Web Analytics

Cara Buat Surat Perjanjian Sewa Rumah dan Contoh

Jika anda mempunyai rumah kosong yang sedia untuk disewa kepada orang lain, tetapi anda tidak tahu macam mana untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah, maka anda boleh rujuk post di blog ini untuk mengetahuinya.

Apa itu Surat Perjanjian Sewa Rumah?

surat perjanjian sewa rumah

Surat perjanjian sewa rumah atau tenancy agreement adalah kontrak sah di antara tuan rumah dan penyewa. Ia merangkumi tanggungjawab kedua-dua belah pihak untuk seluruh tempoh penyewaan.

Untuk membuat surat perjanjian sewa rumah selengkap mungkin, tuan rumah boleh upah peguam untuk membuatnya. Penyewa juga boleh upah peguam mereka sendiri untuk menyemak perjanjian itu dan membuat perubahan sebelum menandatangani.

Tetapi pengupahan peguam untuk menyediakan perjanjian penyewaan adalah sangat mahal. Oleh itu, banyak orang memilih untuk menyediakan perjanjian mereka sendiri dan meminta pihak lain untuk menyetujuinya.

Pada mulanya, ia adalah penting untuk diperhatikan bahawa perjanjian sewa rumah di Malaysia biasanya ditetapkan untuk jangka masa 1 – 3 tahun dan kontrak tersebut memerlukan pembayaran untuk beberapa deposit seperti deposit untuk bil air, elektrik, dan sebagainya.

Tiada Perjanjian Yang Standard

Hak dan kewajiban undang-undang ini merangkumi syarat-syarat penyewaan dan syarat-syarat yang harus dipatuhi selama tempoh penyewaan.

Biarpun tuah rumah nak sewa rumahnya kepada untuk taska, pelajar, usahawan, kantor atau sesiapa pun, menang tidak ada borang standard untuk perjanjian penyewaan yang boleh didapati. Tetapi biasanya ia akan merangkumi:

  • Butiran tuan rumah dan penyewa.
  • Tempoh mula dan akhir untuk penyewaan rumah yang dipersetujui.
  • Perincian mengenai pembayaran sewa seperti jumlah yang harus dibayar, pada tarikh berapa ia harus dibayar dan bilakah terdapat kenaikan penyewaan.
  • Jumlah deposit yang perlu dibayar dan cara pembayaran.
  • Tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh penyewa dan tuan rumah sepanjang tempoh penyewaan.
  • Tempoh pemberitahuan dan bilangan notis yang perlu diberikan oleh tuan rumah dan penyewa untuk menamatkan penyewaan.
  • Syarat-syarat pembaharuan perjanjian sewa rumah.
  • Cara dan Kaedah untuk menyelesaikan pertikaian.
  • Apa kemudahan yang akan diberikan oleh tuan rumah untuk penyewaan seperti perabot(rent with furniture) atau kelengkapan.
  • Tujuan penyewaan.
  • Perincian harta tanah yang disewa.

Pihak tuan rumah dan penyewa dibenarkan untuk merundingkan terma dan syarat perjanjian penyewaan. Namun, jika mereka telah menandatangani dokumen, dokumen tersebut akan terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan.

Walaupun biasanya tuan rumah akan memberikan perjanjian penyewaan, tetapi sebagai penyewa jika mampu, boleh anda upah peguam untuk memeriksa juga perjanjian sewa. Ini untuk memastikan hak anda sebagai penyewa dapat dilindungi.

Deposit Yang Dibayar oleh Penyewa

Secara umumnya, penyewa perlu membayar 3 jenis deposit:

1. Deposit Earnest

Deposit Earnest dibayar untuk menempah rumah yang penyewa ingin sewa agar tuan rumah tidak memberikan sewa kepada orang lain selama 7 hari tempoh sebelum menandatangani perjanjian.

Amaun yang dibayar biasanya sama dengan jumlah yang dibayar untuk sewa sebulan. Sekiranya perjanjian itu dilaksanakan, Deposit Earnest akan dianggap sebagai bayaran yang dibayar untuk penyewaan bulan pertama.

2. Deposit Jaminan

Deposit jaminan bertujuan untuk melindungi tuan rumah, sekiranya penyewa melanggar syarat kontrak.

Sekiranya penyewa melanggar perjanjian penyewaan, tuan rumah mempunyai hak untuk melucutkan atau menyetorkan deposit.

Biasanya jumlah deposit jaminan yang perlu dibayara adalah 2 bulan.

Sekiranya penyewa tidak melakukan pelanggaran perjanjian penyewaan, deposit ini akan dibayar kembali kepada penyewa pada akhir tempoh penyewaan.

3. Deposit Utiliti

Deposit Utiliti dibayar supaya tuan rumah dapat menggunakan wang ini untuk membayar sebarang bil utiliti yang belum dijelaskan.

Amaun deposit utiliti yang perlu dibayar biasanya adalah setengah bulan.

Deposit jaminan dan deposit utiliti akan dibayar kepada tuan rumah pada saat menandatangani perjanjian penyewaan.

Sebagai contoh, jumlah deposit yang perlu dibayar oleh penyewa (jika sewa bulanan adalah RM1,500):

  • Deposit Earnest = RM1,200
  • Deposit jaminan = RM2,400
  • Deposit utiliti = RM600

Jumlah keseluruhan yang dibayar untuk deposit = RM4,200

Sewa Rumah Tiada Perjanjian

Ada sesetengah orang yang pergi sewa rumah yang tiada perjanjian. Lepas duduk dalam rumah itu buat beberapa bulan, tuan rumah sudah nak naik harga. Dan disebabkan tiada perjanjian black and white yang ditangani, maka penyewa itu terpaksalah bayar juga walaupun harga sewa dinaikkan. Jika tidak mahu, penyewa perlulah pindah keluar rumah dengan segera.

Jadi, untuk dapatkan jaminan, penyewa adalah dinasihatkan mesti tandatangan perjanjan dengan tuan rumah sebelum sewa rumah itu.

Di bawah ini adalah gambar snapshot untuk contoh surat perjanjian sewa rumah atau kontrak rumah untuk kediaman yang ringkas dan lengkap.

contoh-1 contoh-2 contoh-3 contoh-4 contoh-5

Jika anda tidak tahu macam mana buat perjanjian, tetapi anda tidak mampu upah peguam dan ingin sediakan sendiri, di sini ada disediakan format surat perjanjian sewa rumah bermaterai berserta isinya dalam bahasa melayu. Sekiranya anda perlukan untuk cetak keluar, boleh anda muat turun dengan versi PDF ini(Sample Free Download).

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!