatu perkara yang bagus jika seseorang dapat menjana pendapatan RM 20,000 sebulan.
Tetapi jika mereka tidak memiliki nilai bersih yang ketara, ada kemungkinan besar bukan hanya pendapatan mereka akan hilang satu hari nanti, mereka juga akan kembali menjadi seorang yang miskin kerana manusia memang mempunyai kecenderungan untuk menghabiskan semua wang yang mereka perolehi dengan cepat.
Meningkatkan kekayaan dan nilai bersih anda memerlukan tahap kewangan yang lebih tinggi daripada meningkatkan pendapatan anda. Terdapat sesetengah orang yang dapat menjanakan enam angka untuk pendapatan mereka dalam setahun. Tetapi terdapat banyak orang yang memperoleh pendapatan seperti itu masih ditakdirkan untuk bekerja selamanya memandangkan mereka kurang fokus pada nilai bersih.
Jadi kesimpulan adalah semakin kurang anda bergantung pada pendapatan anda, anda akan menjadi lebih selamat dan bahagia! Semua yang anda mula lakukan adalah kerana anda ingin kebebasan kewangan, dan bukan kerana anda ingin jadi hamba wang untuk seumur tahun.