Definisi Masalah Kewangan
Ada sesetengah orang memang tidak tahu apa itu masalah kewangan atau mereka tidak menyedari bahawa situasi kewangan mereka yang sudah dalam keadaan yang teruk.
Secara umumnya, masalah kewangan adalah keadaan di mana anda tidak dapat memenuhi bil anda tepat pada masa atau tidak dapat memenuhi keperluan asas yang diperlukan.
Masalah Kewangan di Malaysia
Di negara Malaysia, masalah kewangan merupakan alasan utama di mana kebanyakan perkahwinan berakhir dengan perceraian. Apabila pasangan menghadapi masalah kewangan dan tidak dapat menyelesaikannya, biasanya diakhirkan dengan perceraian.
Bila seseorang cakap saya ada masalah kewangan, ia biasanya memberitahu anda bahawa dia sudah kekurangan wang untuk membayar perbelanjaan hariannya.
Punca Masalah Kewangan
Antara sebab-sebab yang menjadikan seseorang tidak cukup duit adalah termasuk:
Keguguran
Seperti masa mengalami wabak Covid-19, terdapat banyak syarikat yang terpaksa tutup kedai tanpa dapat buat sebarang bisnes untuk beberapa bulan. Dengan ini, syarikat tersebut mungkin perlu potong perbelanjaan dan memberhentikan kerja untuk pekerjanya.
Jika seseorang yang merupakan pekerja untuk sebuah syarikat seperti ini, dia akan mengalami keguguran dan pendapatannya akan hilang.
Jika dia tidak mempunyai sebarang simpanan, maka dengan serta merta masalah kewangan akan wujud.
Gagal dalam perniagaan
Sesetengah orang memulakan perniagaan tanpa membuat kajian yang teliti terlebih dahulu. Akibatnya, perniagaan mereka tidak dapat diteruskan dan perlu tutup kedai. Dengan ini,mereka mengalami kerugian yang besar dan kadang-kadang kena mengisytiharkan muflis.
Hutang Along
Ada orang yang suka buat pinjaman dengan peminjam yang tidak berlesen seperti Along untuk memberi barangan mewah yang mereka tidak mampu untuk tanggung. Dengan buat pinjaman bersama Along, biasanya mereka akan kenakan kadar faedah yang sangat tinggi.
Sekiranya anda tidak mampu untuk bayar balik pinjaman yang anda buat itu tepat pada masa, makan kadar faedah untuk pinjaman anda akan semakin meningkat.
Ia boleh jadi dalam masa yang singkat dan anda akan berada dalam keadaan yang susah jika Along paksa anda untuk bayar balik.
Hutang Kad Kredit
Dengan semakin senang untuk dapat memohon kad kredit pada masa ini, terdapat ramai orang yang mempunyai lebih daripada 1 kad kredit untuk pakai. Tambahan lagi, had kredit untuk kad sekarang memang diberikan dengan amaun yang amat tinggi, senang-senang boleh pakai kad kredit untuk perbelanjaan ke RM50,000.
Jika seseorang tidak berpendapatan tinggi tetapi suka belanja atas barang-barang yang bukan, memang dia akan selalu pakai kad kredit tanpa sedar berapa banyak dia sudah belanja.
Cuma sampai satu hari pihak bank hubungi dia bahawa limit kadnya sudah sampai tahap yang dibenarkan, baru dia sedar bahawa dia sudah belanja terlalu lebih. Pada masa ini, dia sudah tidak mampu untuk bayar balik.
Langkah-langkah Untuk Mengatasi
Strategi dan teknik belanjawan adalah berbeza-beza untuk keluarga yang berlainan. Misalnya, bajet yang sesuai untuk pelajar akan berbeza dengan bajet untuk seorang pesara. Tetapi ada 5 langkah asas dalam membuat anggaran. Semuanya penting kerana saling membina, membantu anda mengatur kewangan anda dengan bijak.
Langkah 1: Tetapkan Matlamat
Matlamat kewangan perlu dibuat untuk jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Untuk jangka pendek , matlamatnya perlu fokus pada penggunaan wang dari bulan ke bulan. Sementara matlamat kewangan untuk jangka masa panjang adalah berkaitan dengan perbelanjaan dan wang simpanan selama berpuluh-puluh tahun.
Langkah 2: Hitung Pendapatan dan Perbelanjaan Anda
Setelah anda menentukan matlamat kewangan anda, anda memerlukan rancangan untuk mencapainya. Untuk melakukan ini, anda perlu menilai pendapatan dan perbelanjaan anda. Kebanyakan orang membuat bajet ikut bulanan kerana kebanyakan bil adalah mengikut jadual bulanan.
Langkah 3: Analisis Perbelanjaan Anda dan Seimbangkannya
Tujuan dalam penganggaran adalah untuk memastikan perbelanjaan anda tidak melebihi pendapatan anda.
Langkah 4: Kaji Semula Belanjawan Asal Anda
Setelah memantau pendapatan dan perbelanjaan selama satu atau dua bulan, anda akan lebih mengetahui bidang yang perlu disesuaikan. Mungkin anggaran pendapatan bulanan awal anda bukan tepat sangat, atau mungkin anda tidak mengambil kira perbelanjaan seperti pembaikan kereta atau belanja atas makan di luarr. Lakukan penyesuaian, tetapi selalu seimbangkan aliran duit masuk dengan aliran keluar.
Langkah 5: Komitmen
Membuat belanjawan adalah langkah terbaik untuk menuju masa depan yang lebih baik dari segi kewangan untuk anda dan keluarga. Mematuhi anggaran anda akan mencapai matlatmat ini. Kekal realistik, kerap menilai situasi kewangan and adan jangan takut untuk menyesuaikan diri. Penganggaran adalah mengenai keseimbangan.
Cara Mengurus Kewangan Keluarga
Jika anda ingin mengubah keadaan kewangan, boleh anda pertimbangkan dengan apa yang dibincangkan di bawah untuk mengatasi masalah kewangan dalam keluarga.
Jangan Beli Barang Yang Anda Tidak Mampu Tanggung
Sekiranya sesuatu barang yang anda ingin beli adalah ditawarkan untuk dibeli dengan pakai kad kredit atau diberikan dengan tawaran tanpa faedah, maka itu mungkin merupakan satu petanda baik bahawa anda tidak mampu untuk membelinya. Barang yang memberi tawaran tanpa faedah akan memberikan anda kesusahan yang bukan pada masa anda beli tetapi pada masa lepas anda belinya balik ke rumah. Sebab lepas tu, anda mula perlu bayar untuk barang yang anda beli itu setiap bulan yang akan menambahkan beban atas perbelanjaan bulanan.
Apa yang lebih baik adalah jangan anda beli barang yang anda tidak mampu untuk beli. Lebih baik anda simpan duit dulu sampai duit itu cukup untuk bayar sekaligus baru anda pertimbangkan untuk membuat pembelian.
Selesaikan Hutang
Hutang adalah halangan besar bagi banyak orang apabila mereka ingin mencapai matlamat kewangan. Itulah sebabnya anda harus menjadikannya sebagai satu keutamaan. Sediakan rancangan penghapusan hutang untuk membantu anda bayar balik dengan lebih cepat.
Contohnya, semasa membuat pembayaran minimum untuk semua akaun hutang anda, bayar wang tambahan untuk satu hutang pada satu masa. Setelah melunaskan satu akaun hutang, pindahkan semua wang yang anda bayar pada hutang pertama ke hutang berikutnya dan teruskan dari sana, ini akan mempercepatkan langkah untuk selesaikan semua hutang anda.
Menyediakan Dana Kecemasan
Simpanan wang untuk kecemasan adalah sangat penting. Amalan terbaik semasa berusaha menjimatkan simpanan kecemasan adalah dengan menjimatkan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji anda.
Ini akan menampung perbelanjaan anda sekiranya anda kehilangan pekerjaan, mengalami kecederaan yang menghalang anda bekerja, atau ketika anda memerlukan wang untuk menyelesaikan masalah dalam kecemasan.
Cara Mengatasi Masalah Kewangan Syarikat
Adakah perniagaan anda mengalami kesukaran kewangan dan anda berjuang denga kuat demi menahankan syarikat anda? JIka ya, maka anda perlu mula membuat beberapa perubahan besar untuk mengatasi masalah yang timbul.
1. Menguruskan Aliran Tunai
Membuat rancangan untuk mengetahui dari mana wang tunai anda akan diterima untuk bulan seterusnya. Dengan ini, anda boleh pastikan bahawa anda mempunyai duit yang cukup untuk buat pembayaran yang lebih cemas.
Jika anda berjuang membuat bayaran hutang yang diutamakan, mencari pemberi pinjaman alternatif boleh menjadi dorongan yang anda perlukan untuk menarik anda keluar dari situasi kemerosotan wang tunai ini.
Salah satu senjata terbaik untuk memerangi masalah kewangan adalah dengan membuat anggaran. Anggaran adalah rancangan perbelanjaan bulanan untuk pendapatan anda. Membuat anggaran adalah seperti menyalakan lampu untuk mencari jalan mengelilingi dalam bilik yang gelap. Anda tidak perlu lagi bersiar-siar dalam kegelapan;
3. Susun semula Rancangan Perniagaan Anda
Setelah anda mendapat pendidikan yang tepat tentang bagaimana menangani kewangan syarikat anda, inilah masanya untuk membuat beberapa perubahan pada struktur perniagaan. Sekiranya perniagaan anda mengalami kekangan ini sejak sekian lama, ia mungkin disebabkan oleh struktur perniagaan yang salah yang perlu diperbaiki.
4. Tingkatkan Kesedaran Perbelanjaan Anda
Boleh anda selalu membuat pertanyaan pada diri sendiri sama ada anda cuma belanja atas barang yang diperlukan, atau sama ada anda mempunyai duit yang mencukupi untuk membeli barang yang anda inginkan?
Dengan selalu membuat pertanyaan soalan ini dengan diri sendiri, ia akan menumbulkan kesedaran perbelanjaan pada minda anda.
Baca juga: