Sekiranya anda masih belajar atau baru nak masuk ke universiti untuk lanjutkan pelajaran, anda mungkin perlukan satu bank simpanan untuk ahli keluarga masuk duit sokong perbelanjaan bulanan.
Jika anda masuk ke universiti yang jauh dari rumah, memanglah mempunyai satu akaun bank simpanan adalah satu perkara yang amat diperlukan. Jika tak ada bank akaun, takkan setiap bulan kena balik kampung untuk minta duit dari ibu bapa?
Di sini saya ingin berkongsi bersama anda semua tentang cara untuk buka satu akaun simpanan dengan Bank Islam. Bank Islam mungkin tidak banyak popular macam Maybank atau CIMB, tapi kemudahan yang diberikan juga amat menyenangkan para pelajar.
Cara yang dikongsikan di sini adalah tumpu kepada pelajar yang masih belum ada akaun dan cuma nak buka baru akaun Bank Islam. Harap apa yang dikongsikan di sini dapat permudah para pelajar dan dapat jimatkan masa semasa buat urusan di bank.
Proses Buka Akaun Bank Islam
Bawa Kad Pengenalan dan kunjung ke mana-mana Bank Islam yang dekat dengan tempat tinggal anda.
Pastikan anda bawa kad pengenalan original dan salinan kad pengenalan(depan dan belakang) yang dicetak dalam A4 sized. Untuk pelajar, bawa salinan surat tawaran universiti bersama juga sebab kadang-kadang bank officer tu akan minta. Jika lupa, mungkin tidak dapat buka akaun dan sia-siakan masa anda saja.
Sebaik saja sampai ke bank, jangan terus pergi ambil nombor sebab anda mungkin salah ambil nombor yang bukan buat urusan bukan akaun. Jadi sebelum anda ambil nombor, lebih baik untuk anda buat pertanyaan di kaunter customer service terlebih dahulu. Biasanya bank akan sediakan tempat buat pertanyaan. Bagi tahu customer service tentang tujuan anda dan dia akan tunjuk anda untuk ambil nombor yang betul.
Lepas ambil nombor, anda cuma perlu duduk dan tunggu nombor giliran anda dipanggil. Masa ini boleh anda main dengan telefon pintar jika ada ramai orang dan anda perlu tunggu lama untuk sampai giliran anda.
Sebaik saja nombor anda dipanggil, boleh anda pergi ke kaunter berkenaan. Kakitangan bank itu akan minta kad pengenalan terlebih dahulu. Selepas bagikan kad pengenalan, dia akan serahkan borang yang perlu anda isi. Anda cuma perlu isi ikut arahan yang diberikan olehnya.
Anda perlu pastikan bahawa anda ada semua maklumat-maklumat yang diminta, seperti alamat, nombor telefon, nama ibu bapa, dll. JIka tidak, mungkin ibu bapa anda perlu ikut bersama anda pergi bank kot? Haa….
Anda mungkin akan perlu isi borang yang banyak. Antaranya termasuk 1 borang butiran diri, 2 kad tandatangan spesimen, 2 borang akad, 1 slip deposit wang tunai di mana anda akan masukkan duit simpanan pertama ke dalam akaun, dan 1 borang kuning untuk memohon kad ATM. Perlu anda Isi semua borang ini sampai siap.
Lepas siap isi semua borang, tunggu sekejap dan kad simpanan akaun Bank Islam akan diberikan kepada anda. Selain ini, officer juga akan bagi anda satu slip rasmi Pembukaan Akaun Simpanan Tanpa Buku. Jangan anda cuba minta passbook dari officer sebab Bank Islam memang tidak lagi bagi buku simpanan.
Selepas perolehi kad ATM, anda perlu pergi ke mesin ATM dan masukkan RM130 ke dalam bank untuk activate akaun anda. RM130 merupakan kos untuk buka akaun. Officer bank akan pesan anda untuk masuk PIN di ATM dan ingatkan nombor PIN itu. Dan boleh terus buat pendaftaran untuk online banking dekat ATM. Lepas tu boleh anda activate online banking via internet bila balik rumah.
Buat Bayaran Yuran Pelajaran Universiti di Bank Islam
1. Ambil borang deposit tunai/pembayaran bil dan isi:
- Tulis nama sendiri
- Bayaran kepada : Nama Universiti anda
- Tujuan bayaran : yuran pengajian
- Jumlah : RMxxx
2. Ambil nombor giliran
- Selepas siap isi borang, boleh ambil nombor giliran. Sediakan wang tunai yang mencukupi dan tunggu nombor dipanggil.
- Sebaik saja nombor anda dipanggil, serahkan borang bersama dengan wang tunai. Selepas kakitangan bank tu dah siap urusan pembayaran anda, dia akan bagi bil bayaran atau resit kepada anda.Bil ini adalah sangat penting kerana ia merupakan bukti anda sudah buat pembayaran yuran anda. Jadi perlu anda simpan dengan baik dan jangan hilangkan.
Dengan ini, sudah selesai untuk bayar yuran pelajaran anda.
Baca juga: