Web Analytics

Cara Bermain Saham Dengan Modal Kecil

Anda ingin bermain saham? Tetapi tidak mempunyai modal yang besar? Sebenarnya ramai individu di luar sana yang takut untuk bermain saham sama ada kerana mereka tidak ada modal yang besar atau mereka takut akan risiko kehilangan wang pelaburan tersebut.

labur saham

Namun, tahukah anda, untuk mula bermain saham, anda tidak perlu pun modal yang besar? Anda boleh mula bermain saham sekarang ini dengan beberapa sahaja modal yang anda miliki dan pastikan duit tersebut bukan untuk kegunaan harian anda!

Justeru itu, di dalam artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda cara bagaimana untuk bermain saham dengan modal yang kecil. Selamat mencuba!

1. Melabur Untuk Ilmu

Tidak di nafikan, ramai yang tidak mahu mengikuti kelas pelaburan. Mereka terus melompat masuk ke dalam dunia pelaburan sahaja. Jadi, apa akan jadi sekiranya anda terus memandu kereta tanpa belajar terlebih dahulu? Sudah tentu anda akan mengalami kemalangan.

Sama seperti melabur saham, anda perlulah belajar terlebih dahulu tentang selok belok dunia pelaburan supaya anda menjana keuntungan dan mengelakkan daripada kerugian. Malah, sekarang ini terdapat banyak kelas-kelas dan seminar saham diluar sana dengan harga yang berpatutan.

Jadi, jangan kedekut untuk keluarkan duit bagi menyertai kelas-kelas tersebut!

2. Mulakan Menabung Modal Tambahan

Pastinya anda tertanya-tanya, mengapa perlu menabung modal tambahan? Bukankah artikel ini tentang bermain saham dengan modal yang kecil?

Sudah tentu ada caranya untuk bermain saham dengan modal kecil, akan tetapi modal kecil keuntungan pun kecil. Jadi tidak ada salahnya anda mengambil masa untuk menabung terlebih dahulu, barulah anda akan berpuas hati dengan keuntungan yang anda dapat nanti.

3. Jangan Melabur Di Syarikat Besar Dan Saham Blue Chip

Semakin besar syarikat, semakin mahal harga untuk seunit saham. Sekiranya anda mempunyai modal yang kecil, sudah tentu anda akan kehabisan modal setelah membeli saham syarikat tersebut dan anda tidak dapat mempelbagaikan saham anda. Jadi, sekiranya syarikat itu rugi, anda pasti akan rugi, dan tidak ada backup untuk anda.

Perkara yang penting dalam pelaburan ini adalah ukur baju di badan sendiri. Namun sekiranya anda ada modal lebih daripada RM10k, tidak ada salahnya anda cuba untuk melabur di syarikat besar atau saham blue chip.

4. Melabur di Penny Stocks

Tahukah anda apa itu Penny Stocks? Penny Stocks adalah saham kecil yang bernilai di bawah RM0.50 yang tersenarai di Bursa Malaysia. Manakala, jika di Amerika Syarikat pula, nilai penny stock berada di bawah USD5.

Sebagai permulaan, anda boleh mula melabur dengan Penny stocks kerana harga lebih rendah jika di bandingkan dengan saham blue chip. Jadi, saham ini sangat bersesuaian dengan anda sekiranya anda mempunyai modal yang kecil.

Walaupun harganya murah, tetapi ingat, di kalangan mereka itu pastinya ada syarikat yang berkualiti dan berpotensi besar. Sekiranya anda dapat mengenal pastinya, anda akan menjana keuntungan berlipat kali ganda!

5. Melabur Dengan ETF

Sekiranya anda tidak mahu pening kepala untuk memilih saham, anda boleh membuat pelaburan dengan ETF. Apa itu ETF? ETF itu adalah Exchange Traded Fund (Dana Dagangan Saham) iaitu salah satu instrumen yang terdapat di pasaran Bursa.

Bagi memudahkan cerita, ETF ini seumpama unit trust, iaitu orang ramai memberikan modal kepada pengurus dana, supaya dana terkumpul tersebut boleh di dagangkan dalam pelbagai portfolio. Dan perlu diingat, ETF ini mempunyai yuran yang rendah!

Sebagai contoh, sekiranya anda melabur ke dalam MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend, sebenarnya, anda juga sudah membuat pelaburan terhadap syarikat-syarikat seperti Petronas, Top Glove dan Maxis. Sangat mudah, kan!

Malah, apabila anda melabur dengan ETF ini, risikonya untuk mengalami kerugian adalah rendah. Ini kerana, setiap ETF ini mempunyai pelbagai saham pendasar, menjadikan ia lebih selamat!

Walaupun pada dasarnya ETF lebih kurang sama dengan unit trust, akan tetapi terdapat perbezaan yang menjadikan lebih baik iaitu ETF boleh dijual beli seperti saham! Malah ia akan sentiasa dikemas kini dan anda boleh membuat urus niaga pada bila-bila masa pada waktu pasaran.

Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Leave a Comment

error: Content is protected !!