Jika anda ingin simpan duit tapi gagal untuk melakukan, boleh anda cuba dengan cara simpan duit yang kreatif ini.
Cara Menyimpan Duit Yang Sesuai Untuk Rakyat Malaysia?
Apakah cara menyimpan duit yang paling sesuai dan berkesan untuk kita semua? Memang tidak wujud satu teknik praktikal yang boleh diikuti oleh semua orang. Ini adalah kerana semua orang mempunyai keperluan wang dan juga sumber pendapatan yang berlainan.
Namun begitu, terdapat banyak teknik menabung yang mudah dan praktikal untuk dicuba. Kita boleh membaca dan meniru cara dan gaya mereka yang konsisten menyimpan. Mana tahu, salah satu daripada cara itu sesuai dengan kita.
Di sini dikongsikan beberapa cara yang menarik untuk menyimpan duit yang sesuai dengan persekitaran dan kehidupan di negara ini.
1. Teknik Duit Haram
Haram yang bermaksud di sini bukan panggil anda melanggar undang-undang negara atau simpan secara haram yang tidak dibenarkan oleh hukum agama Islam. Jadi usah anda risau. Cara untuk paka teknik ini adalah:
Boleh anda buat haraman untuk menggunakan wang kertas tertentu. Contohnya wang kertas RM20. Jadi, setiap kali jika anda terima wang kertas RM20, anda kena simpankan. Atau bila anda keluarkan RM500 dari ATM, terdapat 5 keping wang kertas yang dikeluarkan adalah note RM20, maka anda perlu simpan 5 keping note RM20 ni dan tidak boleh belanjakan.
Dengan cara ini, anda dapat simpan duit pada bila-bila masa tanpa terlalu paksakan diri untuk lakukan. JIka anda tidak suka RM20, boleh juga anda pilih, wang kertas RM5, RM10, atau RM50.
2. Teknik Kalendar Masehi
Teknik ini akan melatih anda menyimpan duit secara harian dan berterusan. Kaedah yang amat baik untuk membina tabiat menabung. Caranya:
Lihat hari ini berapa tarikh pada kalendar masehi.
Anda perlu simpan sebanyak itu pada hari itu. Contohnya pada 14 hb, anda perlu menyimpan RM 14, pada 1hb anda perlu menyimpan RM 1.
Pada bulan yang mempunyai 30 hari, anda boleh menyimpan sebanyak RM 465.
Kalendar pun boleh dijadikan alat untuk membantu menjadikan menabung itu seronok.
3. Teknik Kalender Masehi Junior
Variasi daripada teknik di atas. Teknik manabung ini sesuai bagi mereka yang tidak mampu menyimpan secara harian dengan banyak. Caranya:
Masih lagi menyimpan mengikut tarikh, tapi hanya mengambil kira digit belakang pada tarikh tersebut.
Contohnya pada 1hb, anda menyimpan RM1, pada 7hb anda menyimpan RM 7. Apabila tiba pada 12hb anda hanya perlu menyimpan RM2, pada 24hb anda hanya perlu menyimpan RM 4.
Pada 10hb, 20hb dan 30hb anda tidak perlu menyimpan. Dalam masa sebulan yang mempunyai 30 hari, anda boleh mengumpul sebanyak RM 135.
4. Teknik Cabaran 30 Minggu
Teknik ini memerlukan anda menyimpan secara mingguan dan menaikkan jumlah simpanan secara berkala setiap minggu.
Tetapkan nilai permulaan, contohnya RM 7. Dalam masa seminggu, iaitu sebelum hari Ahad pada minggu itu, anda perlu menyimpan sebanyak RM 7.
Boleh jadi anda menyimpan RM1 sehari, atau secara melompat hari, itu tidak penting.
Yang pentingnya, sebelum jam 12 tengah malam pada hari Ahad minggu itu, anda berjaya menyimpan sebanyak RM7.
Pada minggu kedua naikkan sasaran simpanan duit mingguan anda. Kadar kenaikan ini hendaklah seragam setiap minggu.
Dalam contoh ini kita pilih kadar kenaikan ialah RM 3. Bermakna pada minggu kedua anda perlu menyimpan RM10, RM13 pada minggu ketiga, pada minggu keempat RM16 dan seterusnya.
Pilih nilai mula dan jumlah kenaikan yang realistik dan tidak membebankan, tapi tidak terlampau rendah sehingga tidak mencabar.
Sebagai contoh, kita ambil 30 hari sebagai tempoh untuk menguji cabaran ini.
Pada hari pertama, kita akan simpan sebanyak RM 10. Kenaikan setiap hari yang kita tetapkan ialah RM 0.50.
Kedua-dua nilai ini nampak realistik, tidak terlampau kecil atau besar.
Pada hari kedua, kita menyimpan RM 10.50, RM 11.00 pada hari ketiga begitulah seterusnya, dengan menaikkan RM 0.50 setiap hari dari jumlah yang kita simpan hari sebelumnya.
Apa akan jadi selepas 30 hari? Kita telah berjaya mengumpul RM 517.50 dalam masa 30 hari.
Jumlah masa (hari,minggu,bulan) dan jumlah tabungan boleh diubah mengikut kesesuaian dan sasaran masing masing.
Jadual dibawah menggambarkan berapa ringgit yang perlu disimpan setiap hari selama 30 hari untuk memahami konsep ini.
5. Teknik Shopping Sambil Menabung
Jarang dinar yang dibuat gred 999.
Adakah anda jenis orang yang tidak boleh melihat duit terkumpul banyak dan ingin membeli sesuatu dengannya? Guna cara ini:
Tetapkan supaya barang yang boleh anda bei dengan duit tabungan itu adalah benda bernilai yang boleh disimpan lama, malah boleh naik nilainya.
Ya, Emas dan Perak.
Tetapkan sasaran bulanan, contohnya hendak membeli satu gram emas setiap bulan.
Atau bagi yang suka membeli secara online, bolehlah cuba membeli Sijil Simpanan Premium BSN secara online.
Boleh juga beli instrumen pelaburan yang lain seperti saham atau unit trust.
6. Cara simpan duit yang mudah tapi berkesan
Anda rasa cara di atas terlampau kompleks? Sesetengah orang memerlukan ransangan sebegitu untuk menjadikan menyimpan duit secara harian itu menarik. Namun begitu, jika anda lebih suka kepada cara yang straightforward, boleh cuba kaedah di atas.
Teknik 10%
Setiap kali anda terima duit, simpan 10% daripadanya. Duit yang anda terima boleh terdiri daripada gaji, jualan perniagaan, komisyen, kutipan sewa rumah, bonus, dividen saham).
Sekirannya anda tidak mampu 10%, boleh juga anda pakai peratusan yang lain seperti 8% atau 5%.
Teknik Tabung Buluh
Setiap hari, boleh anda simpankan semua syiling yang didapati dalam dompet, beg tangan, poket, atau dalam locker kereta. Simpan semua syiling yang anda ada dalam satu tabung. Bila sampai hujung bulan, boleh anda bawa tabung itu ke bank dan masuk ke dalam simpanan bank.
Atau boleh anda tukar dengan penjaja yang perlukan duit syiling yang banyak. Lepas tukar, jangan lupa untuk simpan wang itu ke dalam bank.
Teknik Hari Jumaat
Setiap hari Jumaat, buat simpanan wang ikut kadar yang anda tetap. Jika JUmaat tidak sesuai, boleh anda pilih lain hari yang tetap asalkan anda ada pastikan untuk buat simpanan untuk hari yang anda tetapkan.
Teknik Potongan Gaji
Cara ini adalah sama seperti potongan yang dibuat untuk KWSP. Boleh anda buat potongan gaji katakan 5% atau 10% setiap bulan bila gaji terima. Boleh anda lupakan duit ini supaya ia dapat beranak- pinak sendiri.
Baca juga: