Web Analytics

Cara Untuk Bahagi Gaji Atau Pendapatan Bulanan

Sekitar Oktober setiap tahun kita akan tertunggu-tunggu pembentangan belanjawan di parlimen. Kita ternanti-nanti apakah insentif kepada rakyat yang bakal diberikan oleh kerajaan. Bagi kakitangan awam pula, pengumuman kenaikan gaji atau bonus menjadi ungkapan yang ingin di dengar.
bahagi pendapatan
Bagi menteri-menteri pula menantikan berapakah peruntukan yang bakal diberikan untuk kementerian dan jabatan di bawah kementerian masing-masing. Pada ketika itu kita belajar istilah defisit; perbelanjaan melebihi pendapatan.

Cara Untuk Membahagikan Pendapatan Bulanan Bagi Kewangan Individu.

Sekiranya kita sedar apakah kesan deficit budget kepada negara, apakah pula kesan perbelanjaan melebihi pendapatan untuk kewangan individu? Jawapannya mudah; Hutang. Atas kesedaran itu hanya ada satu penyelesaian untuk kita lakukan. Kita sebagai individu harus membuat belanjawan untuk diri sendiri sebagaimana negara membuat belanjawan. Dengan perancangan kewangan inilah (walaupun berstatus defisit) kita dapat mengawal perbelanjaan seterusnya menguruskan kadar keberhutangan kita.

Bezanya hanyalah dari segi perincian belanjawan kita. Mungkin ita tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan yang cukup untuk merancang perbelanjaan daripada setiap sen yang kita perolehi. Keadaan ini tidak perlu menjadi rumit kerana kita boleh merancang dengan satu teknik mudah sahaja. Kita perlu membahagikan pendapatan bulanan itu kepada tiga bahagian.

  1. Bahagian Emas; Satu per tiga untuk simpanan masa hadapan.
  2. Bahagian Perak; Satu pertiga untuk perbelanjaan semasa.
  3. Bahagian Gangsa; Satu pertiga untuk pembayaran hutang.

Keutamaan setiap bahagian adalah mengikut susunan seperti di atas. Untuk mengkaji kaedah ini, kita andaikan pendapatan kita ialah RM 3,000.00

Masa depan tanpa perancangan ialah masa depan yang kelam

Bahagian Untuk Simpanan Masa Hadapan.

Seperti yang tertera dalam senarai di atas, satu pertiga pendatan kita, iaitu sebanyak RM 1,000.00 ringgit haruslah diperuntukkan sebagai simpanan masa hadapan. Jangan takut. Pekara pertama yang terfikir dalam kepala kebanyakan orang ialah, jumlah itu terlalu besar. Saya ulang sekali lagi, jangan takut, kerana ia boleh dicapai. Simpanan ini bukanlah sesuatu yang selamanya akan disimpan. Kita akan gunakannya, apabila masanya ‘matang’.

Kematangan bahagian ini adalah ditetapkan oleh kita sendiri. Tetapkan syarat yang selesa dan cuba patuhinya. Berikut adalah contoh syarat syarat yang boleh ditetapkan;

  • Bahagian ini tidak akan diusik pada tahun pertama.
  • Masuk tahun kedua jiak kita berjaya menyimpan dengan konsisten, kita dibenarkan menggunakan 1% daripada jumlah simpanan itu, tahun berikutnya naik lagi 1% sehingga ke peratusan yang kita selesa sebagai had maksima. Persoalannya, kemana kita akan belanjakan? kebahagian perak atau gangsa?
  • Jika kita ‘terguna’ bahagian pendapatan ini, denda diri sendiri dengan menggantikan jumlah yang digunakan sekali ganda sebagai bayaran kembali ke dalam portion ini.

Kenapa saya letakkan bahagian ini sebagai Bahagian Emas? Sesusah mana pun kita pada masa ini, masa hadapan akan lebih susah jika kita tidak melakukan sesuatu pada hari ini. Tidak mengapa kalau kita terpaksa mengikat perut dan hidup secara ala kadar, kerana peruntukan perbelanjaan itu sedang kita kumpul untuk dibelanjakan pada hari muka. Tabung kecemasan juga boleh dimasukkan dalam bahagian ini, kerana kita menyediakannya sebelum kecemasan itu berlaku.

Perbelanjaan Untuk Kehidupan Semasa.

Bahagian Perak. Bahagian ini juga RM 1,000.00 ringgit jika mengikut contoh di atas. Saiz inilah yang menetikan semewah mana kita boleh hidup, pakaian bagaimana yang kita mampu, dan sekerap mana kita boleh berhibur. Jika kita merasakan saiz bahagian ini kecil, kita boleh cuba mengubah style kehidupan kita dengan lebih bersesuaian. Senaraikan perbelanjaan semasa yang jatuh di bawah kategori ini mengikut keutamaan dan potong pekara yang berada di hujung senarai sehingga saiz RM 1,000.00 ini dapat ditepati.

Atara pekara yang saya anggap ‘semasa’ ialah;

  • Sumbangan kepada ibu bapa
  • Makanan
  • Pakaian
  • Pengangkutan (ansuran kereta tidak termasuk dalam kategori ini, begitu juga dengan ansuran rumah).
  • Bil Utiliti

Bahagian untuk membayar hutang.

Bahagian gangsa, iaitu RM 1,000.00 berdasarkan contoh tadi. Bagaimana jika saya belum mempunyai hutang, hatta hutang PTPTN sekalipun? Itu sudah bagus, namun kita tetap memerlukan bahagian ini. Jika begitu keadaannya, bahagian inilah yang akan kita gunakan untuk membayar hutang yang bakal kita pinjam. Dengan cara pembahagian pendapatan bulanan sebegini juga kita dapat menentukan agar pinjaman yang kita bakal ambil tidak melebihi satu per tiga daripada pendapatan bulanan kita.

Antara perbelanjaan yang termasuk dalam kategori gangsa ini ialah;

  • Ansuran PTPTN
  • Bayaran bulanan ansuran rumah.
  • Ansuran kereta.

Pembahagian Ideal dan Pembahagian Praktikal.

Secara idealnya cara pembahagian sebegini adalah yang terbaik. Dalam aplikasi yang praktikal, nisbah ini tidak mucul sekelip mata. Jadikan nisbah ini sebagai matlamat. Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah mengenal pasti pembahagian bulan lepas. Kalau dah terlupa boleh mulakan mecatat bagi perbelanjaan bulan ini. Mungkin nisbah pada peringkat awal akan berbeza, 10% bahagian emas, 40% bahagian perak dan 50% bahagian gangsa.

Perlahan-lahan cuba ubahkan supaya perbelanjaan bulanan kita menepati cara pembahagian pendapatan bulanan seperti yang dibincangkan tadi.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!