Sabtu yang lepas baru saja selesai Mega Auction CIMB, lepas tu sempat juga bagi saya sertai turun ke tempat lelongan tu. Disebabkan ada kawan yang masuk untuk buat bidding, maka saya pun pergi ke sana untuk berikan semangat dan sokongan kepadanya.
Ditambah pula aku pun minat untuk tahu harga yang dia dapat jika dia berjaya untuk memperolehi rumah lelong itu.
Berbalik pada cerita tentang mega auction yang berlaku pada hari sabtu lepas. Hari itu terdapat memang banyak rumah-rumah yang terjual. Ada bidding yang mempunyai saingan sengit, ada yang dapat rezab price, ada yang dibeli dengan emosi, dan ada juga pembeli yang over bid dengan harga yang lebih dari harga pasaran.
Ini antara unit yang mempunyai ramai pembida. Yang mana rumah flat 2 bilik saja di Bandar Baru Bangi yang memupunyai harga bida yang bermula dari RM55k. Dalam masa beberapa minit saja rumah itu telah di bid sehingga naik kepada RM100k +++. Rasa macam adalah gila sikit semua pembida yang ada dalam tempat lelongan ini.
Apa yang perlu diingat oleh para pembeli yang berpotensi ialah apabila kita beli rumah lelong melebihi dari harga market, pinjaman rumah yang boleh kita dapat kelulusan daripada bank adalah cuma berdasarkan pada nilai pasaran saja untuk rumah yang dilelong itu.
Kadang-kadang orang yang menyertai untuk membida dalam rumah lelong itu, bila satu rumah sudah ada ramai orang menyertai untuk bidding, harganya biasa akan cepat naik sampai pecah siling.
Tapi bagi mereka yang berjaya beli, ada di antara yang bid cuma untuk ego saja, dan ada yang terlalu emosi nak menang. Memang ada bermacam-macam perangai lagi yang boleh kita lihat di dalam satu tempatan rumah lelong.
Jadi, sekiranya anda ingin menyertai dalam satu acara rumah lelong, adalah penting untuk anda kawal emosi anda bila berada dalam bilik lelongan. Ia memang tiada guna untuk anda menang beli satu rumah lelong jika harga yang anda bida adalah melebihi harga pasaran.
Jika macam ni, adalah lebih baik bagi anda terus saja pergi beli rumah di pasaran. Anda boleh pilih dengan berunding harga lagi. Tidak perlu anda susah payah untuk beli di satu tempat yang mengadakan rumah lelong.
Biasanya waktu-waktu begini, ramai yang saya akan jumpa kenalan lama-lama dalam bidang hartanah. Agent-agent rumah lelong dan juga pelabur yang lain, borak-borak itu sudah semestinya. Apa yang penting kita mesti menikmati dengan apa yang kita buat. Dan kita tidak boleh menyesal dengan keputusan yang kita buat.
Selesai dengan sesi lelongan tu, sempat juga bagi saya kongsikan sikit maklumat berkenaan dengan process bidding ini.
Memang terdapat ramai orang yang bukan faham sangat tentang rumah lelong. Kebanyakan daripada mereka ingat rumah lelong mestinya dijual dengan harga yang sangat murah dan ia memang berbaloi untuk beli walau bagaimana pun keadaan rumah itu.
Kebanyakan daripada mereka juga tidak faham tentang apa risiko yang mungkin mereka menghadapi dengan membeli rumah lelong. Sebenarnya memang banyak yang perlu diambil tahu dengan terlebih dulu sebelum anda masuk ke dalam bidang ini untuk membeli rumah lelong.
Tidak kurang juga orang yang ada masalah-masalah lain seperti macam mana nak tangani jika berjaya membeli rumah lelong, macam mana nak handle jika berlaku satu-satu masalah lain selepas menang rumah lelong ini, dan banyak lagi masalah-masalah yang mungkin timbul.
Sikit maklumat yang perlu anda tahu di mana selepas anda register untuk bidding pada sesebuah rumah lelong, anda akan terima satu kad bidding yang mengesahkan anda mempunyai hak untuk membida atas rumah itu.
Sebelum anda layak untuk membuat bidding atas mana-mana rumah yang dilelongkan, anda perlu menyediakan satu bank draft supaya anda boleh register pada unit mana yang anda hendak masuk bid.
Apa pun jika anda baru mula untuk belajar membuat bidding dan anda sudah cuba untuk pertama kali buat bidding atas rumah lelong tetapi kalah, Usah putus asa sebab anda boleh buatkan ia sebagai satu pengalaman dan anda boleh belajar banyak dalam bidding pertama anda.
Lepas balik, boleh anda ingat balik apa yang berlaku di tempat lelong itu, tuliskan point-point di mana anda ingat boleh membantu anda untuk meningkatkan peluang anda untuk beli rumah lelong itu dan boleh anda cuba lagi di lain masa.
Jangan anda ingat masa yang anda masuk ke dalam satu tempat lelongan adalah satu-satunya peluang yang anda ada. Memang anda mempunyai banyak lagi pilihan yang ada.
Apa pun rumah lelong memang best sebab rumah boleh dibeli dengan murah kalau kena pada caranya. Yang penting adalah jaga EMOSI anda. Jangan over bid dengan harga yang mahal dan anda akan menyesal lepas lelongan.
Baca juga: