Web Analytics

Cara Simpan Duit Tanpa Perlu Fikir Panjang

Sekiranya kita beritahu kepada kawan-kawan bahawa kita hendak mula menyimpan duit, kebanyakan daripada mereka akan anggap kita nak jimat untuk perbelanjaan atau kita ada sesuatu yang ingin beli dan perlu simpan duit supaya dapat belinya.

cara simpan duit

Ada juga yang ingat kita mungkin sudah bersedia untuk kahwin, atau pergi melancong ke luar negara, atau ingin membeli telefon pintar yang lebih canggih.

Saya dari golongan yang kurang kuat kemahuannya (willpower). Memang ada barang yang tercita di hati, tapi dalam usaha menyimpan uttuk merealisasikannya, agak kurang di situ. Bagi sesetengah orang, untuk menyimpan duit, perancangan rapi perlu diatur terlebih dahulu.

Hari in saya tidak bercerita tentang mereka.

Hari ini saya akan bercerita tentang cara orang malas menyimpan duit.Walaupun saya gunakan perkataan malas, jangan pula anggap golongan ini golongan malas mencari duit. Golongan malas mencari duit, tiada siapa yang boleh tolong. Kita akan bercakap tentang orang yang malas men’detail’kan cara simpan duit, tapi ingin simpan duit.

Jawapannya mudah, simpan duit secara automatik.

Di mana hendak di simpan duit itu?

Kalau kita belum ada jawapan ini, sejujurnya, kita belum layak menyimpan. Kalau jawapannya setakat; “Dalam banklah” kita boleh menyimpan, tapi belum kukuh lagi jawapannya. Yang paling penting ialah kita mempunyai satu ‘tempat’ yang khas untuk menyebelahkan duit yang ingin kita simpan ini supaya ia tidak diusik langsung.

Kenapa saya katakan ‘tempat’? Kerana, walaupun lazimnya orang menyimpan dalam akaun bank, ada lagi kaedah menyimpan selain daripada di akaun bank. Kalau kita buat keputusan untuk menyimpan dalam akaun bank, khususkan akaun itu agar tidak bercampur dengan urusan lain.

Akaun itu hendaklah bukan akaun gaji diterima, bukan akaun side income kita masuk, bukan akaun sebarang bayaran ansuran ditolak dan bayaran untuk hutang dipotong. Kerana itu saya pernah tulis sebelum ini, kita sebenarnya perlu lebih dari satu akaun bank. Akaun itu biarlah akaun one way, boleh masuk, tapi tak boleh keluar. Antara calonnya ialah:

  • Akaun Tabung Haji.
  • Sebarang bentuk Amanah Saham.
  • Logam Berharga (jongkong emas/perak).
  • SSPNi-Plus.
  • Tabung buluh.

Bagaimana hendak memastikan duit disimpan secara automatik?

Caranya banyak. Kita akan lihat satu persatu, dan pilih yang mana suka atau reka cara sendiri berpandukan idea yang saya beri.

Arahan Potongan Tetap Kepada Bank Atau Majikan

Pernah beli kereta? Pernah buat pinjaman peribadi? Bagaimana mereka memastikan peminjam ‘rajin’ membayar? Melalui pemotongan gaji. Kita juga boleh buat seperti itu terhadap diri sendiri. contohnya bagi mereka yang bekerja kerajaan, gandingkan pemotongan gaji dan akaun Tabung Haji. Pay yourself first.

Dapatkan borang JP010 dan borang JP010-01 di kaunter Tabung Haji, Lengkapkan dan serahkan kepada bahagian kewangan. Sebelum ke Tabung Haji, cuba tanya dahulu kepada akak-akak kerani di bahagian gaji. Kadang-kadang mereka ni hatinya mulia, ada simpan borang ini.

Setakat artikel ini ditulis, Tabung Haji belum memuat naik borang ini ke portal mereka. Ini kerana borang ini mempunyai carbon copy, satu untuk tabung haji, satu untuk penyimpan. Borang yang satu lagi untuk majikan.

Pemotongan gaji juga boleh digandingkan dengan ASB atau beberapa produk lain milik Permodalan Nasional Berhad (PNB). Bagi yang bekerja sendiri, perhatikan akaun bank kita dalam tiga bulan kebelakang dan lihat pada waktu mana akaun kita ‘lebat’. Sama ada di awal bulan, pertengahan bulan atau hujung bulan.

Apabila dikenalpasti, pergi ke bank untuk membuat standing instruction bagi baki akaun bank kita ditolak secara automatik pada tarikh tertentu setiap bulan. Tetapkan jumlah dan ke akaun mana duit tersebut akan dipindahkan. Yang mudahnya sekarang, tetapan ini boleh dibuat secara perbankan online.

Tetapkan Self Rules yang mudah diikuti

Self Rules ini bermaksud, apabila terjadi sesuatu kita akan buat sesuatu. Maksudnya kita cuba untuk membina tabiat menyimpan berdasarkan perlakuan automatik. Lebih lama kita cuba turuti, lebih kuat ia akan melekat dalam diri kita. Perhatikan beberapa contoh ini;

  • Setiap kali dapat note RM20, saya tidak akan gunakan. Duit ini boleh disimpan dengan beberapa cara. Contohnya, asingkan dalam satu bekas khas di rumah, dan bank in setiap hujung bulan. Asingkan, apabila cukup untuk satu gram emas, saya akan beli emas. Ini sekadar contoh. Boleh juga dibuat pada not RM 1, RM 5, RM 10. Boleh baca menyimpan mengikut not di sini.
  • Setiap kali pulang kerumah, saya akan kosongkan poket dan letak semua syiling dalam tabung. Setiap hujung bulan, tabung itu dihantar ke Tabung Haji (mereka tak banyak celoteh untuk terima syiling).
  • Setiap kali mendapat bonus, saya akan transfer separuh dari bonus tersebut ke akaun ‘tabungan’ tadi.
  • Tetapkan berapakah nilai tunai yang boleh kita pegang di tangan setiap hari. Jalan berbelanja lebih dari nilai ini. Jika tidak mencukupi, tangguhkan dahulu perbelanjaan itu untuk digabungkan dengan nilai hari esok. Jika terkurang belanja, bakinya simpan di tempat yang kita tetapkan tadi.
  • Bolehkan juga letakkan syarat, setiap kali lalu di mesin CDM, saya akan bank in kan RM 10. Cuma perlu diambil kira di sini charge dan GST yang dikenakan sekiranya ada. (Mesin CDM bukan bank kita).

Perkara – perkara di atas adalah contoh. semakin unik self rules kita semakin menarik dan bangga kita melaksanakannya. Untuk ‘menjaga’ akaun ini daripada diusik, lupakan baki yang ada di dalamnya. Takut nanti bila kita lihat simpanan dah banyak, tiba-tiba ada sahaja benda yang hendak dibeli.

Berapa banyak harus disimpan?

10 sen. Sebenarnya tiada istilah berapa banyak perlu disimpan. Soalan yang lebih sesuai ialah berapa kerap kita boleh menyimpan dan berapa patuh kita dalam menyimpan. Yang penting ialah konsisten dalam menyimpan. Berapa ramai yang menyimpan setiap kali dapat gaji, tapi dihujung bulan mengorek kembali simpanan itu.

Kalau boleh simpan RM 1,000.00 sebulan dengan kaedah penjimatan yang strategik, nak tahu tak caranya?

Mereka tidak konsisten. Apa gunanya berjaya menyimpan setiap bulan kalau kita juga berjaya mengorek setiap bulan. Lebih baik dapat menyimpan setiap minggu, dalam jumlah sedikit, sama ada di awal bulan atau dihujung bulan, sama ada ada duit atau tidak, dan tidak pula perlu mengoreknya kembali.

Saya asyik korek tabung, di mana nak simpan supaya langsung tak boleh korek balik?

Ini masalah biasa. Kononnya apabila guna akaun Tabung Haji, kita akan susah nak keluar duit. Tapi akhirnya kita link dengan kad ATM Bank Islam atau Bank Rakyat, maka jadilah Tabung Haji sebagai akaun bank yang lain. ASB juga begitu. Walau terpaksa beratur panjang di Pejabat pos dan memerlukan cap jari, akhirnya kita keluarkan juga.

Menyimpan dalam bentuk emas juga begitu. Sehinggakan sudah kenal pegawai Ar Rahnu, boleh ajak main badminton petang-petang bersama. Jadi, Apa penyelesaiannya? Satu-satunya tabung yang anda tiada kuasa langsung untuk keluarkan balik ialah Tabung Masjid.

Ini bukan lawak. Contohnya, setiap kali ke masjid, mana duit yang kita hendak simpan, masukkan ke dalam Tabung Masjid. Berapa dividennya? Berapa ROI nya? Cuba sendiri baru tahu. Lain orang lain rate nya:

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!