Web Analytics

Cara Bayar Hutang Terbaik?

PTPTN, antara hutang yang paling kerap diabaikan. Berbeza dengan hutang kereta yang seboleh-bolehnya dijaga rapi agar tidak tertunggak. Puncanya, kerana khuatir kereta akan ditarik oleh pihak bank. Bagaimana pula dengan hutang pinjaman peribadi atau personal loan yang duitnya entak ke mana, tapi untuk langsai sepenuhnya masih bertahun lagi masa yang diperlukan. Belum dikira pula hutang kad kredit yang semakin lama semakin tinggi nilainya.

Mungkin mereka yang berhutang membeli rumah boleh tersenyum memandangkan harga rumah yang dimiliki semakin lama semakin tinggi, sedangkan hutannya semakin lama semakin susut.

bayar hutang

Pendek kata, sesiapa sahaja yang pernah berhutang pasti pernah tercari – cari atau masih mencari kaedah terbaik untuk bebas sepenuhnya daripada hutang. Tiada lagi potongan di slip gaji, tidak perlu arahan auto debit dalam akaun simpanan. Atau tidak mahu lagi beratur di hadapan cash deposit machine untuk tujuan bank in bayaran ansuran bulanan kereta.

Jika menggunakan perkhidmatan perbankan internet lebih mudah rasanya. Pada hari gaji, masuk kerja sahaja terus log in ke Maybank2U atau CIMB Clicks (atau yang lain seumpamanya). Transaksi demi transaksi dilakukan berturut-turut, nada dering telefon bertalu-talu berbunyi, menandakan TAC sudah sampai. Transfer duit taska anak, bayar instalment kereta, bank in duit untuk ibu bapa, itu belum ditambah potongan automatik yang lebih awal diambil oleh bank. Akhirnya sebelum pukul sepuluh pagi, gaji sudah tinggal separuh.

Lebih menyedihkan tinggal lebih kurang daripada itu.

Cuba google langsaikan hutang dalam masa yang singkat.

Siapa yang tidak mahu bebas sepenuhnya daripada hutang. Tiada potongan di sebelah kanan slip gaji, tiada SMS daripada bank yang mengingatkan bayaran tertunggak, tiada panggilan mesra dari wakil intitusi kewangan yang tertanya-tanya adakah kita masih bernyawa untuk memberikan bahagian bulanan mereka daripada gaji kita.

Hutang memang tidak menenangkan.

Sudah google?

Nampak tak headline yang ‘gah’ itu? Settle hutang dalam masa 14 bulan, hutang yang mencecah ribuan ringgit ye. Hutang 64k dibayar penuh, full settlement, dalam masa kurang setahun dan sebagainya lagi.

Jangan risau, itu semua bukan berita palsu atau propaganda komunis.

Semuanya betul (agaknyalah) dan diceritakan di blog-blog besar, diperincikan oleh pakar kewangan bertauliah atau masih pergi ke kuliah. Satu fakta yang tidak nafikan, mereka telah berjaya, dengan cara mereka. Kaedah snowballing effect yang melangsaikan hutang pertama dalam masa beberapa bulan, beberapa bulan kemudia hutang kedua ditutup, begitulah sehingga ke hutang yang ke seratus lapan belas.

Dan akhirnya boleh menyimpan ribuan ringgit sebulan.

Aku yakin mereka tidak menipu.

Mereka semua melangsaikan hutang-hutang tersebut dengan satu langkah permulaan yang sama.

Mereka mengenali hutang mereka. Itulah langkah pertama kesemua mereka yang telah berjaya keluar daripada belenggu hutang ini telah lakukan. Dengan bahasa yang lebih mudah, senaraikan kesemua hutang yang kita miliki. Hutang yang tidak pernah dibayar, hutang yang dibayar melalui potongan gaji, hutang yang sedah gigih dibayar, hutang yang kejap bayar kejap miss, hutang dengan kawan, hutang di kedai runcit, atau apa sahaja yang tercetus dari perbuatan meminjam, senaraikan. Kesemuanya.

Senaraikan pula bayaran bulanan setiap hutang, sebagaimana yang kita bayar pada ketika itu, atau dikenali sebagai komitmen hutang bulanan.

Apabila siap senarai tersebut, tatap puas-puas dan elakkan diri daripada menangis.

Menurut kata sekalian sifu dan mahaguru, fokus kepada satu hutang dahulu, bayar yang itu dahulu, langsaikan. Kemudian baharulah bergerak kepada hutang yang lain. Ada pihak yang mengesyorkan bayar hutang yang bunganya paling tinggi dahulu, supaya bunga yang kurang lebat itu dapat dilengahkan sementara melangsaikan hutang dengan intrest tertinggi itu.

Ada yang mengesyorkan supaya bayar hutang yang paling kecil dahulu, supaya cepat selesai dan kita dapat semangat dan momentum untuk lebih cergas membayar sasaran hutang seterusnya.

Kedua-duanya benar dan mempunyai hikmah dan logiknya yang tersendiri.

Langkah kedua: fokus pada satu bayaran.

Nasihat yang biasa kita dengar di sini ialah, bayar secara minima kesemua hutang lain kecuali satu. Alihkan lebihan yang boleh dipotong daripada bayaran hutang lain untuk memaksimumkan bayaran satu sahaja hutang dan langsaikannya. Contohnya, ada hutang yang bernama Hutang A, Hutang B, dan Hutang C, kesemuanya dibayar RM 1000.00 sebulan sedangkan bayaran minimum ialah RM 500.00. Bayar secara minimum dua hutang tersebut, dan bayar RM 2000.00 sebulan untuk hutang A. Setelah selesai hutang A, bayar RM2500 (Yang biasa bayar RM2000.00 untuk A dan RM 500.00 untuk B). Hutang C pada akhirnya dibayar dengan RM 3000.00 sebulan. Happy Endingnya, setelah selesai semua anda kini mempunyai simpanan RM 3000.00 sebulan.

Buat pula jadual dalam Microsoft Excell dengan segala formula dan autosum yang berkaitan, maka lawalah jadinya.

O.K. tak? Menarik?

Ooops… Kenapa cara melangsaikan hutang ini sebenarnya tidak menjadi?

Kalau semua benda boleh snowballkan, semua hutang boleh settle dalam masa yang singkat. Silap-silap hutang saudara mara pun boleh tolong bayarkan, termasuk juga hutang kawan-kawan. Adakah kalau gagal melaksanakan kaedah-kaedah itu, kita sebenarnya malas, kurang berusaha, tidak mengambil action atau dungu?

Kita, anda, saya dan mereka hanya boleh menggunakan kaedah snowball ini selagi mana aliran tunai positif a.k.a. positive cashflow diwujudkan.

Masalah timbul apabila situasinya begini:

Bayangkan seorang yang mempunyai hanya tiga hutang.

  • Pinjaman peribadi.
  • Pinjaman kereta.
  • Pinjaman PTPTN.

Kita andaikan satu pun tidak boleh ditangguhkan, dantidak boleh juga dikurangkan bayaran bulanannya. Si malang ini hanya mampu bayar kesemuanya pada kadar minimun, sesen pun tak lebih. Jadi bagaimana beliau hendak guna kaedah snowball ini?

Senarai hutang sudah dua tiga kali disenaraikan (walaupun hanya tiga), pinjamn peribadi yang diambilnya tidak boleh kurang, memang automatik dipotong daripada gaji. Kalau kurangkan bayaran kereta maknanya terpaksa kurangkan pergerakan kereta, takut terserempak dengan geng tarik kereta. PTPTN dah tak boleh runding, sebab itulah paling minima, setelah bertahun-tahun asyik ditangguh. Malang sungguh nasib beliau.

Baki gaji setelah ditolak kesemua hutang hanya tiggat beberapa digit sahaja, sehingga kadang kadang terpaksa minta cuti dua hari sebelum gaji sebab minyak kereta tak mampu untuk diisi. Dalam keadaan ini, ada beberapa perkara perlu diambil tindakan sebelum kaedah snowball boleh diamalkan dengan mujarab.

Bankrap tanpa ke mahkamah.

Kalau di mahkamah, dari segi perundangan kebangkrapan adalah disebabkan ketidakmampuan seseorang untuk membayar kembali hutangnya (default). Itu kalau naik mahkamah, kalau tak naik mahkamahpun, sekiranya kita merasakan kesemua gaji habis digunakan untuk membayar hutang sehingga yang tinggalpun tidak cukup, rasanya kita bolehlah kelaskan diri kita sekufu dengan mereka.

Cepatlah bertindak sebelum tersangkut dengan sebarang tindakan undang-undang yang mengakibatkan kita muflis.

Dalam situasi casflow negative ini sebenarnya masihkan ada harapan dan cahaya untuk kembali ke jalan kewangan yang benar…?

Masih ada harapan untuk melangsaikan hutang.

Langkah pertama sebenarnya ialah untuk mencari satu sebab, satu alasan, satu perasaan yang amat-amat kuat untuk keluar dari belenggu hutang. Alasan yang merupakan the big Y, alasan yang mampu menggerakkan kesemua tindakan kita dari dasar hati, melampaui kesemua tekniakl atau kaedah melangsaikan hutang yang diketahui oleh manusia.

Dengan perkataan yang singkat, dimana ada kemahuan di situ ada jalan.

Mulakan dengan menjadikan aliran tunai itu positif, atau bahasa rakyat marhaennya, jadikan setiap bulan gaji ada lebih, supaya lebihan itu boleh digunakan untuk memulakan langkah melangsaikan hutang, to get the ball to start rolling, barulah boleh disnowballkan.

Ada dua cara sahaja sebenarnya. Apa sahaja cara yang diperkenalkan, dihebahviralkan (perkataan baru) atau yang pernah kita baca dimana – mana berasal daripada dua cara ini sahaha.

  • Kurangkan perbelanjaan.
  • Tingkatkan pendapatan.

Kedua-dua cara ini bukan untuk dipilih hendak buat yang mana satu. Kedua-dua ini perlu dilakukan serentak, selari, seiring sejalan.

Cara untuk mengurangkan perbelanjaan, selain daripada berlapar.

Berlapar bukanlah satu-satunya cara untuk mengurangkan perbelanjaan, malah sepatutnya berlapar ialah jalan terakhir untuk mengurangkan perbelanjaan. Banyak cara untuk mengurangkan ketirisan gaji bulanan atau pendapatan harian kita;

  • Meninggalkan tabiat yang mahal dan merugikan seperti clubbing, minum arak, merokok atau mengunjungi pusat persundalan.
  • Memilih hobi dan aktiviti kegemaran yang lebih murah dan sesuai dengan keadaan kewangan semasa.
  • Mengenalpasti kemewahan dan keperluan, kemudian meninggalkan segala kemewahan dan menjalani kehidupan dengan keperluan asas sahaja (setidak-tidaknya sementara kewangan stabil).
  • Downgrade kehidupan. (kurangkan hiburan, kurangkan melancong, kurangkan makan diluar, etc).

Cara untuk meningkatkan pendapatan, selain daripada partime.

Mencari sumber pendapatan kedua adalah langkah yang paling jelas boleh diambil. Setidak-tidaknya kerja yang mampu dilakukan diluar waktu kerja utama, dengan kemahiran yang ada, atau kemahiran yang mudah dipelajari dalam masa yang singkat. Selain daripada itu mungkin idea di bawah daat membantu;

  • Menjual barangan yang tidak lagi dipakai (ketepikan seketika perasan sentimental dan sayang kepada barangan tersebut).
  • Mencari sumber pendapat pasif (blogging, menulis buku, apps, royalti).
  • Cuba nasib dalam peraduan, pertandingan, cabutan bertuah yang tidak memerlukan modal atau modal yang sedikit. (Magnum 4D dan TOTO tidak termasuk dalam saranan ini).
  • Mencari hobi yang mendatangan pendapatan.
  • Minta kenaikan gaji.
  • Tukar tempat kerja untuk gaji lebih tinggi.

Setiap orang punya cara yang berbeza tapi berkesan untuk diri masing-masing.

Ada yang berjaya dengan mengikat perut, ada yang berjaya dengan side income online, ada yang berjaya dengan dengan skill yang baru dipelajari. Setiap mereka yang berjaya keluar dari hutang yang besar dalam masa yang lebih cepat daripada sepatutnya mempunyai satu persamaan yang ketara; mereka mempunyai keinginan yang kuat untuk bebas dari hutang tersebut. Apabila kita menemui kekuatan itu dalam diri sendiri, kita akan berjaya, seperti mereka.

Masa tu bolehlah buat entry di blog atau facebook masing-masing, mana tahu viral, boleh jugak generate income lagi.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!