Web Analytics

Jatuh Cinta Dengan Menjual

Adakah anda pernah jatuh cinta kepada seseorang? Tak kiralah cinta monyet mahu pun apa sahaja yang dinamakan cinta, mesti pernah ada, kan?

jual barang

Cinta Oh Cinta!

Bila buka bab cinta ni, pasti ramai yang menjangkakan saya akan berkongsi kisah-kisah cinta saya yang lama-lama. Oh, tak sanggup ku lafazkan cinta.

Bukan cerita cinta antara dua insan yang bakal saya kupas kali ini. Entri ini cerita cinta seorang jurujual sahaja. Tiada kaitan antara yang masih hidup mahupun sebaliknya.

“Perniagaan yang berkekalan adalah dengan membina hubungan persahabatan yang baik.” – Alfred A. Montapert

Perkara yang paling utama sekiranya kita ingin menjadi seorang jurujual yang hebat adalah kita mesti jatuh cinta dengan apa sahaja yang kita lakukan. Jatuh cinta di sini bukan setakat kita korbankan masa sahaja namun kita terpaksa korbankan apa sahaja supaya impian kita semua tercapai.

Ramai yang berpusu-pusu ingin mencuba apabila melihat seseorang itu berjaya dalam perniagaan amnya dan menjual khasnya. Mereka semua hanya dapat melihat dari sudut kejayaan seseorang itu sahaja dan terlepas pandang banyak perkara selain daripada kejayaan itu sendiri.

Pada hakikatnya kejayaan yang dicapai adalah hasil kerja keras dan jatuh bangunnya seseorang itu sebelum mencapainya. Saya amat menitik-beratkan bahawa tiada jalan pintas untuk anda berjaya walau dalam apa jua bidang sekali pun.

Pada permulaan saya menceburi bidang perniagaan adalah semata-mata kerana minat dan mencintai perniagaan itu melebihi daripada perkara-perkara lain. Bukan bermaksud saya tidak pernah bercinta, ops kantoi!

Perasaan cinta inilah yang saya jadikan sumber inspirasi sekiranya ada sahaja masalah yang melanda. Saya masih lagi mampu tersenyum lebar dan merasakan halangan itu hanyalah keadaan sementara dan jalan penyelesaian akan hadir selepas itu. Berfikir positif katakan.

Susah Ke Nak Bercinta?
Pernah satu ketika saya menghadapi masalah besar dalam perniagaan. Jika diikutkan saya ingin sahaja menyerah kalah dan tidak lagi bersemangat untuk meneruskan saki-baki perjuangan selama ini, akan tetapi apabila direnung dan dikenang kembali dengan apa yang sudah dibina selama ini, saya merasakan langsung tidak berbaloi sekiranya segalanya hancur dengan begitu sahaja.

Dengan nekad dan niat asal saya iaitu atas dasar cinta dan minat terhadap perniagaan, saya gagahkan diri melangkah dan langsung tidak menoleh kebelakang lagi. Impian saya banyak lagi yang perlu dicapai dan digapai.

Begitu juga dengan menjual. Apa sahaja yang ingin kita lakukan, kita perlu tekankan konsep cinta kepada apa yang kita lakukan. Mungkin anda merasakan bidang menjual ini perlu berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak diingini seperti ditertawakan oleh orang lain dan sebagainya.

Cuba fikirkan sejenak, adakah orang yang mentertawakan anda tadi dapat membantu anda dalam keadaan susah ataupun senang? Tentu sekali tidak. Mereka hanya pandai berkata-kata namun bila diminta untuk melakukannya, mereka langsung tidak tahu di mana ingin bermula. Abaikan sahaja kata-kata yang langsung tidak membantu itu.

Perasaan cinta ini amat berbaloi bilamana kita berjaya membuat jualan. Hanya mereka yang pernah berada dalam dunia jualan sahaja akan memahami perasaan cinta dalam menjual.

Rejection? Perkara Biasa lah. . .
Cuba bayangkan, setiap kali mereka yang menolak tawaran kita sebenarnya memberi duit kepada kita. Tak percaya?

Sekali di reject, kita beralih kepada percubaan kedua, pun kena reject, kita cuba lagi kali ketiga, masih lagi di reject, cuba lagi kali ke-empat dan akhirnya kita berjaya membuat jualan!

Jualan ke-empat sebagai contoh dengan untung RM40. Maknanya setiap rejection bernilai RM10. Itulah duit yang kita dapat bagi setiap rejection. Ok tak? So, jangan lagi gusar mahu pun khuatir sekiranya sering kena tolak oleh pelanggan.

Saya mula-mula belajar teknik asas menjual sedari umur sembilan tahun lagi. Pada ketika itu saya hanya tahu menjual kacang dan gula-gula. Walaupun ianya nampak mudah dan tidak mencabar, saya sebenarnya sudah membina keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai dan yang paling penting apabila anda dapat membuat jualan anda akan merasakan ianya adalah perkara paling indah yang pernah anda capai.

Walaupun anda untung sebanyak satu ringgit pun, anda merasakan ianya amat berbaloi dengan segala penat lelah anda.

Itulah keistimewaan sekiranya kita melakukan sesuatu dengan penuh cinta dan minat. Cinta dan minat ini boleh dipupuk dan dibina. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mencuba terlebih dahulu. Jika tidak, cinta dan minat itu tadi tidak akan hadir dan langsung terkubur dengan begitu sahaja.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!