Adakah anda tahu mana satu industri yang paling banyak buat duit di rantau ini? Yang dikenal pasti dan nak saya kongsikan di sini ada 3. Adakah industri teknologi? industri affiliate e-book, ataupun hartanah ataupun MLM (member lanyak member), percetakan ataupun automotif? Jawapannya tidak satupun disebutkan di atas. Jadi jawapannya adalah:
Industri Minyak dan Gas
Semua orang di dunia ini kena guna minyak. Tidak kira kereta, motor atau bas, dengan jumlah minyak dan gas yang terhad, hendak pula populasi manusia yang kian bertambah yang membawa maksud jumlah kenderaan juga bakal bertambah.
Jadi tidak hairanlah industri ini merupakan industri paling banyak buat duit. Sebab tu bila ada orang cakap dia kerja di syarikat Schlumberger saja akan orang cakap dia untung besar sebab dapat gaji yang banyak. Tidak payah cakap begitu jauh, kerja di Petronas atau Exxon Mobil pun lagi masyuk dari kerja di TNB atau Telekom.
Industri Telekomunikasi Mudah Alih
Pasaran telekomunikasi mudah alih sangat luas kerana telefon bimbit digunakan oleh semua orang dalam seisi keluarga seawal tahu membuat panggilan telefon.
Ya, seawal darjah 1 pun dah ada parent belikan telefon pintar. Bukan itu sahaja, selain potensi jumlah pelanggan yang ramai, kos untuk infrastruktur rangkaian juga tidaklah semahal infrasruktur berwayar (seperti telefon line /HSBB). Risiko kecurian juga sifar. Jadi, memang indusrti ini membuat banyak duit.
Orang Kecoh dah Untung Besar
Selain dari industri yang untung banyak. Jika anda ada duit tambahan dan ingin buat pelaburan, anda mungkin ingin nak tahu pelaburan mana satu yang boleh dapat untung yang baik.
Di sini saya ingin berkongsi bersama anda sikit pelaburan yang sak ingat boleh beri keuntungan yang bagus jika anda melabur dengan betul.
Emas
Ini adalah contoh utama yang dapat saya fikirkan. Emas diceritakan sudah naik dengan stabil dari tahun ke tahun. Kena orang yang dengar berita tu buat anggapan. Emas memang mendapat sambutan yang baik dari ramai pelabur sebab ia mempunyai nilai yang stabil bagi kebanyak negara.
Jadi, boleh dijangka bahawa harga emas akan terus naik buat masa depan. Tetapi kena juga berhati-hati bila pilih masa untuk beli. Jika beli emas pada tengah puncak, cuba banding dengan harga sekarang, buat kiraan kos dan risiko dan lepas tu baru buat keputusan sama ada ia adalah masa yang betul untuk anda beli emas dengan harga yang lumayan. Dengan ini bolehlah anda kurang risiko untuk mengalami kerugian dalam pelaburan emas.
Stok Saham
Saya tak berilmu sangat tentang pasara stok saham, tapi memang sekarang ramai yang buat untung besar dengan melabur di bursa saham. Satu kawan saya buat RM 15,000 bagi bulan lepas. Agak-agak kalau masuk sekarang boleh untung besar kot?
Unit Trust
Unit Trust ada berkaitan dengan stock market juga. Cuma ia ada fund manager untuk uruskan. Jadi memang sekarang ada yang dapat pulangan 50% dalam masa 2 tahun. Nak masuk sekarang ke? Mungkin boleh untung tapi taklah segempak pulangan 50% untuk 2 tahun akan datang.
Hartanah
Jelasnya dengan mereka yang labur dalam hartanah awal-awal sewaktu kesedaran orang kurang dan harga rumah masih masuk akal. Bila sibuk orang bercerita buat untung dengan hartanah, sudah macam terlambat sebab harga sudah mahal, persaingan sudah banyak dan peluang agak terhad dan sukar dicari.
Blogging
Bila dengar ada yang kaya dengan blog, nak buat juga. Padahal pendapatan besar tu blogger yang sudah sedia establish yang dah sambar dulu.
Apa yang pasti saya cuba sampaikan ialah paling penting adalah kita perlu ada ilmu dan faham bagaimana sesuatu pelaburan itu bekerja. Dengan adanya pemahaman dan ilmu ini, kita boleh ada strategi labur untuk membuat keuntungan, dalam apa jua situasi.
Macam contoh blogging, kenalah buat kes study bagaimana blogger tu boleh kaya, bagaimana mereka jana pendapatan, apakah kriteria yang diperlukan? Lepas tu kena ikut langkah yang mereka buat, pada masa yang sama keluarkan kreativiti anda sendiri.
Senang cakap: Jangan buat pelaburan dengan cuma dengar kepada prestasi sebelum ni / prestasi yang digembar-gemburkan. Memang terdapat banyak cara untuk jana keuntungan. Apa yang penting ialah kita mesti tumpu perhatian pada sesuatu dan bukan selalu tukar-tukar bila tidak nampak hasil dalam masa yang singkat.
Baca juga: