Hari ini saya ingin berkongsi bersama anda beberapa petua pengurusan kewangan untuk membantu anda meredakan kebimbangan yang berkaitan dengan kewangan dan meningkatkan kekayaan anda.
Sekiranya anda sering merasakan bahawa jika anda lebih kaya dan anda akan tidak perlu risau tentang hal-hal yang berkaitan dengan kewangan, maka anda harus mempelajari kemahiran ini.
Sekiranya keadaan kewangan anda sekarang sudah agak baik, membaca artikel ini pasti akan membantu anda meningkatkan kaedah pengurusan perbelanjaan anda juga. Secara keseluruhan, mempunyai kemahiran pengurusan kewangan yang baik akan sangat membantu dalam kehidupan anda.
1. Buat rancangan perbelanjaan bulanan
Dalam pengurusan kewangan, buat belanjawan harus menjadikan perkara yang paling asas yang perlu dilakukan. Membuat rancangan perbelanjaan bulanan adalah sangat penting tetapi banyak orang masih mengabaikan untuk rekod rancangan perbelanjaan mereka.
Ada juga orang yang tidak mahu buat rancangan perbelanjaan bulanan sebab mereka rasa ia merupakan satu perkara yang menyusahkan. Mereka tidak suka kiraan nombor dan mereka tidak suka menghadapi sebarang batasan ketika mereka ingin belanjakan wang.
Tetapi jika anda tidak membuat rancangan perbelanjaan bulanan untuk membatasi penggunaan wang anda, baki kad bank anda akan membatasinya untuk anda.
Bagaimana keluarkan satu rancangan perbelanjaan bulanan yang baik?
Secara ringkasnya, rancangan perbelanjaan perlu merangkumi dua bahagian: pendapatan dan perbelanjaan
Keluarkan buku akaun anda dan senaraikan pendapatan anda di lajur kiri. Ini adalah bahagian yang agak mudah. Secara amnya ia merangkumi gaji dan sumber pendapatan anda yang lain.
Lajur kanan adalah tentang apa yang akan dibelanjakan untuk bulan ini. Biasanya termasuk makanan, pakaian, perumahan dan pengangkutan. Apa yang jadi lebih menyusahkan di bahagian ini ialah anda perlu membuat ramalan untuk sesetengah perbelanjaan.
Sebilangan perbelanjaan adalah tetap setiap bulan. Tetapi untuk perbelanjaan yang tidak tetap, ia adalah sukar untuk diramal. Walau bagaimanapun, setelah anda melakukannya untuk beberapa kali, anda akan menyesuaikan diri dengannya. Ini adalah kunci untuk membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.
Di bahagian perbelanjaan ini, jangan lupa untuk simpan wang. Sama ada wang yang anda gunakan setiap bulan untuk fixed deposit dalam bank atau wang yang anda gunakan untuk pelaburan, ia akan dikira sebagai perbelanjaan sebelum ia menjana pendapatan.
Tujuan membuat rancangan perbelanjaan adalah untuk memastikan bahawa jumlah keseluruhan pada lajur pendapatan selalu lebih besar daripada lajur perbelanjaan. Jika perbelanjaan anda melebihi pendapatan, maka perlu anda segera menyesuaikan untuk mengurangkan beberapa perbelanjaan yang tidak perlu.
2. Perbelanjaan yang besar mesti dibuat dengan teliti
Selain dari perbelanjaan harian, kita semua mahu membeli beberapa barang besar, atau memerlukan perbelanjaan besar untuk memberi ganjaran kepada diri kita sendiri. Contohnya, pergi bercuti, membeli telefon pintar baru, komputer riba baru, dll.
Pada hari gaji kami, kami akan menerima sejumlah wnag yang besar. Pada masa ini, ia akan memberi kita ilusi bahawa kita boleh membeli atau membayar ganjaran yang kita impikan dengan mudah.
Tetapi jangan lupa, walaupun pendapatan yang kita terima adalah sejumlah wang yang banyak, kita perlu menggunakan wang itu untuk jangka masa yang panjang.
Jadi, sekiranya anda ingin pergi bercuti, perlu anda semak bahagian hiburan dan riadah, lihat sama ada anda mempunyai anggaran yang mencukupi. Sekiranya wang adalah cukup, maka anda bolehlah menikmati diri dengan perbelanjaan ini. Sekiranya tidak mencukupi, anda perlu tekun berusaha lagi untuk simpan wang dan menundakan kehendakan anda.
3. Jangan abaikan perbelanjaan kecil
Perbelanjaan besar akan membuat kita sakit gigi, tetapi kita sering abaikan perbelanjaan kecil. Perbelanjaan seperti minum kopi di Starbucks, makan di restoran, beli baju, dan sebagainya. Memamg kita banyak buat perbelanjaan kecil setiap hari tanpa pedulikan terlalu banyak, tetapi ia akan menyebabkan kad bank kita jadi negatif jika kita abaikannya.
Saya mengenali beberapa orang di mana walaupun mereka ada buat belanjawan bulanan, mereka hanya rekod perbelanjaan besar. Kebanyakan dari mereka merasakan bahawa perbelanjaan kecil cuma terlibat sikit wang saja dan tidak perlu catatkan. Tetapi akhirnya mereka mendapati apa yang habiskan kebanyakan wang mereka adalah dalam lingkungan perbelanjaan kecil ni.
Jadi, untuk mengelakkan perbelanjaan yang keterlaluan, anda perlu mencatat perbelanjaan anda dengan teliti sama ada amaun itu besar atau kecil.
4. Anda harus mengawal semua hutang anda
Sekiranya anda sudah mempunyai banyak hutang, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah berhenti memohon pnjaman baru. Kaedah meminjam hutang baru untuk membayar hutang lama adalah sesuatu yang sangat salah. Kerana hutang baru cenderung mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi daripada hutang lama.
Di samping itu, anda juga perlu melunaskan hutang dengan tepat pada masa untuk mengelakkan kena faedah hutang yang tinggi.
Sekiranya anda rasa sangat sukar untuk melunaskan setiap hutang tepat pada masa, anda mesti sekurang-kurangnya melunaskan pembayaran minimum. Anda boleh menyenaraikan kadar faedah untuk setiap hutang pinjaman, memberi keutamaan kepada hutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi, dan meminimumkan faedah yang perlu anda bayar pada masa akan datang.
5. Perhatikan setiap perbelanjaan bulanan tetap anda
Semua orang mempunyai banyak perbelanjaan tetap bulanan seperti bil internet, bil Astro, Netflix, ahli Fitness Center, dan sebagainya.
Oleh kerana perbelanjaan ini ditetapkan setiap bulan, pemotongan kad bank automatik sering disiapkan. Walau bagaimanapun, dengan berlalunya masa, sebahagian daripada servis itu mungkin kita sudah tidak perlu lagi.
Untuk jimatkan duit, anda hanya perlu belanja atas perkhidmatan yang sering anda gunakan, dan membatalkan pemotongan kad bank automatik untuk perkhidmatan yang tidak lagi anda perlukan.
6. Mempunyai dana kecemasan anda sendiri
Sediakan dana kecemasan untuk diri sendiri. Anda tidak akan tahu bila anda memerlukan wang ini. Mungkin tiba-tiba anda perlu beli kereta sebab anda sudah tukar kerja baru yang perlukan pengangkutan sendiri, atau anda mungkin perlu membina semula dapur lama, atau anda tiba-tiba jatuh sakit, dan sebagainya.
Mempunyai dana simpanan kecemasan anda sendiri dapat memastikan bahawa apabila anda memerlukan duit yang banyak, anda tidak perlu risau untuk buat pinjaman dari orang lain, lagi teruk anda perlu meminjam dari Along.
Terdapat banyak kebaikan jika anda ada buat simpanan dana kecemasan. Apa yang perlu anda lakukan cuma dengan memasukkan sebilangan wang dari pendapatan anda setiap bulan.
Tapi ingat, anda hanya boleh menghabiskan dana kecemasan atas hal-hal yang cemas dan perlukan wang dengna segera. Selagi anda dapat memperoleh wang ini dengan menyesuaikan rancangan perbelanjaan anda, jangan gunakan dana simpanan kecemasan itu.
7. Tentukan matlamat deposit bulanan anda
Tentukan matlamat deposit bulanan anda dan simpan deposit anda di akaun yang berasingan. Sekiranya matlamat anda adalah untuk mencapai kekayaan yang berterusan, maka simpan wang dalam bank tidak akan membantu anda mencapai matlamat anda.
Kadar faedah deposit bank hari ini sangat rendah. Sekiranya anda ingin menggunakan deposit anda untuk menjana wang, anda hanya boleh bergantung pada pelaburan.
Banyak pelaburan mempunyai jumlah pelaburan minimum yang perlu anda keluarkan bilangan wang yang banyak. Jadi, anda akan perlukan sikit masa untuk mengumpulkannya. Ringkasnya, sama ada anda memilih untuk melabur dalam bond, emas, saham atau harta tanah, anda perlu mempunyai pendapatan yang boleh guna untuk labur, iaitu wang simpanan anda.
Menyimpan simpanan anda dengan tujuan pelaburan dalam akaun ungul. Macam ni ia dapat mengelakkan anda terlalu tergoda untuk menghabiskan simpanan ini atas hal-hal lain.
8. Gunakan aplikasi atau laman web perbandingan harga
Semasa kecil, ibu bapa kita sering membawa kita ke kedai-kedai yang berlainan untuk berbelanja, dan mereka akan memilih kedai yang menawar harga dan kualiti yang paling sesuai.
Pada masa ini, jika kita nak tawaran yang baik, tidak perlu kita susah sangat seperti apa yang ibu bapa kita lakukan dulu. Sekarang boleh kita gunakan laman web atau APP untuk buat perbandingan harga.
Anda akan dapat cari tawaran yang termurah dengan mudah. Anda tidak perlu lagi menunggu hari diskaun dari peniaga apabila anda melihat sesuatu yang anda sukai. Laman web ini secara langsung akan membantu anda mencari yang paling murah.
Laman web perbandingan harga yang paling biasa adalah Google Shopping dan Shopping.com
9. Gunakan APP pengurusan kewangan peribadi
Semua orang tahu tentang kebaikan untuk merekodkan perbelanjaan bulanan, tetapi masih ada ramai yang tidak suka melakukannya. Masalah untuk ramai orang yang hadapi ialah melakukannya secara konsisten.
Tetapi sekarang perkara ini dapat diselesaikan untuk kemunculan APP. Anda hanya perlu memuat turun APP pengurusan kewangan peribadi, seperti Mint atau Money Manager, dan anda boleh mencatat setiap pendapatan dan perbelanjaan anda secara terperinci.
Bukan hanya itu, APP ni juga mempunyai fungsi klasifikasi untuk mengklasifikasikan setiap perbelanjaan anda, dan anda dapat menonton Carta setiap bulan.
Anda dapat melihat dengan jelas di mana perbelanjaan bulanan anda yang besar, dan bahagian penggunaan setiap bulan.
10. Tingkatkan kemampuan pengurusan kewangan anda
Mungkin anda masih merasakan bahawa anda tidak mahir dalam pengurusan kewangan. Jangan risau, semua guru-guru pengurusan kewangan hari ini juga belajar dari ilmu yang kosong.
Selagi anda ingin meningkatkan kemampuan pengurusan kewangan anda, anda pasti boleh menjadi pakar kewangan melalui pembelajaran.
Sama ada buku atau kursus dalam talian, anda boleh menemui banyak kandungan yang relevan yang mengajar orang bagaimana meningkatkan pendapatan, mengurangkan perbelanjaan, menguruskan aset, dan melabur dengan betul.
Dari 10 strategi pengurusan kewangan yang dikongsikan di atas, harap anda dapat ilham sekarang untuk mengetahui macam mana cara unutk buat belanjawan dan merekod perbelanjaan bulanan anda.