Saya kadang-kadang ambil berat juga kalau ada orang cakap saya kedekut. Tetapi apa yang saya ingin bagi tahu semua orang adalah saya seorang yang selalu amalkan untuk membuat perbelanjaan dengan bijak.
Saya mungkin tidak akan belanja dengan bijak kalau duit itu adalah duit orang lain yang saya tidak kisah sangat. Bagaimanapun, semua ini sebenarnya ada mengenai perspektif atas duit. Dan perspektif saya mungkin berbeza daripada yang lain.
Garisan antara perbelanjaan bijak dan kedekut adalah sesuatu yang sendiri boleh tentukan dan bukan orang lain. Pada saya, tidak perlulah sampai menyusahkan orang lain dan taklah terlalu nampak terlalu kedekut.
Perbezaan Antara Berjimat Dan Kedekut
Kita tahu bahawa biasanya kita menggunakan perkataan berjimat dengan cara yang lebih positif daripada istilah “kedekut”.
Belanja berhemah atau Berjimat cermat bermaksud “mengurus atau menggunakan wang dengan cara yang berhati-hati atau bijaksana”. Sebaliknya, kedekut didefinisikan sebagai “tidak suka atau tidak ingin memberi atau membelanjakan wang”.
Dengan kata lain, berjimat cermat adalah tentang bagaimana seseorang memperuntukkan dan membelanjakan wang mereka. Sementara kedekut adalah seseorang yang tidak mahu berbelanja dan mementingkan diri sendiri dengan wang mereka sahaja.
Oleh itu, semasa anda memerhatikan perbelanjaan anda dan berusaha sedaya upaya untuk menjimatkan wang, bagaimana anda memastikan bahawa anda tidak terjebak dalam perangkap dan menjadi seorang kedekut?
Cara yang baik adalah dengan melihat dengan lebih tentang kebaikan untuk menjadi murah hati, yang berlawanan dengan kedekut.
Jadi, di sini saya ingin kongsikan senarai saya tentang perbezaan antara bija berbelanja berbanding kedekut.
Bijak Berbelanja
- Guna sabun buku saja berbanding dengan shower cream.
- Pakai fitti basic berbanding dengan jenama Drypers.
- Bercuti di tempat pelancongan di Malaysia berbanding dengan bercuti di luar negara.
- Masak sendiri dan bawa bekal pergi ke pejabat.
- Pergi kerja dengan tunggang motor dan bukan kereta.
- Elakkan untuk guna jalan yang perlu bayar tol walaupun jalan akan lebih jauh dan mungkin sesak.
- Tidak beli baju baru sebab pakaian yang ada sekarang ni masih elok dan cukup dipakai.
Kedekut
- Tidak keluar makan tengah hari dekat office sebaliknya habiskan biskut-biskut dan roti atau makanan yang sepatutnya dikongsikan kepada semu orang dekat pantry di offfice.
- Bagi RM1 saja sebagai kutipan beli hadiah untuk kawan pejabat yang baru kahwin.
- Beli bahan mentah yang sudah tak berapa elok sebab murah.
- Tidak servis atau maintain kereta walaupun memang kereta tu dah lebih tempoh dan patut diperbaiki.
- Bagi ibu bapa sikit duit saja setiap bulan padahal mampu untuk beri lebih.
- Jarang balik kampung sebab nak berjimat duit minyak dan tol.
- Tidak merayakan tarikh-tarikh penting seperti anniversary perkahwinan, hari jadi, dan sebagainya.
- Tidak bayar zakat.
Bijak berbelanja di syarikat saya ialah bila sampai pejabat waktu pagi dan ingin minum milo, boleh kami buatkan sendiri di pantri di mana milo adalah disediakan oleh syarikat.
Tetapi terdapat rakan-rakan kerja yang mempunyai sikap kedekut tahap tinggi yang akan bungkus milo, susu, dan gula di pantri dan bawa balik. Saya tahulah gula dah naik harga tapi janganlah bungkus harta awam. Ini bukan cuma tunjukkan sikap kedekut, tetapi juga sikap yang pentingkan diri saja.
Anda Mungkin Terlepas Sesuatu
Sekiranya anda akan hidup bijak berlanja, anda akan kehilangan beberapa acara sosial. Sekiranya rakan anda keluar makan setiap malam, anda tidak akan dapat menyertainya dan bubungan anda dengan rakan anda mungkin akan terjejas.
Orang yang sering anda bergaul bersama sering mempengaruhi tabiat perbelanjaan anda tanpa anda menyedarinya. Anda mungkin dijemput untuk makan mewah dan akhirnya menghabiskan wang yang anda tidak inginkan. Ini selalu berlaku pada semua orang.
Hanya kerana anda hidup dengan mengamalkan perbelanjaan bijak tidak bermaksud anda harus putus hubungan dengan rakan anda dari hidup anda. Anda hanya harus mencari aktiviti baru yang tidak melibatkan perbelanjaan wang dengan mereka.
Ikut Hidup Yang Diamalkan oleh Warren Buffett
Saya ingin mengatakan Warren Buffett merupakan seorang yang sangat berjimat dalam kehidupan beliau. Dia mengamalkan kehidupan yang sederhana dan terancang. Untuk mengutip falsafahnya “Success is really doing what you love and doing it well”. Semudah itu.
Kita perlu benar-benar melakukan apa yang kita suka lakukan setiap hari. Taraf hidup kita tidak semestinya sama dengan kos hidup kita.
Warren Buffett masih tinggal di rumah yang sama yang beliau beli pada tahun 1958 walaupun beliau sudah seorang Billionaire. Beliau cuma ambil gaji yang sama selama beberapa dekad sampai sekarang. Dan beliau selalu cuma beli pakaian bila ada sales di tempat beliau tinggal.
Walaupun ada banyak hujah mengenai gaya hidup beliau, ada yang cakap beliau tidak tahu hidup mewah, tetapi sekiranya kita mengetahui dengan lebih lanjut tentang kehidupan beliau yang selalu belanja dengan bijak, maka kita akan lebih pentingkan hidup yang bermakna setiap hari daripada hidup mewah tanpa arah.
Walaubagaimanapun, keapda kawan-kawan sekalian yang saya hormati, duit yang kita perolehi dari usaha kita semuanya memang duit kita, jadi kita sendiri yang dapat kawal macam mana untuk belanja wang kita sendiri! Tambah kalau ada contoh mereka yang kedekut, memang tak boleh blah!!
Selaku seorang ahli keluarga, kita yang tentukan kita punya bugdet. Apa yang paling penting ialah kita sedar apa yang kita buat dan apa tujuannya.
Baca juga: