Web Analytics

Cara Untuk Berjimat Semasa Bercuti

Adakah pernah anda fikirkan macam mana untuk jimat wang semasa pergi bercuti? Atau anda cuma belanja saja dengan sesuka hati tanpa buat sebarang bajet? Pergi bercuti memang merupakan satu perkara yang amat seronok untuk dilakukan. Sekali sekala ia dapat merehatkan minda setelah penat bekerja.

jimat semasa bercuti

Mahu atau tidak, bercuti memang boleh habiskan duit yang banyak, dan tak dapat pulangan material ataupun wang ringgit. Sebaliknya ia dapat beri pulangan dari segi kepuasan, ketenangan fikiran dan juga ada benda nak dikisahkan bila masuk balik kerja semula nanti.

Jika anda suka pergi bercuti tetapi bimbang duit tidak cukup, memang perlulah anda keluarkan satu rancangan macam mana dapat jimatkan duit. Di sini merupakan senarai saya mengenai cara untuk jimat semasa bercuti yang saya amalkan.

Tumpang di Rumah Saudara Mara

Semua orang tahu bahawa duit yang paling banyak dibelanjakan adalah untuk penginapan hotel. Bagi hotel, kalau yang sedang-sedang saja pun mudah untuk mencecah RM100 untuk satu malam.

Katakanlah anda mempunyai saudara mara yang tinggal dekat dengan tempat percutian anda, anda boleh jimat kos tanpa perlu tinggal di hotel. Boleh anda tanya sama ada saudara mara anda boleh berikan penginapan buat beberapa hari.

Saudara mara pasti gembira untuk terima tetamu. Jiga saudara mara merupakan orang yang tidak kedekut, mungkin akan belanja anda makan lagi. Macam ni dah dapat jimat dengan lebih banyak.

Lagi, anda juga boleh ajak saudara untuk ambil bahagian bersama untuk trip percutian anda ini. Bukankah macam ini lebih baik lagi di mana anda boleh menjalurkan hubungan yang lebih rapat melalui percutian bersama?

Tetapi perlu anda ingat, janganlah laku dengan terlalu lampau seperti menginap di rumah mereka buat masa yang lama, saudara pun jadi bosan dan jadi rimas pula. 2 malam tu pun sudah cukup baik. Lagi satu, sebelum balik tu belikanlah sesuatu untuk anak saudara anda tu, lepas tu ajaklah balik mereka untuk datang bercuti di rumah anda bila ada masa.

Tiket Penerbangan

Sudah pasti kalau nak naik kapal terbang untuk bercuti, mesti tambangnya tidakakan murah sangat. Untuk dapatkan tiket kapal terbang murah, kita mesti kena rajin untuk semak promosi yang ditawarkan. Di sini perancangan adalah perlu. Kita mesti kena rancangkan percutian dengan awal supaya kita dapat beli tiket kapal terbang yang murah.

Di sini kita kena rasa bersyukur dan perlu kita ucapkan terima kasi atas kewujudan Air Asia. MAS pun kini sudah boleh dapat tambang murah. Jadi, untuk menjimatkan wang atas tiket,  kita perlu rajin mencari tiket-tiket yang murah.

Hotel

Perancangan awal dan buat semakan atas talian adalah digalakkan. Kalau nak jimat memang boleh guna backpacker punya hostel. Tapi kalau nak selesa untuk mereka yang sudah berkeluarga kenalah tempah juga hotel walaupun harganya lebih mahal.

Sekarang hotel pun sudah ada pakej yang kalau tempah awal dan buat tempahan atas talian boleh dapat diskaun. Aku lebih suka untuk tempah hotel yang just nice dan tak terlalu mewah atau terlalu koboi. Sekurang-kurangnya dapat tidur nyenyak dan ada bekalkan sarapan secara percumat. Alternative kepada hotel, boleh anda pertimbangkan untuk menginap di homestay juga.

Pengangkutan

Kalau kita pergi bercuti di sesuatu tempat yang memerlukan kita sewa transport, lebih baik kita buat tinjauan terlebih dulu untuk mengetahui harga dan juga buat tempahan awal.

Kalau bercuti secara berkumpulan memanglah bagus kerana kos sewa kereta boleh kongsi ramai-ramai. Kalau sesuatu tempat tu boleh datang dengan kereta sendiri amatlah digalakkan sebab nak sewa kereta agak mahal dan risiko kereta mengalami kerosakan dalam perjalanan memanglah sering berlaku.

Makan

Makan pun merupakan satu perbelanjaan yang besar ketika kita pergi bercuti. Terutamanya di kawasan peranginan yang biasanya makanan yang dijual di sana akan dikenakan dengan harga yang mahal.

Kalau becuti balik hari macam pergi ke Genting, tak salah bungkus dulu di tempat makanan yang murah dan bawa bungkusan makanan naik ke sana. Membuat demikian memang dapat mejimatkan wang.

Kalau pergi melancong ke negara lain, boleh simpan banyak Maggi mee dan roti bun. Macam ni boleh kita jimat duit tanpa perlu tiap-tiap kali keluar makan di restoran. Kadang-kadang boleh duduk dalam bilik hotel dan makan maggi mee atau roti.

Masih saya ingat beberapa tahun dulu bila saya pergi melancong ke Jepun, pertama kali saya nampak harga menu di satu restoran, memang saya terkejut dengan harga makanan tu. Di samping itu, nak cari makanan yang halal pun agak susah.

Tidak mampu untuk saya makan di restoran tiap-tiap kali, rasa amat sakit gigi setiap kali bila bayar bil makanan. Jadi, maggi mee memang jadi penyelamat saya.

Lagi satu cara untuk jimat wang atas makanan adalah kalau tinggal di hotel tu, pilihlah hotel yang ada complementary untuk sarapan. Boleh tidur lewat sikit dan pergi ke restoran hotel untuk makan sarapan lewat sikit. Boleh makan sampai kenyang baru sambung jalan-jalan. Dengan ini boleh jimat duit atas sarapan dan makan tengah hari sekali.

Jika bercuti bersekeluraga, makanan boleh jadi sangat mahal. Jadi, kalau tinggal di homestay, boleh masak-masak untuk sekeluarga. Kalau bercuti di negara lain, boleh pertimbangkan untuk bawa periuk nasi auto size kecil. Nanti boleh masak nasi briyani daging, tiptop boleh makan dengan kenyang dan seronok.

Itu saja yang dapat saya kongsikan. Jom tambah dah kongsi input. Sudi nak ceritakan penjimatan yang anda lakukan semasa percutian?

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!