Web Analytics

Jana Pendapatan Tambahan Semasa Kerja di Luar Bandar

Bagaimana kita boleh menjana pendapatan tambahan semasa melakukan tugasan luaran atau lebih senang ‘outsation’?

Sewaktu saya mula bekerja, bidang kerja saya melibatkan saya outstation di negeri sebelah utara semenanjung. Selain dapat lari dari tugasan rutin pergi ke pejabat, tak payah menghadapi dengan muka boss, boleh elakkan untuk menghadapi politik pejabat, saya memang memanfaatkan peluang outstation untuk saya menambah pendapatan saya.

elaun outstation

Jika saya outstation, ada 3 elaun yang saya boleh dapat iaitu elaun makan, elaun penginapan dan elaun Mileage.

Elaun Makan

Untuk sehari, elaun makan adalah RM 50. Kalau budget makan cuma RM 10 sehari, maka ini bermaksud saya boleh dapat extra RM 40. Kalau outstation 3 hari sudah boleh dapat extra RM 120.

Elaun Penginapan

Elaun penginapan tanpa resit adalah RM 90, kalau ada resit adalah RM 180. Biasanya kalau pergi outstation berdua, biasanya saya akan cari hotel murah yang mempunyai harga sekitar RM 60.

Jadi kongsi dengan rakan sekerja berdua seorang cuma perlu RM 30. Bila claim tanpa resit, saya boleh dapat RM 90, jadi potong RM 30 yang belanja atas hotel, saya masih boleh dapat RM 60, kalau 3 hari, sudah boleh saya dapat RM 180.

Apa yang boleh jadi lagi best adalah jika saya boleh menumpang di rumah sewa kawan yang tinggal bujang, maka saya boleh tinggal secara free, cuma belanja makan kawan tu sebagai tanda terima kasih.

Elaun Mileage

Untuk 1 kilometer, saya dibayar 65 sen. Untuk standard consumption kereta biasa adalah sekitar 20 sen. Untuk 1 kilometer kita boleh dapat sekitar 40 sen. Bayangkan perjalanan sekitar 600 km, sudah boleh saya dapat RM 240.

Jadi, untuk 3 hari kerja outstation, saya sudah boleh dapat extra income sebanyak: RM 120 + RM 180 + RM 240 = RM 540, banyak bukan? Pendapatan yang saya dapat itu boleh saya gunakan untuk belanja atas barang lain atau saya boleh simpankan untuk buat pelaburan.

Tapi sesetengah kawan yang saya tahu, ada yang ambil peluang outstation untuk makan besar, merasa duduk di hotel yang mahal, rasa rugi lah tak manfaatkan lebihan tu, untuk tambah pendapatan. Dalam 5 kali outstation, sekali berbuat macam tu saya rasa oklah. Tidaklah sepanjang masa nak berjimat.

Tujuan saya bercerita? Saya pasti bila pembaca yang ada peluang untuk pergi bekerja di outstation, jadi-jadikan ia sebagai satu peluang untuk menambah dana dalam merancang kewangan. Mungkin kadarnya lebih tinggi dari kadar yang saya dapat.

Elaun Kereta Maintenance dan Tukar Tayar

Ada juga syarikat yang akan berikan elaun bagi mereka yang selalu pergi outstation untuk kereta maintenance dan tukar tayar.

Tukar tayar adalah perkadaran dengan jarak.

Tayar travel 80,000 km baru tukar. 1km 65 sen, kos sebenarnya cuma 20 sen. Maka 1 km boleh jana 45 sen. 80,000 x 45sen = RM 36,000.

Tayar 4 biji jumlah perlu bayar adalah RM 600. Elaun untuk maintenance kereta adalah setiap 5000 km buat servis satu kali. Jadi satu tahun perlu buat 16 kali servis.

Katakan setiap kali servis perlu bayar RM 250, maka RM 250 x 16 = RM 4,000. Jadi, ideally kalau kereta travel 80,000 km, boleh dapat RM 36,000 – RM 4,600 = RM 31,400

Outstation ke Kampung Sendiri?

Ada rakan sekerja saya yang berasal dari Sarawak dan kampung dia adalah di Kuching. Syarikat kami juga ada urusan di Kuching. Dan rakan sekerja saya ni sungguh bernasib baik sebab dia diarahkan oleh boss untuk pergi outstation ke Kuching dengan banyak kerap. Satu bulan ada 2 kali perlu dia travel ke Kuching.

Dia rasa amat seronok sekali. Sebab satu bulan boleh balik kampung untuk 2 kali. Dan dia tidak perlu bayar untuk transport dan tiket penerbangan.

Apa yang jadi lebih baik lagi ialah dia masih boleh claim elaun penginapan, elaun makan dan elaun outstation. Tapi padahal dia cuma balik tidur di rumah sendiri tanpa perlu bagi bayaran hotel pun. Makan juga makan di rumah sendiri. Alangkah baik untuk dia.

p/s: Sekarang memang sudah lama saya tak pergi kerja outstation. Tapi bagi saya adalah ok saja kerana saya telah berkeluarga, berat rasanya hati nak tinggalkan anak dan kekasih.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!