Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) ditubuhkan pada tahun 1954 dan pada masa ini, ia merupakan bank koperasi Islam yang terbesar di Malaysia.
Bank Rakyat diketahui memberikan dividen yang sangat menarik kepada ahli-ahli yang memegang sahamnya. Selama 10 tahun kebelakangan ini, Bank Rakyat telah berjaya untuk membayar dividen minimum 15% setiap tahun.
Dengan itu, ia sudah menarik lebih lagi ramai orang untuk beli saham Bank Rakyat itu. Tetapi nasibnya, saham itu sudah habis dijual lama dulu dan saham baru tidak ditawarkan kepada orang awam buat beberapa tahun ini.
Bandingan Keuntungan yang diperolehi oleh Bank Rakyat dengan Pelaburan Lain.
- Pelaburan saham Bank Rakyat: Sekitar 14%
- Amanah Saham Bumiputere(ASB): 5% – 8%
- Tabung Haji: Sekitar 6%
- SSPN-i Plus: Sekitar 4%
- KWSP: Sekitar 4%
Jadual di bawah menunjukkan kadar dividen sejak tahun 2010.
Macam Mana Beli?
Saham Bank Rakyat tidak sama dengan ASB di mana ia sentiasa ada unit yang boleh anda beli dan anda boleh beli bila-bila masa saja. Saham Bank Rakyat adalah terhad dengan langganannya.
1. Tunggu Penawaran Baru dari Bank
Jadi jika anda berminat untuk beli, perlu anda tunggu sampai pengumuman dari Bank Rakyat bahawa saham baru sudah ditawar kepada awam untuk beli.
2. Cari Pemegang Saham Untuk Beli daripada Mereka
Jika anda memang tergesa-gesa untuk beli, boleh anda cuba untuk pergi cari pemegang saham yang ingin jual saham mereka.
Macam Mana Cari Penjual Saham?
Boleh anda buat pertanyaan di media sosial seperti Facebook untuk mengetahui sama ada terdapat orang yang sedang cari untuk jual saham mereka.
Di sini ada satu Facebook Group tentang jual beli Saham Bank Rakyat yang boleh anda buat pertanyaan dan hubungi mereka yang berniat untuk jual saham mereka.
Syarat-Syarat Yang Perlu Dipenuhi
Syarat-syarat yang ditentukan oleh Bank Rakyat supaya layak untuk beli saham bank mereka bukan tegas sangat, Tetapi perlu anda tahu bahawa untuk membolehkan anda menyertai pelaburan, syarat-syarat yang ditetapkan adalah terbahagi kepada dua bahagian: Satu untuk individu dan satu adalah untuk syarikat-syarikat koperasi.
Kelayakan Individu
- Pemohon mesti berumur 18 tahun ke atas.
- Cuma warganegara Malaysia yang beragama Islam yang layak untuk mohon.
- Pemohon tidak muflis.
- Pemohon tidak ada sebarang tindakan mahkamah.
- Pemohon tidak pernah disingkir dari menjadi anggota di bawah Akta Koperasi 1993
Kelayakan Koperasi
- Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993.
Pengalaman Saya Untuk Beli Saham Bank Rakyat
Masih ingat beberapa tahun dulu bila Bank Rakyat buka untuk kali terakhir bagi semua orang beli sahamnya, semua 8 ahli keluarga saya pergi beratur untuk membeli. Kami ada sediakan duit macam RM20,000 untuk buat pelaburan atas saham ini. Tetapi malangnya pihak berkenaan memberitahu bahawa setiap orang cuma boleh beli maksimum RM500 saja.
Walaupun kami menegaskan bahawa kami nak labur RM20,000, tetapi officer mereka tidak setuju sekali. Akhirnya, kami cuma dapat beli RM500 untuk setiap orang, jumlah cuma RM4,000. Mungkin perlu ada hubungan dengan orang atasan dalam bank itu baru boleh dapat kuota yang lebih banyak kot?
Sekarang setiap tahun dividen yang saya dapat biasanya dalam RM80 sahaja. Dan dividen itu tidak boleh labur balik atas saham semula tetapi perlu mengambil keluar. Jika tidak, bank mengatakan itu adalah dividen yang tidak dituntut.
Adakah Saham Bank Rakyat Betul-Betul Beri Dividen Yang Begitu Banyak?
Bank Rakyat tidak disenaraikan di Bursa Malaysia(KLSE). Maka tidak ada harga pasaran untuk sahamnya. Dengan ini, nilai yang digunakan sebagai asas untuk mengira kadar dividen adalah dalam RM1.00. Ini adalah cara yang dipakai oleh semua syarikat sendiri berhad semasa mereka memberi dividen.
Jadi, jika RM0.20 diberikan sebagai dividen, kadar dividen adalah 0.20 / 1.00 = 20% dari nilai tara
Berbanding dengan syarikat yang ada disenaraikan di Bursa Malaysia, ketika dividen diumumkan, pelabur akan menggunakan harga pasaran sebagai asas untuk mengira hasil dividen. Sebagai contoh, sekiran Maybank menyatakan dividen RM0.50, hasil dividen adalah 0.50 / 10.00 (harga pasaran) = 5% dari harga pasaran (iaitu hasil dividen)
JIka Maybank bukan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, maka ia boleh pakai cara seperti Sdn Bhd di mana kadar dividen akan jadi 57%!
RM 0.57 diberikan sebagai dividen, kadar dividen adalah 0.57 / 1.00 = 57% dari nilai tara.
Jadi, 16% itu sebenarnya tidak bermakna jika anda bukan pemegang saham. Kerana ia berdasarkan pada nilai nominal, di mana harga saham intrinsiknya akan jauh lebih tinggi. Kepada pemegang saham asal yang sebenarnya hanya membayar RM1.00 untuk membeli bahagiannya, maka ya, pulangannya adalah 16%
Untuk melihat sama ada Bank Rakyat adalah satu pelaburan yang memberikan keuntungan yang lebih baik daripada bank lain, anda harus membandingkannya dengan menggunakan Nisbah Keuntungan. Seperti ROA, margin faedah bersih, nisbah pinjaman ke aset, dan sebagainya.
Baca juga:
Saya melabur RM500, sejak 1997, bila nak jual balik dapat dalam RM700 lebih saja. Kenapa?. Dah hampir 2 minggu tunggu duit tu. Sampai sekarang belum ada..