Web Analytics

Cara Untuk Jimat Bil Elektrik, Air dan Telefon

Sebagai mana dijanjikan dulu, aku akan kongsi bersama anda tentang beberapa tip untuk berjimat bil elektrik, air dan juga telefon. Saya akan mulakan dengan cara untuk jimatkan elektrik. Dengan kata lain kurang pakai elektrik, kuranglah bil anda nanti.

Jimat Bil Elektrik

Jumlah perkakas rumah

Konsepnya mudah, kalau ada mesti nak pakai juga. Paling senang contoh aircond, kalau ada mesti nak pakai. Kalau tak ada takkan pakai. Jadi dekat sini memanglah kita perlu beli apa yang penting untuk dipakai sahaja.

save money

Kalau alat elektrik yang kita guna cepat panas, maknanya alat tu guna banyak Watt. Contohnya, pemanas air, seterika, mikrowave, hair dryer, aircond, etc.

Kurangkan buka peti ais

Kalau perasan, bila kita buka saja, lepas tu macam ada bunyi suis bagi motor penyejuk start. Sebab bila buka, angin panas masuk, motor terpaksa kerja lebih untuk sejukkan ruang dalaman peti.

Beli ikut jumlah watt

Pernah belajar kemahiran hidup cara bil elektrik dikira berdasarkan kilowatt jam? Jadi kalau nak beli sesuatu peralatan elektrik, kenalah tahu berapa jumlah watt sesuatu alat elektrik tu.

Jangan tertipu dengan marketing sesuatu jenama yang cakap boleh jimat tenaga sampai 50% atau 70%, jumlah penjimatan tu kena tahu dari mana. Adakah dari model sebelumnya atau model 10 tahun lepas.

Jadi penting untuk tengok jumlah watt. Sebagai contoh lampu jimat letrik philips 18 watt, tapi terang dia mengalahkan lampu Pendaflour. Jadi memang lah jimat kalau pakai cause lampu Pendaflour 40w.

Pasal lampu tu, rasanya nak cakap lampu kalimantang (fluorescence/pendaflour) lebih jimat dari lampu pijar (incandescent). Kalau nak tahu, lampu berasaskan gas (macam mentol philips dan lampu tiub panjang kalimantang, biasanya <15W) guna kuasa lebih rendah berbanding yang guna filamen (macam lampu pijar mentol yang keluar cahaya warna oren dan lampu lip-lap raya tu biasanya >20W). Kalau tak silap saya, di German kerajaan mereka sudah keluarkan undang-undang menghapuskan penggunaan lampu pijar menjelang tahun 201X.

Tinggalkan rumah tutup suis

Pernah tak kita balik rumah tengok kipas terpasang? Jadi adalah penting kalau nak pergi kerja atau balik kampung, perlu kita pastikan untuk tutup semua suis termasuk thermopot. Kalau peti ais tak ada bahan mentah pun boleh tutup juga. Memang boleh jimat elektrik yang banyak.

Tidur awal

Kalau tidur lambat akan gunakan elektrik yang banyak. Bukan saja pakai lampu, tapi kipas, TV, decoder Astro semua on, kalau tidurr awal boleh tutup semua ni dan dapatlah kita jimat.

Keep below RM 20

Saya rasa ramai yg tahu, kalau di bawah RM 20, bil anda tak payah bayar. Realiti memang payah nak achieve sebab penggunaan letrik akan lagi lebih dari itu. Apapun saya beberapa kali berjaya mendapat subsidi kerajaan. Biasanya berjaya bila aku balik kampung dan letrik tak guna langsung di rumah.

Kuantiti banyak untuk sekali pakai

Macam contoh mesin basuh, bila sudah penuh baru basuh. Kalau tak 2 kali guna, kan sudah 2 kali guna letrik? Lagi satu adalah seterika, kalau nak iron tu, iron sekali untuk semua saja.

Bilangan penghuni

Kalau balik kampung biasanya masa raya, memang bil naik, ini kerana banyak penggunaan peralatan elektrik yang berterusan. Kalau penghuni tak ramai penggunaan tidak akan naik macam tu.

Cara Menjimatkan Bil Air

Berikut adalah tips jimat bil air yang aku terfikir.

Jangan install bath tub

Kalau ada ni mesti sekali sekala nak pakai juga. Aku kalau di hotel ada benda ni aku memang cargass saja penuhkan tub dan mandi tanpa peduli siapa kena bayar bil air. Jadi kalau sudah pakai ni di rumah, sudah pastik bil akan naik dengan banyak. Bukan kita saja, anak dan anak sedara pun teringin nak mandi dengan bath tub juga.

Kurang bilangan penghuni

Ini adalah  sama macam bil elektrik masa balik raya, kalau ada 9 orang, ada 27 kali mandi, 45 kali ambil air sembahyang. Jadi kalau sikit orang yang ada di rumah, maka dapat kurangkan penggunaan air.

Selalu check leaking

Yang ini adalah penting. Leaking ni biarpun kecil tapi berterusan akan membawa impak yang besar juga. Jadi adalah penting untuk kita check setiap paip selalu untuk tengok masa ke semasa. Selalu bandingkan bil air, kalau bulan ni naik mendadak, mungkin mana-mana tempat dalam rumah sudah ada leaking.

Basuh baju bila penuh

Ini pun sama macam konsep bil letrik. Instead of basuh sikit baju, basuh baju bila dah penuh 1 mesin basuh. Macam ini kuantiti air yang digunakan dapat dikurangkan.

Tapi ingat jangan masuk terlalu banyak sangat baju untuk  basuh sekali juga. Sebab jika taruh baju yang terlalu banyak, mesin basuh boleh cepat rosak. Kalau kuantiti maksimum  untuk mesin basuh itu adalah 5 kg, maka jangan taruh lebih daripadanya. Jika tidak, daripada nak jimat bil air, langsung kena beli mesin basuh baru pula.

Kurangkan guna air, tutup air bila dh penuh, bila balik kampung kunci saluran utama

Sendiri kena sentiasa beringat untuk jimatkan air terutamanya masa mandi atau tadah air. Kadang-kadang terlupa sampai air melimpah. Lagi satu kalau nak balik cuti, bolehlah tutup saluran utama, mana tahu ada leaking dalam rumah, boleh elakkan.

Shower bukan gayong

Kalau mandi pakai shower likely penggunaan akan kurang, berbanding menggunakan baldi dan gayong. Tapi ada juga orang yang suka mandi pakai gayong sebab mereka rasa lebih puas.

Jadi warga selangor

Seriously, selain untung access road grand saga buka, dapat air free oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah benda yang paling best mereka buat. Jadi kalau warga selangor, dapat subsidi RM 10 untuk air kot. Kalau bil RM 13, cuma kena bayar RM 3 saja. Saya  perlu mengaku bahawa bil air di rumah saya cuma akan melebihi RM 10 kalau ada tetamu datang.

Cara Jimatkan Bil Telefon

Sekarang ni telefon bimbit memang sudah tak boleh lari dari diri kita. Ke mana saja kita akan ambil bersama. Semua orang pakai sekurang-kurangnya satu, ada orang yang perlu pakai dua. Jadi di sini saya nak berkongsi dengan anda cara untuk jimatkan bil telefon anda.

Memilih pekerjaan

Ini memang bukan satu pilihan yang boleh anda buat. Tapi jika anda dapat bekerja di syarikat yang memberi cover atau subsidi bil telefon. Maka anda boleh claim bil telefon anda terhadap syarikat anda. Kalau kerja di syarikat telco lagilah best, ada yang boleh call free kepada network yang sama dan ada yang ada limit RM 200 sebulan.

Langgan plan yang terbaik

Jadi anda perlu tahu penggunaan bulanan anda dan pilih pelan yang paling sesuai untuk anda. Kalau saya nak pakai prepaid, saya akan cenderung untuk pakai pakej yang ditawarkan oleh Celcom sebab boleh dapat rate yang rendah.

Tapi kalau bagi businessman, mereka perlu membuat banyak panggilan setiap hari, maka adalah baik bagi mereka ambil postpaid punya plan. Sekarang terdapat banyak pelan-pelan yang ditawarkan oleh telco yang berlainan, maka kenalah kita pandai memilih plan yang terbaik ikut keperluan. Ini sama juga dengan data plan yang anda perlukan untuk telefon bimbit anda.

Pakai satu phone sudah cukup

Nak keep alive 1 phone kena top up untuk beberapa sela masa. Kalau pakai 2 kenalah top up dua sekali. Unless memang perlu pakai dua telefon bimbit barulah pakai. Setakat nak layan dua awek pada satu masa tu, memang poyolah.

Social network

Kalau sudah connect pakai Whatsapp, WeChat, atau Facebook sudah tak payah buat banyak call pun. Jika boleh selalu pakai Wifi yang percuma bila berada di tempat awam, maka dapat juga jimat penggunaan data anda.

Kurangkan bercinta

Siapa pernah bercinta mesti tak dapat nafikan bil telefon habis banyak. Jadi kurangkan bercinta, kurang kan perbualan telefon semasa bercinta.

Kahwin dan kurangkan berbual di telefon

Seriously, bila sudah kahwin saya sudah jarang call orang lain kecuali ahli keluarga terdekat, tu pun sekali sekali. Ahaha, sudah duduk serumah, buat apa nak berbual lagi, ada sesuatu yang lebih bermakna untuk dilakukan.

Subscribe Unifi dan gunakan fix line

Kalau subscribe Unifi, dapat telefon fix line yang kadarnya 10 sen untuk 1 minit. Memang murah kadarnya.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!