Sudah tiba masanya untuk aku membongkarkan segala aktiviti aku tatkala siang mahupun malam. Semuanya aku lakukan di masa lapangku. Aku mula terlibat secara part-time sahaja, di hadapan laptop ku. Orang lain tengah belajar, sibuk mengulang kaji pelajaran. Aku pun sama. Tapi, apa yang menjadi keseronokan dan menggembirakan hati bila aku mendapat income yang pasif, dan mereka tidak.
Perkara ini bermula setelah aku berasa kehidupanku kosong setelah SPM usai sudah. Aku mencari peluang-peluang perniagaan yang aku rasa boleh ku ceburi. Aku fikir jika duduk goyang kaki sahaja, memang cuma buang masa dan tidak mendapat sebarang kebaikan.
Untuk merasakan kenikmatan hidup, aku mencari makna hidup dan aku ingin tahu apa yang aku boleh sumbangkan untuk diri sendiri. Aku memang seorang yang tidak boleh duduk diam di rumah. Kaki, tangan, otak berjalan sahaja memikirkan sesuatu yang kreatif untuk mendapatkan wang saku. Mungkin aku seorang yang mempunyai business-minded.
Bisnes Yang Aku Ceburi
Selepas mencari-cari buat beberapa minggu, akhirnya aku menceburi dalam bidang bisnes yang jarang ada orang perempuan yang buat, bidang itu adalah bidang automotif.
Aku tak tahulah diri ini boleh menjadi begitu. Mungkin diri ini seorang yang lasak dan berkeyakinan tinggi. Untuk pengetahuan semua, aku sudah dapat cari kerja untuk menjadi seorang broker kereta import, tetapi kerja secara part-time sahaja.
Bisnes ini berjalan dengan baik. Suatu hasil yang sangat memberangsangkan apabila aku menjumpai seorang repeat customer. Alhamdulillah, Allah S.W.T pertemukan aku dengan seseorang yang memberikan aku pendapatan yang cukup pasif. Memang ia merupakan pertama kali dalam hidup aku di mana aku memperoleh RM8000 dalam masa 4 hari. Terusku sujud syukur.
Dengan pengetahuan yang agak tak berapa dalam dunia internet marketing, aku menggunakan skil dan teknik untuk mendapatkan klien. Cabaran dalam bisnes ialah bila klien menghamburkan kata-kata nista, cuba menjatuhkan air muka saya. Tuduhan paling biasa kereta yang aku jual itu kereta curi. Sudahnya, ramai yang menjauhi.
Jujur Dengan Pelanggan
Namun, aku tidak terus patah. Aku yakin dengan menerapkan amalan perniagaan Rasulullah S.A.W dalam setiap urusniaga pasti membuahkan hasil yang berkat. Kejujuran adalah kunci pertama untuk mengikat pelanggan. Seterusnya, kelembutan dalam berkata-kata dan bantuan/ support yang cepat. Itu sahaja.
Ini adalah sebuah kejayaan. Namun, saya tidak bercadang untuk melakukannya selama hidup saya. Saya lebih suka ianya sekadar dijadikan pekerjaan sampingan untuk meringankan beban saya serta keluarga. Dengan pendapatan yang saya perolehi itu, saya telah merangka pelbagai rancangan. Tidak mahulah saya nyatakan di sini, kerana ianya suatu rahsia. Hehehe. Yang pasti, saya akan melaburkan wang saya ke arah yang positif di samping menambah banyakkan lagi wang yang ada.
Akhirnya, saya berjaya menjumpai syarikat-syarikat kereta import yang menawarkan harga yang lebih murah. Murah RM6000 hingga ke RM7000 murahnya dari harga sebenar.
Tanya Soalan Yang Betul
Apabila bila berdepan dan bercakap dengan potensi pelanggan, sebagai seorang salesperson yang professiona, kita perlu tanya soalan-soalan yang betul dan tepat.
Soalan-soalan yang boleh kita tanya adalah seperti jenis model kereta yang dicari oleh pelanggan, anggaran bajet mereka dan siapa pengguna kereta yang anda jual itu. Jawapan mereka juga membolehkan anda menjual silang atau menjual model kereta yang mempunyai harga yang lebih tinggi tetapi lebih memenuhi kehendakan mereka.
Sekiranya pelanggan mengatakan keselamatan untuk memandu adalah antara yang paling penting bagi mereka, maka boleh kita pertimbangkan untuk menjualnya pada pakej pacuan empat roda atau tambahan amaran untuk pejalan kaki.
Jangan tanya yang bukan-bukan di mana bukan saja ia menunjukkan anda tidak tahu apa yang pelanggan mahu, tetapi pelanggan juga akan rasa anda tidak professional dan bisnes akan tidak jadi. Maka perlulah kita belajar dari pengalaman untuk buat pertanyaan yang betul.
Baca juga: