Web Analytics

Hutang Baik dan Hutang Jahat

Apa Itu Hutang Yang Baik (Good Debt)

Hutang yang baik adalah hutang yang tiada kaitan dengan budi bererti mahupun perbuatan menghormati ibu bapa. Sebaliknya hutang yang baik adalah menunjuk kepada hutang yang membawa keuntungan kepada diri si peminjam.

hutang baik jahat

Contoh hutang yang baik adalah:

Buat pinjaman dengan tujuan untuk memulakan perniagaan. Lepas dapat pinjaman, berusaha dengan bersungguh-sungguh dan kemudian berjaya dalam perniagaan. Itu merupakan kes perniagaan yang bersungguh-sungguh ya, bukan buat pinjaman dan berniaga dengan sesuka hati saja.

Beli rumah untuk menjadikannya satu investment, tak kira la dengan niat untuk cashflow atau capital appreciation atau kedua-duanya sekali. Dengan kata lain, hutang yang baik untuk membeli rumah di lokasi yang baik, senang untuk dapat penyewa (paling lama tunggu pun 1 bulan), kawasan perumahan yang 90% berpenghuni dan beli rumah yang boleh dapat sekurang-kurangnya 8% pulangan

Buat Loan untuk melabur dalam saham ASB. Ini juga merupakan satu lagi contoh hutang yang baik sebab jika disiplin bayar balik memang take advantage margin antara interest bank dan dividen ASB.

Macam Mana Dengan Beli Rumah Duduk Sendiri?

Mungkin anda mempunyai soalan di mana kalau beli rumah untuk duduk sendiri dengan cara berhutang, adakah hutang tu baik atau tidak?

Ini adalah bergantung kepada keadaan yang tertentu. Jika untuk duduk sendiri sebab ingin dapat keselesaan, dan tidak perlu bayar untuk menyewa rumah, maka berhutang untuk rumah yang duduk sendiri ini adalah hutang yang baik. Lagipun, kalau tak beli rumah sekarang, pada masa yang akan datang mungkin rumah akan jadi lebih mahal.

Tapi boleh jadi tak baik jika installment rumah tu sendiri pun sudah menelan separuh dari gaji yang anda terima tiap-tiap bulan. Ini mungkin boleh menjadikan kita ‘sesak’ berbelanja.

Hutang Kereta Merupakan Hutang Baik?

Ini adalah sama juga dengan jawapan beli rumah. Kereta boleh jadi hutang yang baik jika anda perlukan kereta untuk menjana duit seperti seorang salesman yang perlu selalu travel ke tempat lain, maka dengan kereta dia akan dapat menjana dengan lebih banyak sales.

Tapi beli kereta pun kena tengok kemampuan diri sendiri. Jangan pergi beli kereta yang terlalu mewah sampai gaji bulanan pun susah untuk tanggung. Kalau gaji RM 2,000, bayar installment untuk kete RM 1,000 sebulan, itu sudah jadi kes hutang yang tidak baik.

Apakah Hutang Jahat / Tidak Baik?

Sekarang nak kisahkan hutang jahat/tidak baik pulak. Baik lawannya jahat, maka hutang baik lawannya hutang jahat atau bad debt. Kalau hutang yang baik ialah hutang yang membawa keuntungan kepada diri si peminjam. Jadi hutang jahat adalah hutang yang membawa kerugian dan juga beban kepada diri si peminjam.

Antara hutang yang boleh jadi hutang jahat:

1) Hutang yang bersifat liabiliti dan mempunyai susut nilai. Contohnya adalah kereta di mana walaupun ia merupakan satu keperluan bagi keramaian orang, tetapi ia tetap perlu dibayar setiap bulan dan nilainya akan turun mengikut usia kereta itu.

2) Hutang-hutang yang dibuat untuk perabot dan peralatan electronic yang biasanya tinggi khususnya di Courts dan Harvey Norman (maka tidak hairan ada tawaran beli 1 percuma 3 kalau beli gunakan khidmat easy kredit mereka). Patut beli perabot ataupun barang elektronik secara cash atau ambil 0% installment dari kad kredit.

3) Hutang dari kad yang tidak dibayar pada masa yang tepat. Jika anda cuma buat bayaran minimum pada kesemuaan perbelanjaan kad kredit anda tu, hutang tu akan berganda-ganda kerana interestnya adalah tinggi pada 1.5% sebulan.

4) Hutang pinjaman peribadi untuk membeli sesuatu yang sebenarnya tidak mampu dan boleh dielakkan. Contohnya berhutang untuk renovate rumah dengan cantik-cantik, padahal tak mampu untuk bayar perbelanjaan renovation tu.

Awas! Hutang Yang Baik Pun Boleh Jadi Hutang Jahat!

Macam mana tu?

Hutang baik tidak dibayar, pasti akan jadi jahat dan membebankan. Contohnya kalau kita tidak dapat bayar balik pinjaman rumah kita, maka kita akan mempunyai peluang untuk kena blacklist dan diisyhtihar bankrap atau muflis.

Samalah juga dengan hutang untuk membuat perniagaan. Jika seseorang membuat pinjaman untuk memulakan satu perniagaan, tetapi lepas dapat pinjaman dia tidak menguruskan perniagaannya dengan bersungguh-sungguh, lepas tidak lama saja sudahnya banyak hutang dalam perniagaannya dan hutang tu akan menjadi satu beban yang besar baginya.

Jadi, kalau boleh, kita cuma perlu fikir untuk mengendali dengan hutang yang baik dan kurangkan atau langsung mengelakkan hutang jahat. Kalau kita tiada hutang langsung dan masih ada banyak duit untuk membuat pelaburan, maka ini merupakan keadaan yang paling baik sebab ini menunjukkan anda sudah faham tentang wang dan tahui macam mengendalikannya dengan baik dan berkesan.

Berhutang Untuk Langsaikan Hutang – Boleh ke Tak?

Boleh tak untuk seseorang buat lagi satu hutang untu settlekan hutang yang sedia ada? Jawapanya adalah ia bergantung kepada apakah jenis hutang yang nak diselesaikan. Ini pada pendapat dan hemat saya ialah:

Boleh, jika:

  • Hutang baru itu cuma ada kadar faedah yang rendah. Contohnya overdraft ASB, atau pinjaman peribadi dengan kadar faedah rendah.
  • Hutang dilangsaikan itu tinggi dengan kadar faedah. Sebagai contoh pembiayaan peribadi atau kad kredit yang ada interest tinggi.
  • Margin lebih 2% antara hutang baru dan lama.
  • Dibuat semata-mata nak langsaikan hutang. Jumlahnya sama, kalau nak settlekan hutang RM5k, pinjam loan baru RM5k juga.
  • Tempoh yang pendek tapi praktikal. Janganlah pendek sangat sampai bulan-bulan pun tak mampu bayar.

Tidak, jika:

  • Hutang baru tu mempunyai interest yang agak tinggi.
  • Hutang yang nak diselesaikan tu interestnya lebih kurang atau lebih rendah. Contohnya hutang kereta. Tak perlu terburu-buru nak berhutang untuk selesaikan hutang kereta pasal interest kereta adalah rendah.
  • Margin Bawah 2%. Buang masa dan tenaga sebab kena ada insurans untuk pinjaman. Jadi lebih kurang saja ansuran bulan-bulan.
  • Pinjam Lebih. Ini saya tak galakkan sebab balance tu mungkin tersalah guna untuk benda yang tidak berfaedah.
  • Tempoh lebih panjang. Tak bagus juga sebab period tu kena sama saja dengan installment bulan-bulan yang mampu dibayar.

Hutang yang sengaja ditangguhkan supaya mendapat nilai opportunity yang lebih baik seperti mampu membayar hutang kad kredit tetapi digunakan kaedah Kredit Balance Transfer CC yang lain pada kadar promosi 0% untuk 12 bulan. Hutang seperti ini sepatutnya dibayar dan boleh dilaburkan ke ASB yang memberi pulangan lebih baik.

Baca juga: ‘Balance Transfer’ Kad Kredit Untuk Langsaikan Hutang

Leave a Comment

error: Content is protected !!