Web Analytics

Elak Kehabisan Duit Anda Pada Musim Perayaan

Bila sampainya hari perayaan seperti hari raya, ia memang merupakan satu perayaan yang dinanti-nantikan oleh semua kaum melayu. Suasana perayaan di kampung halaman bersama keluarga tercinta pasti meninggalkan pengalaman yang menyeronokkan.

Namun, kadangkala sambutan hari raya boleh meninggalkan kesan negatif kepada kewangan kita jika berlaku kebocoran dalam berbelanja.

kewangan hari raya

Ada yang berbelanja sehingga habis wang di dalam bank. Akibatnya, terpaksalah menunggu gaji masuk sehingga hujung bulan. Ada juga yang berhutang melalui agensi pinjaman wang tidak berlesen sehingga hidup sengsara akibat diganggu oleh “Ah Long”. Jika nak buat pinjaman, lebih untuk pergi dapat pinjaman dari syarikat pinjaman wang berlesen yang lebih ada jaminan.

Walaubagaimanapun, masalah ini boleh dielakkan dengan mengurus kewangan dengan cara yang betul. Berikut adalah beberapa petua mengelak kebocoran wang “sebelum, semasa dan selepas” raya.

SEBELUM

1. Kenal pasti sumber wang utk perbelanjaan

Kenal pasti sumber kewangan yang boleh dibelanjakan utk persiapan raya seperti gaji, wang simpanan atau pendapatan sampingan. Pastikan anda berbelanja kurang daripada pendapatan atau simpanan yang anda miliki. Tentukan berapa belanjawan atau bajet yang anda mampu untuk perbelanjaan raya.

2. Mulakan dengan merancang Perbelanjaan Raya

Perbelanjaan bulanan boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu perbelanjaan tetap dan perbelanjaan berubah. Jumlah perbelanjaan tetap adalah sama setiap bulan bulan seperti sewa rumah, ansuran bulanan kereta dan sebagainya.

Manakala perbelanjaan berubah lazimnya adalah perbelanjaan keperluan hidup seperti makanan, pakaian, bil uiliti dan lain-lain. Perbelajaan berubah ini yang perlu dirancang dengan cermat dalam menyambut hari raya.

Mulakan dangan menyenaraikan perbelanjaan raya yang diperlukan oleh keluarga anda. Contohnya seperti berikut:

Senarai Perbelanjaan

Senarai Perbelanjaan

RM

1

Baju Raya utk sekeluarga

400.00

2

Kuih Raya

200.00

3

Duit Raya (RM1 x 200)

200.00

4

Menghias Rumah (perabot, langsir dll)

400.00

5

Balik Kampung (petrol, tol dll)

500.00

6

Rumah Terbuka Raya

600.00

7

Kontigensi

200.00

Jumlah

2500.00

3. Bezakan antara keperluan dan kehendak

Keperluan adalah sesuatu yang perlu dimiliki untuk hidup manakala kehendak adalah sesuatu yang anda ingin miliki. Semak senarai perbelanjaan anda dan tentukan yang mana “perlu” dan yang mana “mahu”.

Mungkin anda boleh memilih baju raya dengan jenama yang lebih murah tanpa menjejaskan kualiti. Mungkin langsir di rumah tidak perlu ditukar dan cukuplah dengan mencucinya sahaja. Kuih raya mungkin tidak lah perlu sampai berpuluh jenis, tetapi 3 jenis kuih raya sudah memadai. Tepuk dada, tengok bajet.

SEMASA

1. Berbelanja mengikut bajet

  • Beli barangan mengikut senarai dan bajet yang disediakan lebih awal
  • Bawa wang yang secukupnya untuk membayar harga barangan mengikut bajet
  • Buat perbandingan harga dan berbelanja ketika jualan murah atau diskaun
  • Semak resit pembayaran untuk elakkan terlebih bayar dan simpan resit untuk pulangkan barangan yang rosak atau mendapatkan ganti rugi
  • Elakkan berhutang ketika berbelanja

2. Jejak ke mana perginya wang anda

Untuk mengelakkan sebarang kebocoran wang, anda perlu mengetahui ke mana anda membelanjakan wang anda. Simpan semua resit pembelian dan dalam masa yang sama anda catat semua perbelanjaan anda keluarkan setiap hari di dalam diari atau buku nota kecil (buku hutang 555). Catatkan perkara yang anda beli dan harganya.

3. Pantau Perkembangan Kewangan anda

Pantau perkembangan kewangan anda secara berkala untuk memastikan anda sentiasa berada di landasan yang betul. Anda masih boleh mengubahsuai perancangan anda mengikut kesesuaian (jika perlu).

SELEPAS

1. Semak status kewangan semasa selepas raya

Beberapa persoalan yang perlu anda jawab:

  • Berapa banyak wang yang masih tinggal pada akhir bulan?
  • Berapa banyak hutang yang masih belum dibayar?

Sekiranya masih terdapat lebihan wang setelah menolak semua perbelanjaan raya anda maka anda berada di landasan yang betul ke arah mencapai matlamat kewangan anda.

Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang lebihan dan ditambah pula dengan hutang, anda perlu melihat semula tabiat anda berbelanja dan kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.

Antara petanda anda berjaya mengurus kewangan dengan bijak ialah:

  • Mengetahui sumber anda dan ke mana perginya wang anda
  • Mengenal pasti tabiat anda berbelanja
  • Berbelanja dengan berhemah dan mengikut kemampuan anda

2. Gagal atau berjaya?

Bulan ramadhan seharusnya menjadi medan melatih menahan hawa nafsu kita. Cara kita berbelanja untuk persiapan hari raya biasanya dipengaruhi oleh keupayaan kita mengekang nafsu di bulan ramadhan.

Jika anda berjaya menawal nafsu berbelanja anda, tahniah saya ucapkan. Jika anda gagal, sudah tentu anda perlu bertaubat. Tanamkan keazaman untuk berubah menjadi lebih baik pada raya tahun hadapan. Apa yang penting adalah jangan berputus asa and jadikan merancang kewangan sebagai suatu tabiat yang sebati di dalam keluarga anda.

Baca juga: Idea cari duit di bulan puasa

Leave a Comment

error: Content is protected !!