Sekiranya anda merupakan seorang pekerja muda yang sudah bekerja untuk beberapa tahun tetapi tidak berpuas hati dengan pendapatan anda, bagaimana dapat anda meningkatkan pendapatan?
Berikut adalah cadangan kecil dari saya dan harap ia boleh jadi rujukan untuk anda:
1. mempertingkatkan Kemahiran Berbahasa Inggeris
Walaupun ini adalah hujah lama, tetapi sampai sekarang ia masih merupakan satu faktor yang sangat penting. Semasa wawancara, jika anda tidak fasih berbahasa Inggeris dan tidak dapat meluahkan pendapat anda dengan jelas dan tepat, ia adalah amat sukar untuk sesebuah syarikat menawarkan edudukan pekerjaan yang sangat tinggi. Ini merupakan fakta yang sangat kejam, tetapi ia memang adalah satu kenyataan.
Seorang pekerja yang mempunyai keupayaan untuk menulis bahasa Inggeris yang mudah, seperti e-mel, petikan, laporan, minit mesyuarat, dan lain-lain, akan menjadikannya untuk mendapat kerjaya yang semakin maju.
Belajar Bahasa Inggeris bukan satu perkara yang sukar sangat. Kuncinya ialah banyak mendengar, membaca, bercakap, dan menulis. Secara ringkas ialah perlu anda pakai Bahasa Inggeris dengan kerap dalam kehidupan anda.
Anda perlu memperluas perpustakaan perbendaharaan kata, menguasai tatabahasa, berlatih secara teratur, fasih berbahasa Inggeris dan memahami perbualan Inggeris yang esoteric. Dengan berlatih dengan rajin, anda akan dapat semakin menguasai bahasa ini.
2. Ubah Minda dan Pemikiran
Perlu anda tanya sendiri kenapa anda pergi bekerja? Sekiranya anda pergi kerja hanya untuk cari wang, kemungkinan besar anda akan menghadkan diri untuk tambah nilai sendni. Dan banyak peluang untuk peningkatan dan ruang pengembangan akan terlepas.
Bila masih muda, lebih baik untuk anda mempunpai minda yang cergas dan lihat masa depan anda dengan lebih jauh. Walaupun gaji yang anda terima sekarang mungkin kurang memuaskan, kita mesti mengubah cara berfikir dari “Saya di sini untuk bekerja” menjadi “Saya di sini untuk menjana wang untuk syarikat”.
Apabila pemikiran anda berubah, anda akan bersedia untuk belajar dan menangani urusan yang luar biasa. Anda akan berani untuk melangkah keluar dari zon selesa, mengembangkan jaringan, meningkatkan kemampuan, menunjukkan bakat anda, dan mengubah visi anda.
Anda akan aggap penderitaan dan kesusahan yang anda alami dalam kerja sebagai satu latihan. Anda tidak akan lihat dengan sangat serius terhadap sesuatu pekerjaan yang diberikan sebagai satu beban yang anda tidak ingin lakukan . Anda tidak kira untuk habiskan masa yang lebih untuk selesaikan satu kerja dengan sewajarnya. Anda jarang pedulikan gosip dan cuma fokus kepada keseluruhan keadaan dan perkembangan tempat kerja anda.
3. Jangan Membebani dan Menghadkan Diri
Semasa anda bekerja dan menunggu peluang untuk perkembangan, selalu ingin sembunyi di tempat yang selesa adalah sikap yang paling berbahaya. Biarpun anda seorang kerani yang biasanya cuma duduki di tempat anda untuk menguruskan dokumen, jangan lupa untuk berkembang diri di bidang lain seperti berniaga dan menjual.
Siapa kata bahawa prinsip perakaunan hanya perlu memahami prinsip perakaunan? Mereka yang bekerja di jabatan teknologi juga boleh jadi salesperson.
Jangan tetapkan had kerja diri dengan terlalu awal. Bingkas diri dalam pekerjaan akan memutuskan potensi anda yang belum diterokai.
Mod pemikiran pada masa ini perlu ditukar dari “Berapa banyak pendapatan yang boleh saya dapat dari pekerjaan ini?” menjadi “Apa yang dapat saya pelajari dari pekerjaan ini?”.
Semakin banyak ruang lingkup yang anda belajar, semakin dapat anda mempertingkatkan kemahiran. Pekerjaan yang baik merupakan pekerjaan yang mempunyai bidang penyertaan rentas sempadan secara meluas.
4. Berani Untuk Menghadapi Cabaran
Terdapat ramai orang yang mempunyai banyak rancangan seperti belajar satu kemahiran baru, mencari pekerjaan, membuat penjualan dalam talian dan lain-lain.
Tetapi kebanyakan daripada mereka cuma menjadikannya berada di tahap “berfikir”, dan tidak ada motivasi dan keberanian untuk merealisasikannya. Kenapa boleh jadi demikian? Kerana mereka terlalu banyak berfikir tanpa bergerak untuk melakukannya.
Apabila peluang datang, ia tidak akan memberi anda sebarang tanda. Anda hanya akan dapat rampas peluang itu jika anda terus mencuba.
Anda perlu berani untuk cuba segalanya dan jangan takut akan kegagalan. Dengan cara ini, anda akan mengenali diri anda dengan lebih banyak dan mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan anda. Dengan ini, anda tidak akan membuang masa untuk terperangkap di tempat kerja yang bukan kemahuan anda.
Apa yang dibincangkan di atas hanyalah panduan dengan tujuan untuk memberi anda sikit arah tertentu jika anda tiada arahan dalam pekerjaan anda.
Sudah tentu, pengurusan kewangan tidak dapat dipisahkan dari kata kunci, iaitu “buat simpanan””. Secara amnya, perbelanjaan mestilah kurang daripada pendapatan. Pastikan anda ada buat simpanan wang setiap bulan dan hidup mengikut kemampuan anda.
Hanya bila kita dapat mencapai matlamat ini, baru kita boleh merujuk kepada 4 cadangan yang dibincangkan di atas.
Baca juga: