Web Analytics

Jangan Jadikan Cashflow Kita Negatif

Kadang-kadang bila menulis, kadang-kadang lupa orang yang membaca ni datang dari banyak jenis latar belakang. Kawan-kawan blog saya kebanyakannya dah cerita pasal hartanah, emas, ODASB, loan ASB, FCPO.. uiihh.. baru saya perasan yang saya belum cerita pasal benda basic.. iaitu cashflow.. Cashflow is king..

cashflow

Masa baru graduate dan mula kerja, ada siapa yang beritahu anda semua nak buat apa? Pengalaman sayalah, masa mula-mula kerja dulu lah, dapat gaji, lepas tu tolak sewa rumah, bil air, bil elektrik, duit makan, topup bil telefon, duit bagi ibu bapa, lepas tu duit yang tertinggal itulah cash yang dapat kita simpan.

Dah beberapa bulan kerja, ayah suruh beli kereta, maka beli saja ikut arahannya. Walaupun tidak tahu pun apa nak buat dengan kereta tu.

Rumah sewa dekat dengan pejabat, boleh saja bagi saya tumpang kereta rakan rumah untuk pergi ke pejabat setiap hari. Jadi memang tak tahu nak buat apa dengan kereta yang saya beli pada masa itu.

Budget memang tight la, dan saya memang strict ikut budget saya, sebab saya sedar diri tak senang sangat. Jadi masa tu kalau ada orang nak pinjam duit ke.. memang kira geramlah rasanya. Merasalah hidup susah tu.

Tapi alhamdulillah hujung bulan masih dapat simpan duit sikit. Tapi saya memang tidak tahu nak buat apa dengan wang yang simpan ini.

Bila hujung bulan duit lebihan tu buat makan kat tempat makan yang baik sikit sebab tidak tahu nak buat apa. Makan di restoran Kenny Rogers pun  sudah saya rasa special sangat. Sushi King atau Sakae Sushi tu tidak dapat saya pertimbangkan sebab mahal sangat saya rasa masa tu.

Tetapi sayang pada masa ni saya tak faham lagi apa itu dividen dan apa itu ASB. Walaupun saya ada baca buku Azizi Ali, tapi tak terjangkau pemikiran macam mana nak buat pelaburan hartanah ni. Downpayment insyaAllah kalau diusahakan boleh kumpul. Tapi bab installment bulan-bulan tu yang tak ada idea. Masa tu tak faham lagi tentang passive income. Cuma bagusnya saya tak kenal la apa itu credit card apa tu interest..

Tapi macam mana kecil pun gaji saya masa tu, alhamdulillah, bab duit, hati saya agak tenteram. Pasal saya tahu, hujung bulan, saya masih ada duit lebih. Kalau ada kecemasan, duit yang sikit tu bolehlah saya gunakan.

Saya masih cukup makan. Masih boleh bayar duit sewa dan duit bil dan duit kereta. Saya tak tahu apa maksud cashflow waktu tu, tapi alhamdulillah, cashflow saya waktu tu agak sihat, walaupun beza gaji dengan belanja tu sikit je. Oh, ini cashflow positif rupa-rupanya.

Ada rakan-rakan yang mempunyai gaji lebih 1 ribu dari saya. Tapi sakan nak meminjam. Nak bayar duit kereta, duit sewa rumah, duit kad kredit. Duit itu duit ini. Kalau tak diberi, boleh berbalah. Macam kita yang berhutang duit dia.

Siapa kata kalau gaji lebih hidup kita lagi senang? Kalau kita tengok sekeliling, ramai saja orang, dulu, pangkat besar gaji besar, tapi sebaik berhenti dari kerja dia tu, makan pun tak tentu ada, sewa rumah pun tak tentu bayar, duit kereta lagilah tak tahu ke mana. Anak-anak pun tak tentu makan tak tentu sekolah. Simpanan langsung tak ada?

Betul ke orang kata bila besar periuk lagi besar keraknya? Saya enggan percaya kata-kata ni. Kalau kesenangan lah dicari, tapi tak ada ketenangan, nak buat apa ya? Bila saya dah banyak sikit membaca, baru saya tahu cashflow ni cashflow sakit, income atau gaji tu kurang dari belanja. Oh rupa-rupanya ini cashflow negatif.

Dari cerita panjang-panjang ni, ada satu saja saya nak simpulkan. Cashflow is King. Apa yang kita cari ialah cashflow positif. Kenapa cashflow tu King? Sebab cashflow nilah yang menentukan duit poket kita cukup ke tak untuk makan tiap-tiap hari (Secara hakikinya Allah lah yang menentukan). Inilah yang paling basic. Lebih basic dari simpanan.

Tak percaya? Beberapa soalan..

Mahukah anda ada duit berkepuk tapi setiap hari anda hanya makan nasi dengan kicap tanpa lauk?
Rumah berdozen dan emas berdinar-dinar tapi anak-anak tak pergi sekolah sebab tak cukup duit untuk isi minyak motor?
ASB penuh dari overdraf dan loan ASB tapi tak mampu bayar?
Aset berjuta tapi rumah kena sita?

Cashflow patut menjadi satu persoalan utama sebelum anda mula – menyimpan, melabur, mengambil hutang, membayar hutang, menambah asset, membeli ‘mainan’, berbelanja, membina passive income dan side income, berniaga, hatta, memilih antara 2 kerja.

P.S: Macam mana nak tahu berapa income dan perbelanjaan anda? Gunalah kuasa pen – TULIS! Dan rajin-rajin pantau perbelanjaan anda.

P.P.S: Siapa-siapa yang belum membaca buku penulisan Robert Kiyosaki, sila-silalah rajinkan diri anda membaca buku beliau.

P.P.P.S: Pakdi dulu ada tulis e-book pasal cashflow. Rajin-rajinlah cari di blog beliau. Saya dah tak jumpa linknya.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!