Beberapa hari yang dulu, kad Kredit saya telah terbabas. Masa bayar hari tu financial fee dan late payment fee belum keluar lagi. Hari ini semua fee yang ada sudah keluar.
Nasib baik ada online system yang boleh saya buat semakan. Jadi saya pun gunalah tips yang diajar dari satu blog di mana penulis untuk blog itu adalah seorang yang bekerja di call center kad kredit. Sayangnya saya sudah hilangkan link nya dan tidak dapat berkongsi dengan anda semua di sini.
Perbualan Antara Saya Dengan Cik Call Center
Ok sambung cerita tadi..
Truttt truttt…(Bunyi telefon la ni)
Call Center (CC): Hello, cik! Apa yang boleh saya bantu?
Saya: Ooh, saya nak minta pihak untuk waive kan financial fee dan late payment fee untuk kad kredit saya, boleh tak?
CC: Sila tunggu sekejap ya, cik. (Cik CC kita ni pun check lah itu ini).. Baiklah cik, saya akan waive kan kedua-dua fee tersebut.
Saya: (Dalam hati – aik senangnya?? Tak payah bagi alasan apa-apa pun?)
CC: Cik, boleh saya check, macam mana dengan yearly fee cik? Dulu masa cik register macam mana pakejnya?
Saya: (Dalam hati – hmm macam mana ek? Rasanya dulu kata waive 2 tahun saja, tapi ni sudah berapa tahun pakai dah..tak pernah bayar pun.. Mmh saya tak pastilah cik. Rasanya tak adalah. Saya tak pernah bayar pun.
CC: Kejap ye cik. Stay on the line.
Tap tap tap ntah apa dia key in ntah..
CC: Ooh cik tak payah bayar. Nanti saya tarik balik charge ni.
Wida: (Dalam hati – ooh ada pulak ke yearly fee. tadi tak ada dalam statement pun. alhamdulillah syukur. minta satu dapat dua).
Sebelum tu tengok ada government tax, tengok redemption point cukup nak cover tax. Apa lagi.. gunalah..
Best betul bila guna kredit kad ni bila kita bayar full on time. Tak pun kalau dapat guna 12 month interest free installment. Sebab cost penggunaan = hampir sifar. Lagi-lagi kalau redemption point kita banyak. Tak pasal-pasal boleh dapat hadiah pula.
Pada siapa yang guna kaedah OD dan kad kredit tu, mesti mereka boleh dapat kumpul point banyak. Bila beli tiket kapal terbang dapat point, beli minyak dapat point, beli barang dapur pun dapat point. Kalau redeem dengan voucher, dapatlah beli baju seluar dengan percuma.
Tapi ada satu keyword yang anda kena ingat, DISPLIN. Dah belanja banyak-banyak janganlah terbabas. Kalau sebulan dua terbabas mungkin syarikat kad kredit boleh waive kan segala mak nenek fee yang ada.
Tapi kalau setiap bulan pun terbabas, adakah anda masih rasa mereka nak waive bagi anda ke? Lagi satu keyword, BAYAR PENUH. Pastikan sebelum guna tu, anda sudah ada duit nak bayar hutang kad kredit tu.
Anda akan rasa pening kepala kalau tidak dapat bayar dengan penuh sebab compounding interest tu siapa nak bayarkan? Dan kalau tak faham pasal CASH ADVANCE, jangan anda suka-suka pergi ambil. Anda hanya menjerat diri anda.
Nak tahu atau tidak, di negara Jepun, syarikat kad kredit di sana susah nak hidup pasal penduduk di negara ini suka buat bayaran penuh setiap bulan. Dengan ini, mana ada bisnes dan mana boleh syarikat kad kredit jana keuntungan. Sebaliknya, di negara kita, orang-orang yang culas membayar kad kredit ni memastikan syarikat kad kredit dapat terus hidup. Mereka harus ucapkan terima kasih kepada semua rakyat di negara ini.
Pengajaran Yang Ingin Diberikan Kepada Pengguna Kad Kredit
Sebab cerita di atas sudah bagus sangat, maka kita boleh tutup entri ini dengan cerita yang bukan baik sangat sebagai satu pengajaran. Ceritanya adalah macam ni, adalah seorang pakcik ni, dia ambil kad kredit yang ada 2.5% potongan dari harga petrol ni masa minyak mahal dulu.
Dia asyik guna kad kredit ini untuk isi minyak sebab dia rasa sungguh baiknya tak payah keluarkan duit untuk bayar. Tak payah dia pergi ke kaunter yang kena jalan sana sini. Lagi pun dia boleh guna minyak diskaun.
Tapi, pada hujung bulan bila dapat statement dan tengok, alamak BANYAKNYA! Bulan pertama baca statement lagi. Bulan kedua tengok nama saja di envelope. Bulan ketiga, ENVELOPE PUN TAK NAK TENGOK!! Diskaun yang diharapkan, PENYAKIT yang dapat! Alamak!! Pakcik rasa nak ambil keluar kad kreditnya dan potong dengan gunting terus.
Jadi, pada yang ada di sini, marilah kita bersama-sama berdisiplin dalam merancang kewangan dan merancang penggunaan kad kredit. Bukan mereka dan keluarga mereka yang untung, ANDA dan KELUARGA ANDA yang untung.