Membuka akaun syarikat atau juga disebut akaun semasa adalah amat penting bagi seseorang yang ingin buka kedai atau menjalankan sesebuah perniagaan.
Bukan apa, nak kasi akaun perniagaan tak campur dengan akaun peribadi itu merupakan perkara yang paling utama demi urusan dengan bijak dan cermat.
Sekiranya anda tidak bezakan tapi campur dua-dua dalam bank simpanan akaun anda, maka anda tidak akan tahu di mana anda habiskan duit modal, dan duit keperluan sendiri ke mana.
Pengalaman Dengan Buka Akaun Semasa di CIMB Bank
Hari ni saya buka akaun semasa untuk syarikat yang baru saya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) pada minggu lepas. Saya pergi untuk buka akaun semasa itu di CIMB Bank yang terletak di Kluang, Johor.
Dokumen yang diperlukan untuk buka akaun semasa di CIMB Bank adalah seperti berikut:
- Salinan fotostat sijil perniagaan (sijil SSM)
- Salinan kad pengenalan
- Cop syarikat (buat yang tiada alamat contoh bentuk bulat. jika kita tukar alamat syarikat tak perlu tukar cop)
- Wang deposit sebanyak RM 1,000
Apa yang perlu anda lakukan?
1. Pergi ke cawangan CIMB yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Bertiahu kepada information kaunter bahawa anda ingin untuk buka akaun syarikat. Lepas bagi tahu tujuan anda, kakitangan di information kaunter itu akan berikan anda satu borang untuk diisi.
2. Pegawai di information kaunter akan bantu dan beritahu anda mana bahagian dalam borang itu yang perlu diisi. Kat sini terdapat beberapa muka surat yang anda perlu gunakan cop syarikat untuk cop ke atas borang itu.
3. Setelah anda selesai untuk isi semua maklumat yang diperlukan dalam borang itu, seterusnya anda boleh pergi ke kaunter berurusan dan jumpa dengan pegawai yang ditugaskan.
4. Bila sampai giliran anda, pegawai tersebut akan minta dokumen sijil SSM dan kad pengenalan asal daripada anda untuk membuat pengesahan. Anda perlu tahu sifat perniagaan anda sebab pegawai itu akan tanya tentang perniagaan utama yang anda jalankan.
5. Lepas tu, anda perlu tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil. Pihak kaunter akan proses semua dokumen yang anda serahkan dan minta deposit RM 1,000 untuk buka akaun semasa di bank CIMB.
6. Siap proses dan akaun telah dibuka. Mereka akan suruh anda datang selepas 3 hari untuk ambil buku cek, kad ATM dan permohonan untuk CIMB Clicks (urusan dalam talian).
Masa Yang Lebih Sesuai Untuk Buka Akaun
Saya cadangkan kalau anda nak buka akaun syarikat, adalah lebih baik untuk anda pilih pergi pada hari Isnin sebab hari Khamis dah boleh selesai semua urusan. Dengan itu, anda boleh dapatkan semua diuruskan dalam satu minggu tanpa sebarang kelewatan.
Urusan yang saya kongsikan tadi semuanya mungkin ambil masa mungkin tidak ambil masa yang panjang. Ia adalah bergantung kepada kesesakan bank apabila anda pergi buat urusan.
Bagi saya, semua urusan yang saya lalui ambil masa tidak sampai 1 jam. Ini adalah oklah bagi saya.
Jadi, semoga artikel yang saya kongsikan ini dapat membantu anda yang tertanya-tanya bagaimana nak buka akaun syarikat di CIMB dan anda boleh saja pergi ke CIMB Bank untuk buat urusan dengan ikut apa yang saya lalui.
Baca juga:
Terima kasih atas perkongsian. Tadi saya pergi CIMB juga. Tak perlu introducer tapi kena lah sign up credit card je, atau apa2 sahaja produk mereka. Ingatkan immediately boleh buka akaun. Rupanya makan masa 3-4 hari juga.
Deposit tu boleh keluarkan hari yg sama atau tunggu selepas selesai?
Sebaik saja dapat kelulusan dah boleh keluar.
Kalau saya takda chop syarikat mcm mana puan… Saya peniaga kecil saja.. Baju2 bundle
Asalkan ada nama kedai dah boleh buat chop. Pergi kedai alat tulis biasa boleh buat chop utk RM30 atau RM40 utk satu chop.
Nak apply Macan mana
Boleh rujuk ke sini:
https://www.cimb.com.my/bm/personal/day-to-day-banking/accounts/current-account/basic-current-account.html
Tterima kasih atas informasi
Salam ..perlu ada introducer ke ?
Ya, perlu.
Salam,nak tanya macam mana nak dapatkan sijil SSM dan apa perlu buat kalau tiada Cop Syarikat?
Pergi kedai stationery buat satu cop dah boleh. Sijil SSM boleh pergi ke pejabat SSM minta.
Salam, klu deposit 1000 tu, nt boleh kluarkn balik kn? Lepas tu minimum kene tinggalkn dlm acc bank rm brp ye?
Ya boleh keluar balik. Jika tak silap, minimum tinggal RM20.
saya nak tnya kalau buka akaun bank bulan2 bank ade buat penolakan apa2 tak??
Tak ada caj bulanan punya.
salam sy dh gie cimb x dpt buat aper2….kna tgu dier call
nak tnya pihak bank tnya kita x smada msuk dlm ccris
Kebanyakan bank akan tanya.
syuhada..klu syarikat perkongsian..director tiada rekod ccris,..tetapi partner beliau ada rekod ccris..masih boleh buka current akaun tak?..TQ
hmm. sy apply akaun semasa secara online je. tengok syarat tk perlu introducer, Dokumen pun dah serah pada bank hari khamis, cuma bank cakap line slow / tkde line dia x blh akses sistem.
bank kata tunggu esok call tapi masih tak call lagi.
sekarang sebarang perniagaan memang wajib kne ade SSM dan akaun semasa nama syarikat. mudah nak berurusan
Ssm ade tempoh matang tak ya? Ataupun baru daftar ssm dah boleh bukak current account?
Sebaik saja dah ada SSM,boleh buka current account terus.
Kena sign up ke product lain kalau nak buka current acc? Introducer tu siapa saja yg ada acc current ke atau semasa lebih tempoh 1tahun ya?
Boleh ke daftar syarikat tpi guna akaun peribadi?
Katakan sya invoice ats nama syarikat tpi pembayar bnk in pd akaun personal?
Assalam. Sy dh ada ssm. Sy ada bbrpa soalan.
1. Cop perlu ada logo?
2. Introducer tu klu xde mcmna?
3. Klu ada ccris or ctos boleh buka akaun company?
Terima kasih
diorang minta invoice letter perniagaan n lesen cidb bru bole proceed
Asalam.brapa Rm nk buat akun cimb yee??
Klau nk bukak acc syarikat kena ade introduce kerr..
Ya.
Sekarang nak buka acc companya wajib ada lesen pejabat agama jugak ka.. Sbb pegawai bank bgtau suruh pergi buat lesen kt pejabat agama
Jika bank ckp begitu perlulah kita ikut saja. Dia bank yang paling tahu apa yg diperlukan.
Salam, nak tanya.
Kalau SSM expired lebih setahun, apa jadi dhn current akaun CIMB biz tu ya?
Current akaun anda mungkin sudah dibeku oleh CIMB. Mcm mana pun, boleh anda semak sama ada anda masih boleh login ke current akaun atau tidak.
kalau kita bwt pnjama duit 10k la contoh,trus pihak syarikat yg memberikn pjaman tu kena bagi duit yg kita pinjam tu melali ne akaun semasa,busines acc,but deposit rm3k logik ka ?mmng deposit 3k kacm mna tu ada sapa2 bole tolong x urg susah ne
deposit itu biasanya untuk buka akaun saja. Bila dah buka, boleh anda pakai duit itu terus.
Salam ..nk tanya..klau cimb minta dftar online tu mcm mana ya? Setiap kali dftr mesti tak lepas..
jika tak lepas terus call support mereka utk tanya.
Pengalaman saya buka current account CIMB. Mudah dan pantas. Staff mesra. Isi borang.. Tak tau isi tinggalkan je.. Nnt peg Bank guidekan. Hantar semula ke peg bank tu.. Dia semak borang.. Tanya pasal perniagaan yg kita buat. Mcm interview skit la. Lepas 3 hari baru dtg. Hari ke 3 pagi2 dh call mintak dtg ke Bank.. Peg Bank minta Bank in 1000. Selesai..
Dokumen perlu bawa. Salinan Daftar Perniagaan SSM.. Apa2 yg bekenaan SSM tu bawak je.. Siap potostat
CIMB Taman Maluri terbaik
Lepas akaun dah bukak. Pihak bank akan kasi kita apa eh?
Kad ATM dan online akaun akan diberikan. Jika nak buku cheque, boleh bagi tau, pihak bank akan kasi.
Salinan dftr ssm tu yg muka depan 1 page tu je ke? Sbb penah pgi bank tanya, bank ckp kena p pjbt ssm mi ta kat diorang & ada 3 page.. Betul ka? Boleh print online x?
Bisnes yg berdaftar dgn nama tred perlu introducer tak untuk CIMB? harap dapat mudahkan urusan saya.
Lebih baik tanya di cawangan CIMB yang berdekatan.
Tumpang tanya kalau nama company berkongsi , tapi kedai nama seorang je , ssm nma sorg je , dan sekarang yang pemilik nma tu telah meninggal dunia dan mereka yg berkongsi tu tak ada kertas hitam putih bahawa peniagaan tu berkongsi bersama , sebelum nie si arwah yang menguruskan segala akaun duit keluar masuk , jadi apa yang perlu dilakukan oleh rakan kongsi yang lain
Kes seperti itu lebih baik untuk anda buat tanyaan kepada bank berkenaan atau bincang dengan seorang peguam perniagaan.
Maaf saya ingin tanya, saya dapat check, saya dapat surat buka accaount cimb bank, berapa kalau nak buka account cimb jika ade salinan kilang
RM1,000
Akaun untuk syarikat ni didaftarkan atas Nama syarikat sahaja atau pemilik syarikat terlibat
Syarikat lama saya sudah tukar pemilik
So saya takut akaun syarikat lama saya Masih Ada mana saya
Salam.. saya nak Tanya link untuk daftar online? Pening dah nie nak buat online.
https://www.cimb.com.my/en/business/solutions-products/deposit-investments/current-account/online-business-current-account.html
Salam nak tnya umr 20 tahun boleh ke nak bukak akaun syarikat?
Lebih baik buat pertanyaan kepada Bank CIMB.
ade penarikan rm300 sebulan ke.knpa sy nk buat acc pernigaaan .pkerja bank tu bgthu stiap buln cimb akn trik rm300.btul ke
ade ape2 penarikn x sebyk rm300.knpa yg sy pkerj acimb ckp kne trik rm300 sebulan.sy pelik sbb mmber buat kt klntn xperlu trik rm300 pom
Lebih baik untuk buat pertanyaan sendiri ke bank itu.
Kalau baru buat ssm & terus buka akaun boleh ke? Lepastu nak tanya boleh ke untuk peniaga online?
Boleh.
Salam . kalau kita nak buka current account personal . kena ada ssm jugak ke ?
and current account tu ada had limit ke ?
ya personal pun kena ada ssm. tak ada had limit.
Lesen perniagaan tak sama ke dengan ssm?
Walaupun perniagaan telah didaftarkan dengan SSM, pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapatkan lesen, izin atau surat kelulusan dari pihak berkuasa lain yang relevan untuk menjalankan perniagaan mereka.
Assalam. Sy dh ada ssm. Sy ada bbrpa soalan.
1. Cop perlu ada logo ke…klu bbh nama n no syarikat je blh x.
2. Introducer tu ape ye…introducer perlu ade kw….
cop tak payah logo. Nama syarikat dan ssm nombor ada dah ok.
introducer adalah seseorang yang sudah ada akaun dengan bank berkenaan.
Sy sudah pegi ke cimb mereka ckp isi online . Bila isi online macam ssh sangt nak masuk. lps tu step by step pun x fhm mcm mane nak isi
Saya dah ada acc personal dengn cimb..saya tan tanya soalan
1.kalau nak tukar acc atas nama sendiri ke acc syarikat boleh ke?
acc syarikat is current acc. acc personal biasanya saving acc saja. Jadi tak sama.
Salam, saya nak tanya..saya dah buka account syarikat..boleh ke mintak card? Atau memang tak ada card? Kalau ada..perlu bawak apa-apa ke untuk isi borang?
Ya boleh, pihak bagi debit card.
Apa perlu korang bawak:
– Kad pengenalan
– Deposit permulaan minimum RM500
– Satu salinan bil utiliti untuk pengesahan alamat
Salam.. nk tnye. Boleh ke klu sy buka akaun company tpi ssm atas nama adik sy…
Ya, anda boleh membuka akaun syarikat di Malaysia atas nama adik anda, dengan syarat anda mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang terkait dengan pendaftaran syarikat di Malaysia. Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.
Antara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan adalah:
Kepentingan pemilikan syarikat – Adakah anda memerlukan pemilikan syarikat tersebut sebagai pemilik sebenar atau sebagai pengarah utama syarikat? Jika tidak, anda boleh mendaftarkan syarikat di bawah nama adik anda sebagai pemilik sebenar atau pengarah utama.
Kepentingan kewangan – Adakah anda memerlukan akaun syarikat untuk tujuan perniagaan atau keperluan peribadi? Jika ia adalah untuk tujuan perniagaan, maka anda perlu mempertimbangkan keperluan kewangan syarikat anda dan kemampuan adik anda untuk menguruskan akaun syarikat.
Kelulusan dan tanggungjawab – Adakah adik anda mempunyai keupayaan dan pengetahuan yang mencukupi untuk menguruskan akaun syarikat anda? Jika ya, maka anda boleh memilih untuk mendaftarkan syarikat di bawah nama adik anda. Walau bagaimanapun, ia adalah penting untuk memahami bahawa adik anda akan bertanggungjawab sepenuhnya atas akaun syarikat tersebut.
Sekiranya anda memutuskan untuk mendaftarkan syarikat di bawah nama adik anda, pastikan bahawa anda telah berunding dengan adik anda dengan teliti dan membuat keputusan yang terbaik bagi kepentingan kedua-dua pihak. Pastikan juga bahawa anda telah memahami sepenuhnya peraturan dan undang-undang berkaitan dengan pendaftaran syarikat di Malaysia.