Web Analytics

Cara Semak dan Bayar Saman Online Di MyEG & Rilek

Sekiranya anda mendapat saman, anda tidak perlu lagi pergi ke kaunter PDRM untuk bayar, anda sebenarnya boleh membayar saman secara online.

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai cara membayar saman anda dalam talian melalui MYEG dan juga laman web Rilek.

Bayar Saman Online Melalui MYEG

Jadi bagi mereka yang berpengalaman dengan menerima saman, mereka akan tahu bahawa PDRM kadang-kadang akan memberikan 50% diskuan untuk penyerahan trafik PDRM. Jadi, jika anda nak jimat wang, bila ada tempoh diskaun diberikan, perlulah anda rampat peluang ini dan buat bayaran dengan segera.

laman myeg

Untuk bayar saman anda secara online di MYEG, anda perlu mendaftar satu akaun dengan laman web ini terlebih dahulu.

myeg1

Membuat daftaran sangat mudah saja. Dalam satu minit sudah dapat selesai.

Setelah anda sudah ada akaun, anda kini boleh log masuk ke laman web MYEG.

myeg2

Di laman ini terdapat beberapa jenis saman yang boleh anda buat bayaran.

Yang pertama adalah saman JPJ. Yang kedua adalah saman PDRM.

Untuk kes ini, saya akan tunjuk macam mana bayar saman dengan PDRM.

Untuk membuat demikian, klik PDRM untuk meneruskan.

Sebaik sahaja anda berada di halaman PDRM, terdapat beberapa cara di mana anda dapat semak saman anda.

myeg3

Anda boleh masukkan nombor IC, nombor pasport, nombor pendaftaran syarikat atau nombor kenderaan untuk buat semakan.

Di sini saya menggunakan nombor IC untuk mencari saman saya.

myeg4

Lepas masukkan nombor IC, masukkan juga Captcha dan kemudian klik pada butang “Check Saman”.

Jadi saya dapat melihat nama IC dan jumlah saman yang saya ada di sini.

myeg5

Butiran lain seperti nombor kenderaan di mana saman dikeluarkan juga boleh didapati.

Nombor kereta atau gambar bukti juga dilampirkan pada saman ini.

myeg6

Untuk membayar saman ini, klik pada kotak centang untuk memilih saman yang ingin anda selesaikan.

Klik teruskan.

Anda akan dapat melihat jumlah yang perlu anda bayar. Perlu diingat bahawa ada servis caj yang dikenakan oleh MYEG.

Untuk bayar saman, klik teruskan ke pembayaran sehingga anda dapat menggunakan FPX atau anda boleh menggunakan kad kredit untuk membayar saman anda dengan MYEG.

myeg8

Klik bank yang anda mahu buat bayaran.

Klik seterusnya untuk teruskan.

Anda akan diarahkan ke halaman bank anda. Masukkan kata laluan dan klik tag permintaan yang akan dihantar ke telefon anda.

Masukkan nombor tag dan teruskan pembayaran ke MYEG.

okay penyata pembayaran anda kemudian akan dipaparkan di laman MYEG dan anda boleh mencetakkannya keluar dan simpan.

Bayar Saman Online Melalui MYEG

Untuk alternatif, boleh juga anda pakai laman Rilek untuk bayar saman online juga.

Boleh anda pakai laman ini untuk buat semakan dan bayaran saman trafik jika dikenakan. Anda boleh semak dan bayar saman yang dikeluarkan oleh JPJ, DBKL dan PDRM.

Jika nak pakai laman ini, boleh anda layar ke http://www.rilek.com.my/

rliek1

Jika ini merupakan pertama kali anda pakai laman ini, maka perlu anda daftar satu akaun terlebih dahulu. Lepas tu, boleh anda log masuk dengan nama dan kata laluan anda.

Klik ‘Search By’ dan semak sama ada saman JPJ / PDRM.

rliek2

Masukkan nombor IC dan tekan  ‘NEXT’

rilek3

Semua saman yang ada akan ditunjukkan di sini.

rilek4

Jika nak bayar, boleh klik pada saman yang nak bayar, lepas tu klik butang “Pay Selected Summons”.

rilek5

Jadi ia akan tunjukkan jumlah amaun yang kena dibayar, kemudian boleh klik “Pay Summons”.

Anda boleh pilih bank untuk bayar. Cakapkan saya pilih Maybank, maka ikut dan isi saja apa-apa yang diperlukan untuk buat bayaran melalui Maybank tu.

rilek7

Jika cuma nak tahu sama ada anda ada kena saman atau tidak, boleh juga anda semak dengan hantar SMS. Caranya adalah seperti berikut.

Semak Saman Polis SMS

Masukkan “POLIS SAMAN<Jarak>No. Kenderaan”
Lepas tu hantar ke “15888”
Contohnya: “POLIS SAMAN AKU8055”
semak saman dengan sms

Jadi dengan cara-cara yang dikongsikan di atas, ia dapat mempermudahkan anda untuk membuat bayaran saman secara online tanpa perlu pergi ke pejabat kerajaan untuk beratur. Buang masa saja. Boleh saja anda duduk di rumah dan buat bayaran dengan senang sekarang.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!