Banyak soalan-soalan yang saya terima kebelakangan ini adalah lebih kepada sesuatu yang berkait dengan recession.
Terdapat ramai orang yang tanya boleh tak mereka beli rumah dalam tempoh sekarang ini? Jika boleh, adakan mereka akan dapat untung lepas beli dan nak jual keluar rumah itu nanti? Atau bolehkah mereka sewa rumah kepada tenant pada waktu recession nanti? Bolehkah harga rumah naik pada waktu recession? Sampai kan kekadang terlalu complicated benda itu, sedang kan tidak lah complicated mana pun.
Recession Yang Berlaku Pada 1998 dan 2008
Bila agaknya recession berlaku, memang ekonomi pada keseluruhannya akan berada dalam keadaan down turn. Apa pun persoalannya, manalah boleh saya tahu recession ini nak berlaku tahun bila? Kalau kita tengok pada sejarah, recession yang berlaku pada tahun 1997-1998 memang banyak affected ekonomi di Malaysia.
Terdapat impak yang sangat besar juga sampai BLR pada waktu itu naik lebih dari 10%. Ini mengakibatkan ramai orang yang tidak mampu untuk bayar loan rumah dan menyebabkan banyak perumahan yang terlelong pada masa itu.
Kalau dilihat dengan recession yang berlaku pada tahun 2008, keadaannya adalah lebih baik berbanding dengan 1998 di mana ia tidak impak sangat. Cuma ada sebahagian hartanah saja yang terjejas.
Dan pada waktu itu bank negara tidak menaikkan BLR, malah turun lagi BLR serendah 5.5%. Dengan ini, ia tidak menjejaskan pasaran hartanah dengan terlalu lebih.
Untuk recession yang seterusnya, ramai yang jangka akan berlaku pada 2017 tetapi tidak jadi juga. Walaupun ekonomi pada kebelakangan beberapa tahun pun bukan baik sangat, tapi pun tidak seteruk dengan tahun 1998 atau 2008.
Apa yang kita dapat lihat sekarang ini ialah nilai duit dan mata wang kita jadi semakin kecil. Nilainya semakin menyusut berbanding dengan mata wang negara-negara yang lain. Untuk Singapore dollar kalau kita tukar sudah lebih dari 3.0 sekarang. Untuk USD pula lagi teruk, ia naik semakin tinggi sampai sudah lebih dari 4.0 sekarang ini.
Yang sudah terkena bahangnya sikit ialah pada mereka yang pegang hartanah yang high end. Nak lepaskan memang susah nak dapat pembeli. Hartanah yang mempunyai nilai pasaran yang lebih daripada RM 1 million ramai yang berhati-hati dalam buat keputusan untuk membeli hartanah yang mempunyai nilai sebegitu tinggi.
Tapi property yang bawah RM 400,000 ini masih rancak lagi jual beli nya. Jika anda ingin tahu keadaan pasaran, boleh anda cuba untuk tanya agen-agen hartanah sama ada terdapat transaksi yang jaya diuruskan bagi range harga-harga hartanah sebegitu.
Adakah Anda Sudah Sediakan Duit Yang Cukup?
Persoalan yang lebih saya tekankan ialah apa persediaan kita? Jika BLR naik, apa persiapan kita jika selama 2 tahun nanti harga hartanah tidak naik? Adakah kita akan terjejas? Ada juga yang sedang mengumpulkan wang tunai yang besar untuk shopping pada waktu recession nanti.
Berbalik pada rumah yang bagaimana yang kita hendak beli. Kalau sekadar RM 100,000 punya rumah atau pun bawah RM 350,000 punya rumah, kita tidak perlulah tunggu sampai recession.
Yang tunggu recession tu adalah untuk beli property high end seperti property soho atau studio type yang akan jatuh harga per sqt nya nanti.
Berbanding dengan medium cost atau low cost apartment, property sebegitu adalah untuk keperluan. Sebelum kita teruskan, perlu anda faham apa itu keperluan. Ia tak kira apa keadaan ekonomi sekali pun, terdapat ramai orang yang perlukan property jenis itu sebab ia adalah untuk kita tinggal dan bukan untuk labur.
Mana kala property jenis studio atau high end property adalah lebih pada kemewahan. Mewah atau pun lambang kemewahan adalah lebih pada life style.
Pada waktu recession ramai yang akan ambil option yang mana penyewa dari sewa sebuah studio di Ampang dan duduk seorang mungkin akan berpindah mencari kondominium atau pun apartment yang ada 3 bilik tidur di mana mereka boleh kongsi dengan rakan yang lain dan boleh jimat dari segi sewaan.
Bagi yang tengah riki-riki projek under construction yang akan siap pada masa yang akan datang, boleh tengok balik holding power kita. Monthly budget macam mana. Kalau kena top up bayar bulanan, boleh survive atau tidak?
Jangan Ikut Nafsu, Buat Anggaran Sendiri
Jangan ikut nafsu membeli dan jangan ikut kawan. Financial kita berbeza-beza. Apa yang terbaik untuk mereka mungkin tidak kena dengan financial kita. Pendek kata perlu ukur baju badan sendiri dulu lah.
Oleh itu, tepuk dada dan tengok budget. Kalau budget kita nak membeli sebuah apartment adalah RM 300,000, pada saya sendiri ialah saya tidak perlu nak tunggu recession atau tidak.
Boleh cuba kita lihat background kita. Sudah berapa umur kita, adakah waktu recession sebelum ini kita ada mengambil peluang, atau pun waktu itu kita sibuk dengan benda lain.
Kalau tiada apa action pun yang kita lakukan, baiklah bertindak sekarang. Masa tidak akan menunggu kita. Kita sibuk menunggu benda yang tidak pasti dan mengharapkan harga rumah akan jatuh dengan lebih lagi. Sedangkan mereka yang sudah ada rumah sudah bertahun-tahun menikmati hasil sewaan rumah mereka.