Agak tegang tentang isu pinjaman PTPTN dan CCRIS sekarang. Ramai yang menulis tentangnya. Ada yang bersetuju dan ada yang membantah.
Saya juga tertarik untuk menulis dan berkongsi sedikit pendapat peribadi saya tentang isu PTPTN dan CCRIS ini.
Mungkin ada yang akan kata, korang tak kena senanglah cakap itu ini. Yang meminjam PTPTN ni sahaja akan rasa bahangnya.
Kita bincangkan baik-baik secara general mengikut akal kita yang logik.
Apa Maksud CCRIS
CCRIS bermaksud Central Credit Reference Information System. Merupakan sistem berpusat di bawah Bank Negara yang mengumpulkan data dan laporan bulanan yang dihantar oleh institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia.
Iaitu laporan kredit mengenai jumlah pinjaman yang belum dijelaskan dan status pembayaran pinjaman setiap individu bagi tempoh 12 bulan yang lepas. Mana-mana rekod lebih dari 12 bulan akan dibersihkan.
Setiap orang mempunyai laporan CCRIS yang boleh diambil oleh mana-mana institusi kewangan dan individu itu sendiri, tetapi tidak boleh diambil oleh orang lain.
Biro Kredit mempunyai kuasa undang-undang untuk mengumpul maklumat kredit anda daripada institusi-institusi kewangan.
Walau bagaimanapun, Biro Kredit hanya memberi laporan sahaja dan tidak mempunyai hak untuk menghukum status kredit anda.
Untuk lebih adil kepada semua, maklumat mengenai penolakan permohonan pinjaman tidak ditunjukkan dalam laporan kredit.
Supaya institusi kewangan tidak akan berat sebelah menolak permohonan pinjaman anda dengan melihat keputusan pemohonan daripada bank lain.
Maklumat CCRIS anda sebenarnya boleh dianggap berbeza dan subjektif oleh setiap institusi kewangan.
Ini apa yang saya faham tentang CCRIS. Jika salah tolong betulkan kenyataan saya ini.
PTPTN vs CCRIS
Dalam isu pinjaman PTPTN yang dikatakan akan dimasukkan dalam rekod CRISS. Pada pendapat saya isu ini agak general.
Ada pros and cons kepada peminjam PTPTN.
- Berkemampuan – Ianya bukan masalah besar kepada mereka yang mempunyai wang atau boleh kita katakan mampu membayar mengikut tarikh.
- Sederhana atau tidak mampu – Masalah besar kepada peminjam yang membayar tidak mengikut tarikh yang telah ditetapkan, tetapi tetap juga membayarnya kerana rekod kredit mereka akan kelihatan tidak cantik dan menyukarkan untuk membuat pinjaman kewangan lain.
- Tidak Bertanggungjawab – Jenis ini yang langsung tidak mahu membayar pinjaman PTPTN yang mereka buat. Yang ni patut masuk rekod kredit CCRIS sebab tidak bertanggungjawab.
Tempiasnya kena kepada jenis peminjam kedua iaitu yang mahu membayar tetapi tertangguh kerana tidak mampu.
Jika rekod kredit mereka buruk akan menyukarkan mereka untuk memperbaiki taraf hidup dan memenuhi keperluan diri seperti membeli rumah, kereta dan sebagainya.
Tetapi kita kena faham juga, pihak Institusi kewangan tidak boleh mengukur dari masalah seseorang individu tersebut.
Institusi kewangan juga perlu selarikan syarat-syarat serata kepada semua. Mereka bukan badan kebajikan.
Dari segi interest pula. Apa-apa pinjaman semua kena interest. Nak beli rumah, kereta, kredit kad, pinjaman kewangan peribadi dan perniagaan, jadi kita tidak boleh lari dari itu.
Peluang Pekerjaan Di Malaysia
Di Malaysia ini, saya rasa tidak mempunyai masalah besar untuk mendapatkan pekerjaan.
Jika dibandingkan dengan negara-negara seperti India, Indonesia, Filipina dan banyak negara lagi yang mana jumlah penggangguran sangat tinggi.
Saya faham kadang-kadang peluang pekerjaan yang ada lari dari kursus atau course yang kita ambil ketika di IPT.
Sebolehnya kita mahukan pekerjaan yang padan dengan qualification kita. Akibatnya ramai yang menganggur dan duduk sahaja dirumah menunggu peluang datang.
Jika anda tunggu sahaja peluang pekerjaan itu datang, sampai bila pun kita tidak boleh melunaskan hutang PTPTN atau mana-mana pinjaman lain.
Point saya, permulaan tu jangan memilih kerja. Dedah dan biasakan diri melalui alam pekerjaan dahulu, luaskan dahulu skop persekitaran dan cari pegalaman.
Mana tahu, mungkin peluang pekerjaan yang mengikut qualification anda akan dapat diluar sana kerana kita terdedah dengan rakan-rakan baru dan senang mendapat informasi tentang peluang pekerjaan yang kita idamkan.
Kesimpulannya…
Saya menulis melalui pengalaman pahit maung selama saya mula bekerja dan mencari nafkah untuk menyara dan memenuhi keperluan hidup.
Saya bukan peminjam PTPTN. Tetapi saya juga pernah berhutang dengan bank, jadi konsepnya tetap sama. Bila dah berhutang kena bayar.
Ini baru isu PTPTN dah tegang, bila korang dah tempohi alam pekerjaan, makin banyak hutang korang kena tanggung nanti, tunggu sahajalah.
Kita ambil begini sahaja, kita tidak boleh lari dari hutang. Apa jua jenis pinjaman atau hutang sama ada kecil atau besar, wajib kita bayar.
Malah dalam Islam juga menyatakan hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Melainkan dihalalkan oleh si pemiutang supaya tidak ada yang menuntut dan senang disana nanti.
Mansuhkan PTPTN, Mahasiswa Bijak Dan Mahasiswa Mangkok
Kepada pendemonstrasi mansuhkan PTPTN. Terima kasih. Anda baru saja membuatkan hasrat kami sebagai pelajar yang MEMINJAM daripada PTPTN, untuk tidak membayar SESEN pun kepada PTPTN semakin kuat. Terima kasih.
Jadi harapan aku selepas demonstrasi pemansuhan PTPTN ini, silalah buat demonstrasi kepada bank-bank pula. CIMB, Maybank, Public Bank, Agro Bank dan lain-lain badan kewangan yang suka meminjamkan wang mereka bagi memudahkan segala urusan jual beli yang pernah berlaku di Malaysia. Hutang kereta, rumah, pinjaman peribadi dan lain-lain bentuk pinjaman, aku harap dapat diMANSUHKAN. Please. Teruskan hasrat mulia anda ini ke arah yang lebih BESAR.
Kenapa PTPTN mesti dimansuhkan? Rasional atau tidak isu ini dimainkan? Kenapa beria sangat mahu mansuhkan PTPTN? Heh. Dasar Pandang ke Barat betul. Tak puas hati, demo. MAHASISWA? Please. Taraf pemikiran macam budak sekolah.
3 Sebab Demonstrasi Pemansuhan PTPTN Ini Takkan Berjaya
1. Peraturan Penghutang dan Pemiutang.
Jika dikaji semula pada dasarnya kenapa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditubuhkan adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang KURANG mampu dari segi kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA ataupun IPTS. Jadi, takdelah babak macam dalam kebanyakan cerita Melayu yang gadai tanah pusaka semata-mata nak bagi anak belajar ke universiti jadi dalam realiti. Maka PTPTN berikan landasan kewangan yang baik untuk mereka yang layak untuk sambung belajar ke IPT tanpa perlu keluarga mereka bergolok gadai. Kalau dah pinjam, silalah bayar ye.
2. Kontrak Hitam Putih Yang Jelas
Kebanyakan pelajar-pelajar IPT lebih cenderung menandatangani segala kontrak dan dokumen yang pihak PTPTN beri tanpa membaca kesemua isi kontrak. (aku pun sama) Bila perihal kontrak dinyatakan berbangkit dalam media, maka ramai penandatangani kontrak ini MELENTING. Ya. Rupa-rupanya ramai yang masuk ke universiti masih tak tahu membaca. Kalau tak faham apa erti kontrak. Sila jangan sain apa-apa dokumen untuk berkontrak.
3. Adab Meminta
Jika anda mahu meminta sesuatu daripada seseorang, keganasan bukanlah satu jawapan. Di negara-negara maju seperti UK dan USA mereka memang melakukan demonstrasi. Tapi tidak seperti yang kebanyakan rakyat Malaysia lakukan. Kerana keganasan dan agresif tak menyelesaikan apa-apa masalah. Malahan ia membawa masalah. Seperti seorang anak yang mahu meminta kepada bapanya untuk membelikan permainan, jika si anak meminta dengan baik, si ayah pasti tidak sampai hati untuk tidak membelikan permainan tersebut. Jika cara si anak meminta dengan kemarahan dan memaksa-maksa si ayah, hampir mustahil si ayah untuk memberikan apa yang si anak pinta.
Kepada pelajar yang cemerlang, mereka tidak risau sedikit pun tentang pembayaran pinjaman PTPTN, kerana kerajaan sudah menjanjikan bahawa sekiranya mereka mendapat kelas pertama ketika graduasi, pinjaman bertukar menjadi biasiswa. Tetapi sekiranya anda tidak cemerlang ketika graduasi, cukuplah dengan menjadi pelajar yang bertanggungjawab dengan membayar balik pinjaman tadi. Mudah bukan?
Jika tidak mampu menjadi pelajar cemerlang, cukuplah dengan menjadi pelajar bertanggungjawab.