Web Analytics

Hukum Faraid Jika Ayah Atau Ibu Meninggal

Apa itu hukum faraid?

Saya baru faham bila dengan contoh kehidupan sebenar bila ibu saya dapat sebahagian dari harga pusaka peninggalan arwah tokwan.

Hukum faraid adalah hukum pembahagian harta pusaka mengikut cara islam kepada waris si arwah. Untuk contoh yang diceritakan di bawah, angka harta dan jumlah adik beradik telah diubah bagi memudahkan pengiraan.

hukum faraid

Sebidang tanah pusaka telah berjaya dijual dan duit dapat bersih (setelah tolak kos semua urusan melibatkan penjualan tanah).

Katakan lepas jual dan tolak semua kos, duit yang didapati adalah RM 100,000.

Dan keluarga ini ada 4 orang adik beradik dengan 1 lelaki dan 3 perempuan. Untuk pembahagian mengikut hukum faraid, seorang lelaki akan dapat 2 bahagian daripada harta itu dan perempuan berhak untuk dapat 1 bahagian daripadanya.

Jadi untuk keluarga ini, jumlah bahagian adalah = 2 (seorang lelaki) + 3 (3 x 1 bahagian untuk wanita)
= 5 bahagian.

Jadi wang untuk satu bahagian adalah : RM 100,000 / 5 = RM 20,000

Jadi, seorang anak lelaki akan dapat = 2 bahagian = 2 x 20,000 = RM 40,000
Dan setiap seorang anak perempuan = 1 bahagian = RM 20,000

Dengan contoh yang diberikan itu, rasa senang saja untuk faham, kan?

Jika semua beradik di satu keluarga semua adalah perempuan, maka senang untuk kira sebab semua akan dapat sama rata.

Jika ayah yang meninggal dunia tetapi ibu masih ada dan dia tiada anak, ibu itu akan dapat 1/4 daripada jumlah harta peninggalan. Sekiranya ibu itu mempunyai anak, dia akan dapat 1/8 daripada peninggalan harta itu.

Bolehkah Bahagikan Harta Pusaka Sama Rata??

Mesti ada orang yang akan bertanya boleh atau tidak jika mereka ingin bahagikan harta pusaka secara sama rata. Sebelum menjawab soalan ini, mari kita rujuk balik ke contoh yang dijelaskan di atas ini.

Harta ada RM 100,000 dan dibahagikan kepada 4 beradik (1 lelaki, 3 perempuan).

Maka jika bahagikan harta ini dengan sama rata: RM 100,000/4 = RM 25,000.

Dengan bahagi seperti ini, setiap seorang anak akan dapat RM 25,000.

Persoalannya sekerang adalah boleh tak untuk satu keluarga membuat demikian? Jawapannya adlah boleh tetapi ada syaratnya.

Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

1. Pembahagian harta mengikut hukum faraid patut dijalankan terlebih dahulu. Macam contoh lepas anak lelaki dapat RM 40,000, dan perempuan dapat RM 20,000 seorang perlu dibahagikan dengan cara ini dulu.

2. Lepas tu, dengan persetujuan dari anak lelaki di keluarga tersebut, setelah mendapat haknya sebanyak RM 40,000, maka dia boleh memberikan anak perempuan RM 5,000 setiap seorang dengan niat SEDEKAH. Lepas pemberian dibuat, maka sekarang sudah jadi setiap seorang beradik itu dapat RM 25,000.

3. Jika tiada persetujuan dari pihak anak lelaki tersebut, maka anak lelaki tersebut tidak perlu berbuat apa-apa dan dia boleh terima hak yang dia sepatutnya dia dapat sebanyak RM 40,000 tu.

Biasanya anak lelaki akan ikut dengan hukum itu. Secara logiknya pun asal boleh dapat RM 40,000. Tetiba jadi RM 25,000, siapa yang nak betul tak? Lagipun lelaki yang biasanya mempunyai tanggungjawab untuk kewangannya yang lebih besar berbanding dengan perempuan.

Konflik Tentang Pembahagian Hartah

Bila melibatkan harta, wang dan hak, kesepakatan kadang kala susah untuk dicapai walaupun sesama adik beradik.

Ikut kes saudara bapa saya, semua harta dia dibahagikan sama rata kepada anak lelaki dan perempuan menurut wasiat dia sebelum meninggal. Tetapi sekiranya si anak lelaki rasa tidak puas hati, dia boleh diajukan ke pihak-pihak tertentu seperti amanahraya untuk menuntut hak menurut faraid.

Tapi fikir balik, buat apa nak berjuang untuk harta yg bukan hasil titik peluh kita tetapi harta tu mak bapa kita punya. Kita boleh dapat sebahagian sikit pun sudah bersyukur. Yang penting biar sedikit asal berkat.

Anak perempuan atau siapa-siapa pun boleh dapat bahagian harta lebih. Tetapi menerusi konsep hibah(hadiah) dengan syarat tertentu seperti tukarkan hak milik harta tersebut atau ada saksi.

Jadi, harta ni sama sekali tidak boleh didefinasikan sebagai harta pusaka dan tidak boleh difaraidkan. Kadang-kadang ibubapa dah tua dan perlukan penjagaan, anak perempuan tunggang terbalik yang jaga mereka. Tetapi pada akhirnya anak lelaki yang senang lenang dapat dengan lebih.

Pada Pendapat Saya

Saya bukan mahu mempertikaikan hukum Islam tapi bagi saya hukum faraid tidak relevan digunakan untuk individu yang tamak. Di mana keadilan jika harta 2/4 digunakan untuk membeli kereta baru dan kegunaan sendiri bila mana anak perempuan yang menerima hanya 1/4 sudahlah menggunakan untuk keperluan keluarga dan menjaga si ibu yang masih hidup.

Anak lelaki langsung tidak mempedulikan keperluan si ibu setelah kematian ayah. Mereka sibuk menghabiskan harta pusaka. Sudahlah semasa sakit, ayah langsung tidak dipedulikan. Anak perempuan inilah yang berhempas pulas menjaga siang dan malam di hospital.

Namun anak perempuan hanya layak menerima 1/4 daripada harta itu. Hukum Islam digunakan ketika menuntut harta tetapi sifat tanggungjawab dilepaskan ketika nazak.

Penganiayaan secara tidak langsung kepada kaum wanita secara tidak langsung. Saya cuba memahami hukum faraid secara lebih mendalam. Tapi maaf saya tidak nampak di mana relevan ia digunakan dalam pengagihan harta keluarga Islam.

Masalah Dari Manusia Dan Bukan Hukum

Ada orang yang cakap ini bukan masalah pembahagian harta tetapi ia merupakan masalah peribadi anak lelaki tu yang tiada tanggungjawab terhadap ibu bapa. Ini adalah dosa besar untuk anak lelaki itu mengabaikan ibu bapa. Sebab tanggungjawab dia pada ibu bapa tidak terlepas walaupun sudah berumah tangga.

Apa yang difaham oleh saya ialah harta yang dibahagikan itu terlebih dahulu perlu ditolak dengan kos menjaga arwah, baru bakinya dibahagikan.

Jadi, agama islam meletakkan tanggungjawab menjaga parent lebih kepada pihak lelaki jadi kalau pihak lelaki mengabaikan maka dialah yg berdosa.

Berpegang pada Al-Quran dan Sunnah

Percayalah, sebaik-baik kaedah adalah kaedah yang diajar dalam Quran dan berdasarkan amalan Rasulullah S.A.W. Mengapa dipertikaikan keadilan kalau yang demikian telahpun termaktub di dalam Al-Quran?

Untuk maklumat yang lebih selanjut, boleh anda rujuk ke fariad.usm.my

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!